BAB 6

5 0 0
                                    

"TAK sangka akhir-akhir ni ramai pelanggan datang. Kebanyakannya pelanggan baru," komen Saiful sambil meneliti keadaan kafe yang dipenuhi pelanggan.

Hanya ada dua meja sahaja yang masih kosong.

"Betul. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pelanggan suka dan berminat untuk datang. Antaranya situasi dan tempat, makanan yang kena dengan cita rasa atau suka dengan layanan yang diterima. Betul tak?" ujar Dhiya.

"Dan, sebab ada pelaris," usik Saiful.

"Hah, pelaris?" Dahi Dhiya berkerut.

Saiful mula ketawa. "Maksudnya, ada daya tarikan. Mungkin sebab pelanggan tu sukakan seseorang. Sebab tu dia suka datang ke sini."

"Hmm... Ya ke?" Dhiya mencebik.

Saiful sambung ketawa. "Ya. Tu pendapat Minah perasan lawa tu la. Siapa lagi?"

"Oh, faham. Memang dia lawa pun," komen Dhiya, ikhlas.

"Tak adalah lawa mana pun. Harapkan mekap aje berkilo-kilo. Kalau tanggal mekap, agaknya kalah burung hantu," tutur Saiful.

"Uiks, tak baik tau!" Dhiya tepuk lengan Saiful.

"Eh, aku cakap betullah. Tak ada yang betul, melainkan betul semuanya. Memang Minah tu tak lawa pun. Kau lagi lawa, Dhiya, walaupun kau tak ada mekap lebih-lebih," komen Saiful lagi.

Dhiya mengukir senyum. "Dahlah. Malas nak mengumpat pasal Minah tu. Kalau dia tahu kita mengumpat pasal dia, mahunya dia kutuk kita balik."

"Aku bukannya minat nak cakap pasal dia, tapi tulah... Dia tu sengaja nak tarik perhatian supaya kita cakap pasal dia," ujar Saiful.

"Dahlah, Epol. Kau ni, kalau dah mula bergosip, payah nak berhenti. Buat dosa kering aje."

Walaupun Saiful tua beberapa tahun daripada Dhiya, tapi mereka hanya beraku kau sahaja. Terasa lebih mesra.

Saiful adalah salah seorang staf lama yang bekerja di sini dan dipercayai oleh Mustafa. Saiful juga adalah lelaki yang baik dan tidak lokek berkongsi apa yang dia tahu berkaitan dengan kafe. Itu membuatkan Dhiya selesa berkawan dan berbual dengan Saiful.

Selain Saiful, Dhiya juga mesra dengan Azam, pekerja kafe yang bertugas sama sepertinya. Mengambil oder pelanggan.

"Dhiya, cuba kau tengok pelanggan yang baru masuk tu. Kau kenal, kan?"

Saiful muncung mulut ke arah lelaki yang baru melangkah masuk ke kafe dan terus melangkah ke meja yang ada di satu sudut. Kemunculannya mencuri perhatian beberapa gadis muda yang sedang makan di kafe itu.

"Kenal. Kawan baik Abang Mus," ujar Dhiya.

"Tunggu apa lagi? Pergilah ambil oder," tutur Saiful.

Dhiya mengambil menu yang ada di kaunter.

"Eh, Dhiya, kau tak payah ambil oder lelaki tu. Biar aku yang ambil." Menu yang ada di tangan Dhiya diambil kasar oleh Marisa.

Tercengang Dhiya melihat wajah Marisa yang berlagak dan terlebih perasan itu. Maklumlah, dia anggap dialah pelayan kafe yang paling lawa dan cun serta menjadi perhatian pengunjung.

Dhiya dan Saiful baru saja mengumpat pasal Marisa sebentar tadi.

"Okey, tak ada hal." Dhiya angkat bahu dan buat tak kisah.

Memang dia tak kisah pun. Bukan kena berebut nak ambil oder kalau nak dapat gaji lebih. Sama saja pun.

"Kau tak payah layan sangatlah si sengal terlebih perasan tu." Saiful mencelah.

ZAYNN AL-FATEHWhere stories live. Discover now