Aryan sudah tiba di lapangan terbang UK, tetapi hatinya sangat merindui gadis kecil yang sedang duduk di wad hospital.
"Jauh kau termenung." Tegur Haider membuatkan Aryan tersembur air kopi dari mulutnya ke cermin kapal terbang.
Aryan dengan cepat membuka bag kecilnya, dia membelek-belek bag itu untuk mencari tisu. "Dalam bag ni Na letakkan tisu untuk abang, ye la abang kan suka sembur air dekat muka orang." Ucap isterinya tempoh hari.
Selepas membersihkan air yang tersembur tadi, Aryan memandang Haider tajam.
"Kau marah ke cobra?"
"Jangan panggil aku dengan panggilan tu." Ucap Aryan, Haider hanya menjeling sebelum turun dari kapal terbang.
----
"What's up cobra!" Ucap lelaki yang sedang berdiri dihadapan Aryan. Aryan hanya mendiamkan diri.
Belum sempat dia ingin melangkah pergi, lelaki itu menarik lengan bajunya kasar.
"Jangan la sombong sangat." Ucap Taufiq sambil tersenyum sinis, Aryan hanya mengabaikan senyuman itu dan berjalan meninggalkan lelaki itu seorang diri.
Taufiq hanya mendiamkan diri, sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis. Baru sahaja ingin melangkah pergi, lengan bajunya pula yang ditarik.
"Jangan cari masalah kalau kau nak hidup." Ucap Haider serius, Taufiq hanya ketawa.
"Rilek la bro, kawan kau dah tak hebat mana. Sekarang dia dah ada isteri dan calon anak bukan? jadi senang la kerja aku nanti."
"Kau jangan apa-apa isteri dia, kalau tak kau akan mati dekat tangan aku!" Ucap Haider, Taufiq masih mendiamkan diri sebelum pergi meninggalkan lelaki itu seorang diri.
----
Buk!
Satu tumbukkan yang sangat kuat sehingga membuatkan Aryan jatuh ke tanah.
"Cobra, cobra...., kau cari pasal dengan orang yang salah." Ucap Taufiq, Aryan hanya menjeling sebelum bangun kembali.
Aryan mahu meninggalkan lelaki itu seorang diri tetapi dirinya ditahan oleh dua orang anak buah Taufiq.
"Kau nak apa wolf? aku rasa aku tak ada pun cari pasal dengan kau." Ucap Aryan tenang, Taufiq berdecik geram.
"Kau kata tak cari pasal!?, kau kahwin dengan perempuan yang aku cinta!, aku cintakan Elina Raeesa Binti Dato Wan Mohd Irfan."
Buk!
Kini Taufiq pula yang jatuh ke tanah, Aryan memandang Taufiq tajam.
"Kalau tak nak mati dekat sini, baik kau pergi." Ucap Aryan, Taufiq hanya tersenyum sinis sebelum meninggalkan lelaki itu seorang diri.
YOU ARE READING
CINTA TERAKHIR CODE NAME COBRA |SLOW UPDATE
ActionSetelah bertahun meminati lelaki impiannya, Elina Raeesa' akhirnya mengikat janji setia dengan Aryan Al-Fateh-. Namun apabila Aryan terpaksa pergi menjalani kursus selama empat tahun. Sepanjang ketiadaannya, Elina menunggu penuh setia, mengharapkan...