NAQIB merenung sendiri apabila melihat Hani selesai menunaikan solat isyak. Selama Hani solat, tidak lepas pandangannya dari Hani. Hati dia menjadi tenang apabila melihat Hani beribadah pada Allah. Sedangkan dia, duduk di katil sendiri seperti orang tiada hala tuju.
"Abang, abang okay tak ni?" soal Hani cemas.
Dari tadi lagi Hani memanggil Naqib. Tetapi Naqib tidak langsung menyahut panggilannya. Terlalu leka mungkin dalam lamunan.
"Kau dah habis solat?"
"Dah. Abang nak solat ke?"
Naqib geleng kepala. Badannya terus direhatkan pada katil dan pusing ke arah bertentangan dengan Hani. Hani yang melihat belakang badan Naqib hanya mampu mengeluh kecil. Sebenarnya dari tadi dia sudah ajak Naqib untuk solat bersama tetapi lelaki itu bertegas tidak mahu dan memberi alasan yang sama.
"Abang, sampai bila abang tak nak solat? Abang tak rindu pada Allah ke? Abang tak rindu nak sujud lagi atas sejadah?"
"Aku rindu semua tu Hani. Aku rindu sangat-sangat. Tapi aku bukan sengaja. Aku memang betul-betul rasa sakit sangat! Badan aku betul-betul rasa terbakar Hani...kau senanglah cakap macam tu dekat aku, sebab kau tak rasa sakit yang aku alami!"
"Allah uji hamba-Nya sebab Allah sayang. Makin berat ujian abang, bermakna Allah masih ada sayang pada abang. Allah tu baik abang. Allah tak akan pernah turunkan ujian pada hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya."
Naqib genggam erat tangannya. Tanpa sedar air matanya sekali lagi mengalir setitik demi setitik. Tersendu-sendu Naqib cuba untuk kawal emosinya.
"Allah akan terima solat aku lagi ke Hani? Aku dah lama tak jumpa dengan Dia. Aku terlalu sibuk dengan rasa sakit aku dan terlalu sibuk dengan hal dunia. Kau rasa dia masih lagi terima ke segala taubat aku? Aku tak rasa macam tu pun Hani. Aku ni manusia dah lakukkan dosa besar. Besar Hani...sangat besar."
"Allah tu maaf pemaaf. Kalau abang nak taubat, jangan pernah timbul perasaan malu. Sebab Allah larang untuk kita timbul perasaan malu dalam membuat kebaikkan. Taubat tu semua antara urusan kita dengan Allah. Kalau ada manusia lain yang judge abang, buat apa abang nak kisah semua benda tu? Yang nilai taubat abang bukan manusia tapi Allah. Allah yang nilai segala taubat kita."
Hening seketika keadaan. Perlahan-lahan Naqib bangkit semula dari baringnya dan berjalan pergi ke bilik air. Pili paip dibuka, air yang deras mengalir Naqib tenung dengan perasaan sebak. Timbul perasaan bersalah dan segan di dalam dirinya.
Beginikah perasaan pendosa lain ketika ingin bertaubat?
"Hani...sakit..." Rintih Naqib apabila air wuduk mengalir pada wajahnya.
Sedih perasaan Hani apabila mendengar rintihan suaminya. Air mata diseka lalu langkah dibuka menuju ke pintu bilik air.
"Tak apa, abang. Hani ada dekat sini. Tahan sikit ya, abang. Allah kan sayang kita, sebab itu Allah bagi abang rasa sakit ni. Tahan ya abang." Pujuk Hani bersama senyuman manis.
Tertutup rapat mata Naqib menahan segala perih dan rasa segala seksaan yang dia alami semasa mengambil wuduk. Bibirnya yang cuba untuk merintih sedaya upaya dia tahan. Ya Allah, sakit. Sakit sangat.
"Allah sayang kita, abang."
TIDAK berhenti Hani menangis di kebun bunganya yang berada di belakang rumah. Sebaik saja Naqib habis solat, lelaki itu terus berehat di atas katil bersama air mata yang mengalir. Hani yang lihat pun gagal untuk tahan rasa sedih.
"Kenapa you menangis tengah malam ni Hani? Tak sejuk ke duduk luar macam ni?" soal Raqib.
Sweater miliknya dibuka dan diletakkan pada badan Hani. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Hani sambil mendongak melihat ke arah bintang yang menjadi cahaya buat mereka berdua.
"Naqib. Dia dah solat."
"Alhamdulillah. Baguslah manusia yang berperangai iblis tu dah reti taubat. Kenapa you masih menangis? Sedih sebab suami you dah kembali pada jalan Allah? Atau you sedih, suami yang suka seksa you akan hilang? You suka kena seksa dengan dia ke?"
"Bukan tapi saya sedih, sepanjang dia solat. Dia tak berhenti cakap panas. Saya cuba untuk tolong dia tapi saya sendiri tak mampu Raqib. Benda tu semua berada di luar kawalan saya."
Berkerut seribu dahi Raqib. Kepalanya terus tertoleh pada Hani.
"Panas? Panas waktu dalam solat? Azab mungkin untuk orang macam dia. Iyalah, dia dah buat macam-macam dekat you. Dia seksa you tau! Baguslah tu apa yang dia dapat sekarang. Setimpal hukuman untuk dia." ujar Raqib bangga.
Walaupun Naqib itu abangnya tapi kalau Naqib buat salah tak mungkin dia akan terus berpihak pada Naqib. Salah tetap salah. Kesalahan yang pernah Naqib buat berhak untuk dapat hukuman.
"Hani, you boleh tak jangan jadi baik sangat? You tahu tak dengan kebaikkan you sekarang, senang-senang je nanti you kena pijak dengan along I yang tak ada hati perut tu. Tolonglah bukak luas-luas mata you tu. You jadi baik pun, tak mungkin Naqib akan balas kebaikkan you dengan rasa cinta dia. Cinta dia tu memang dah mati untuk arwah Hanan. Entah apalah arwah Hanan bagi dia makan sampai jadi mabuk cinta macam tu."
"Awak tengah kutuk arwah kakak saya ke sekarang?" soal Hani dingin.
"Hani, I bukan jenis yang suka cakap tin kosong. Tapi cubalah you tengok cara along I sayang tu. Lain macam tahu tak! Orang lain pun pernah hilang orang yang dia sayang tapi tak adalah kemaruk sampai macam tu sekali. Tak ke bodoh namanya tu?"
"Raqib, awak boleh cakap apa saja tentang orang lain tapi tidak dengan arwah kakak saya. Kakak saya tu orang yang baik. Dia lebih baik dari saya. Lebih warak dari saya kalau awak nak tahu! Saya dah tak kisahlah kalau Naqib tu nak benci saya! Saya pun dah penatlah dengan drama panjang yang tak ada penamat ni."
"Jadi sekarang you nak kata yang you dah tawar hati dengan your husband?"
Hani menggigit bawah bibirnya. Raqib yang lihat mula meyinggung senyuman senget dan kembali melihat ke arah langit.
"Cinta itu memang buat orang jadi bodoh. Tapi I nak cakap dengan you, kalau dia betul sayangkan yang you. Kalau betul dia nakkan you, dia akan sanggup buat apa saja untuk you. Tetapi kalau disebaliknya, bererti dia memang bukan untuk you dan you bukan untuk dia. Remember this word, Hani. He will do, if he would."
"Kenapa awak macam cuba nak runtuhkan semangat saya Raqib? Tak salahkan saya cuba kejar Naqib? Naqib tu suami saya."
"Sebab I tak nak orang baik macam you terus disakiti oleh along I yang bodoh tu. Just move on Hani, you deserve better then him.
"Tapi saya tetap nakkan Naqib seperti mana Siti Zulaikha mahukan Nabi Yusuf."
"Then, you're stupid person."
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romance𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...