LAMA Naqib berfikir bagaimana mahu susun barang-barang dapur di kabinet yang tinggi parasanya. Selalu saja dia nampak Hani memanjat menggunakan kerusi waktu mahu mengambil barang. Tapi memang sengaja Naqib membuat kabinet paras ketinggiannya. Haih, takkan mahu robohkan kabinet pulak?
"Banyak pulak dia beli barang." Gumam Naqib sendiri sebelum menyusun barang satu-persatu.
Barang-barang yang penting seperti tepung, tin sardin, tin susu dan sebagainya diletak pada aras paling bawah manakala barang yang jarang digunakan oleh Hani, Naqib letakkan di aras dua dan aras ketiga asal minyak paket.
"Selesai. Ini kalau memanjat jugak tak tahulah nak kata apa."
Usai selesai menyusun barang-barang dapur, Naqib mulakan tujuan asalnya. Memasak. Mungkin ramai orang anggap semua lelaki tidak pandai memasak sedangkan ada saja sebahagian lelaki minat dengan memasak sama seperti diri dia sekarang. Sejak zaman bangku sekolah rendah lagi Naqib sudah tunjuk minatnya terhadap bahagian memasak. Dan pernah juga dia bermimpi untuk mewujudkan satu kedai miliknya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa.
"Tapi tak mungkin itu akan berlaku..." ujar Naqib dengan tawanya. Mimpi yang akan terus menjadi mimpi. Tidak lagi bakal menjadi realiti.
"Apa yang tak mungkin akan berlaku abang?" Tegur Hani sebaik saja masuk ke dalam ruangan dapur. Dia bangun sedikit terlambat hari ni akibat nyenyak sangat tidur atas katil mahal Naqib. Maklumlah, katilnya murah saja.
"Tak ada apa. Engkau buat apa dekat sini?" soal Naqib tanpa pandang ke arah Hani.
Tangannya sibuk menggaul ayam mentah bersama kunyit. Minyak sudah menindih panas tanpa menunggu lama, Naqib terus masukkan ayam mentah yang disaluti kunyit ke dalam kuali panas.
"Hani cari abang tadi dekat bilik. Ingatkan abang dah keluar. Iyalah, selalunya kan abang keluar pagi lepastu balik malam."
"Yang sibuk sangat cari aku kenapa? Nak bau bulu ketiak aku macam malam semalam ke?"
Tersedak Hani. Merah padam wajahnya apabila Naqib berkata sedemikian rupa. Macam mana ya nak tutup malu? Iyalah, Hani ingatkan semalam dia peluk bantal peluk! Rupanya dia peluk badan Naqib. Kuat gila pulak tu sampai hampir hilang nafas Naqib.
"Bukanlah! Salah ke Hani nak cari suami Hani sendiri? Bukan suami orang lain pun. Abang tu lain kali dah bangun, kejutkan lah Hani. Ini tidak, biarkan je Hani tidur. Rasanya Hani dah kunci jam, abangkan yang matikan jam Hani!" Tuduh Hani.
Mana tidak menunduhnya. Selalunya jam bentuk doremon tu bakal berbunyi kembali tepat pukul 7.30 pagi. Tapi ini tidak, ingatkan bolehlah lelap sekejap selepas solat subuh. Malangnya, tidak! Terlajak dia tidur sampai 9 pagi.
"Jam kau bingit. Sakit telinga aku. Lain kali kalau nak kunci jam, elok lekat jam doremon kau tu dekat telinga kau. Tak payah letak jauh-jauh. Menyusahhkan!"
Hani mencebir sambil lipat tangan ke dada.
"Tak payah abang nak bebel sangat. Tadi subuh abang solat tak? Hani banyak kali kejut abang suruh solat, kenapa abang tak bangun? Dah banyak sangat ke pahala kumpul?"
"Kau tak payah sibuklah urusan solat aku. Aku solat ke tidak, tak kacau hidup kau pun."
Mengucap panjang Hani. Dahi ditepuk perlahan sebelum kepalanya digeleng. Apalah nak jadi dengan Naqib ni. Ingatkan bila perangai dah macam syaitan adalah jugak kebaikkan dalam diri tu. Rupanya tidak! Memang sepenuhnya perangai seperti syaitan yang di rejam!
"Abang, kalau urusan lain mungkin Hani tak akan ambik kisah tapi kalau berkaitan dengan solat, maaf Hani kena tegur. Sebab abang tu pemimpin Hani. Macam mana abang nak pimpin Hani sedangkan abang sendiri tak menepati ciri-ciri seorang pemimpin?"
Terhenti pergerakkan Naqib apabila mendengar ayat yang terpacul keluar dari bibir Hani. Api ditutup lalu badannya dipusingkan menghadap Hani yang berdiri di belakangnya. Iris mata Hani ditatap dalam.
"Bukan aku sengaja tapi aku memang tak boleh."
"Kenapa? Abang datang bulan ke? Tidakkan? Jadi apa alasan abang?"
Naqib diam sejenak sebelum menghembuskan nafas berat. Dadanya yang kian terasa sesak membuatkan dia berat untuk mengatakkan pada Hani. Sebenarnya sudah lama benda ni terjadi. Sejak arwah Hanan pergi.
"Bila aku nak solat, badan aku rasa panas."
Kalini Hani pula yang terkedu. Panas? Tapi bukankah unsur itu semua terarah pada...tapi tidak mungkin.
"Sejak bila abang dah tak solat?"
"Sejak arwah Hanan pergi."
Dari situlah semuanya berlaku. Entah mengapa bila nak solat saja, pasti hati dia rasa berat. Lepastu datang sifat malasnya. Mata pulak asyik nak tertutup saja bila dengar azan.
"Jadi, sejak dari situlah aku tak mula solat. Aku tak boleh Hani. Badan aku rasa kena bakar. Api tu seolah akan hidup kalau aku nak dekatkan diri dengan Allah. Sebab itu, bila kau ajak aku solat aku akan pura-pura tidur. Tapi sebenarnya, aku memang nak solat Hani..."
Dapat Hani melihat tatapan Naqib yang penuh dengan harapan. Seperti apa yang dikatakan oleh Naqib memang dari jauh sudut hatinya yang paling dalam. Tapi hanya dia seorang saja yang dapat dengar suara hatinya.
"Abang dah try jumpa ustaz?"
Naqib menggeleng kepala.
"Macam-macam ustaz aku dah pergi jumpa. Tapi selepas diaorang berubat aku, terus diaorang jatuh sakit seminggu. Sakit diaorang bukan biasa tapi kaki diaorang keluar nanah. Muntah darah...semua itu aku nampak dengan mata kepala aku sendiri Hani. Takkan hanya disebabkan aku, diaorang terpaksa lalui semua benda tu? Aku tak nak Hani." Lirih Naqib tanpa sedar.
Badan Naqib menggeletar dengan hebat apabila membayangkan bagaimana dia melihat para ustaz yang merawatnya terus menerus jatuh sakit hanya disebabkan bantu dia. Sungguh dia tidak kuat untuk lalui itu semua lagi.
"Abang, maafkan Hani."
Hani memeluk erat tubuh Naqib. Tersentak Naqib apabila merasai pelukan Hani. Entah mengapa pelukan Hani kalini membuatkan dia rasa tenang. Seolah sekarang segala masalah yang ada dalam mindanya hilang dengan sendiri.
"Maafkan Hani sebab terpaksa buat abang cerita benda yang tak sepatutnya abang cerita. Sungguh Hani mintak maaf, abang."
Naqib tidak membalas apa-apa, malah tangannya naik membalas pelukan Hani. Tanpa sedar terasa kelopak matanya terasa panas.
"Abang tak keseorangan. Abang kena percayakan Hani mulai sekarang. Hani isteri abang. Segala masalah yang abang ada, adalah masalah Hani jugak."
Untuk kali pertama air mata Naqib jatuh mengalir di pipi.
"Hani, macam mana aku nak patuh pada perintah Allah kalau aku sendiri tak boleh nak pegang sejadah. Nak ambik wuduk pun aku terasa macam aku lumpuh. Aku takut, Hani..." Bergetar suara Naqib.
"Abang tak perlu takut. Abang hanya layak takut pada Allah saja. Bukan pada manusia atau iblis yang ada dalam dunia ni."
Tanpa mereka berdua sedar ada seseorang yang terus memerhati dengan senyuman penuh misteri.
Dia adalah iblis yang sebenar.
Dia juga adalah sosok yang mahu meruntuhkan masjid Hani dan Naqib.
'Masa yang dinanti telah tiba.'
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Любовные романы𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...