BAB 29

194 30 3
                                    

MENGGIGIL tangan Hakim hendak menyentuh tangan wanita yang sudah sah menjadi isterinya itu. Biarpun dengan senyuman yang sudah jelas terpateri di wajah, tapi rasa gugup di dada masih bersisa. Ditambah pula dengan nafas yang terasa sesak di dadanya tika ini.

"Kenapa tak pegang tangan saya?" Lembut, Elnara menyoal Hakim, lelaki yang telah melafazkan akad sekaligus membuktikan bahwa lelaki itu serius mahu mengangkatnya sebagai isteri.

"Nervous. Saya... tak sangka yang saya..."

Belum sempat Hakim menamatkan bicara, tiba-tiba Elnara terus meletakkan telapak tangannya ke atas telapak tangan suaminya.

Naik turun dada Hakim dibuatnya. Serasa mahu pengsan juga ada. Perlahan, genggaman tangan halus nan lembut itu dibalas erat. Halkumnya bergerak sekali. Dipandang dengan mata yang berbinar dek keterujaan dan tidak percaya yang bercampur.

Dia sudah beristeri!

"You are my wife now, Elnara." Mata Hakim naik pada wajah wanita jelita di depannya itu. Wanita yang bakal menghiasi dan menjadi penambah serinya hidupnya selepas ini.

"And you are my husband now, Ezra." Tatapan cinta yang jelas terpancar di sepasang mata Hakim itu, dibalas Elnara bersama senyuman lebar mekar di wajah.

"Saya rasa tak percaya. Allah..." Belakang tangan itu dibawa ke bibir dengan tubir mata yang sudah berkaca.

"Hey, kawal sikit air mata itu. Kita dekat atas pelamin lagi ni, sayang," bisik Elnara dengan nada yang tertahan.

Terhambur tawa Hakim sebelum menjauhkan tangan isterinya dari bibirnya. Seperkara lagi yang dia perasan hingga membuatkan jantungnya berubah rentak ialah kerana panggilan yang Elnara gunakan padanya tadi.

"Did you just called me, 'sayang' ?"

"Shhh!" Sengaja Elnara abaikan.

Seterusnya, sesi bergambar dan makan beradab, diikuti pula dengan adat perkahwinan yang lain dijalankan. Hari yang pasti akan menjadi hari yang panjang dan melelahkan buat mereka.

Tapi tidak mengapa kerana semuanya hanya sekali saja seumur hidup.

"Ezra," seru Elnara apabila matanya yang tadi melilau tidak meliha kelibat susuk tubuh adik iparnya, Qaidah.

"Ya, saya?"

"Mana Qai?"

"Dia tak ada. Saya cakap, kalau dia tak nak terima awak, then tak perlu datang wedding saya."

Berkerut kening Elnara memandang sisi wajah suaminya yang masih sedang memaniskan muka di hadapan para hadirin itu. Ketika ini sedang berlangsungnya sesi beberapa ahli keluarga memberi ucapan dan majlis khas di depan pelamin.

"Ezra? Dia tu, adik awak. Mana boleh buat begitu!" Tertahan suara Elnara.

Hakim membisukan mulut. Tidak mahu topik perbualan itu berlanjutan antaranya dan Elnara sepanjang majlis sedang berlangsung.







"MASHAAALLAH..."

"Isteri saya ke ni?"

Selesai saja melucutkan tudung yang membaluti kepala isterinya, Hakim terpegun melihat kecantikan Elnara yang selama ini dilindungi. Lelah mencabut satu demi satu peniti tadi sekelipan sirna sebaik melihat keindahan di depan mata.

Kemudian, Elnara memusingkan tubuhnya yang masih bersarung persalinan nikah pagi tadi, menghadap si suami yang berdiri di belakang. Dengan senyuman yang melebar di bibir, dia bangun berdiri dari duduk di kerusi di hadapan meja solek itu.

"Kenapa ini?" soal Hakim.

Elnara tidak terus menjawab. Sebaliknya, terus mendekati suaminya lalu jemari dibawa ke butang baju Melayu yang dipakai Hakim untuk pernikahan tadi.

Bahagia Tanpa Ragu Where stories live. Discover now