BERLARI bagaikan kanak-kanak riang dia mencari syurganya sebaik pulang ke rumah. Melebar senyuman di wajah tampannya. Kegembiraan yang tidak mampu ditahan lagi. Doanya terjawab. Sungguh, sekarang juga dia mahu sujud syukur.
"Mama? Mama!"
"Ya, ya, along. Kenapa ni?" Datin Serina yang baru saja datang dari laman belakang rumahnya terpinga-pinga mendekati anak bujang yang menjerit menyerunya.
Wajah Hakim masih tidak lekang dengan senyuman. Tanpa sebarang kata, dipeluk tubuh berpeluh si ibu penuh kejap. Erat.
"Eh, eh! Lepas! Badan mama melekit ni, long. Rimas lah!" Berusaha Datin Serina menolak pelukan oleh si anak.
Perlahan-lahan Hakim meleraikan sambil tertawa halus. Seterusnya, lengan ibunya ditarik lembut untuk ke ruang tamu. Dilabuhkan duduk bersebelahan satu-satunya syurganya itu.
"Along nak kahwin."
"Kahwinlah."
"Ish, mama! Along nak kahwin. Mama kena tolong along."
"Apa? Nak duit? No way. Cari sendiri."
Terlopong kecil mulut Hakim seraya keningnya berkerut apabila melihatkan ibunya yang tidak sempat menunggu dia menamatkan bicara.
"Tak. Bukan itu maksud Along."
Hakim menyandarkan tubuhnya, satu tangan diletakkan di belakang sofa, satu lagi melurut dahi. Dia memandang ibunya dengan ekspresi tidak percaya.
"Mama ingat Along ni tak mampu ke?"
"Bukan soal mampu ke tak mampu, Along. Mama cuma tak faham kenapa Along nak kahwin tiba-tiba. Gadis mana yang berjaya buat anak mama ni finally rasa dia nak settle down? Dulu along cuma pernah beritahu fasal dia sikit aje tapi namanya pun rasanya along tak ada beritahu."
Nafas dihela Hakim perlahan. Dia tahu perbualan ini takkan mudah, terutama bila ibunya terkenal dengan sifat kritikal dan standard tinggi.
"Nama dia Elnara. Seorang yang sederhana, tapi..." Dia tersenyum kecil, teringatkan wajah Elnara. "...she's different, Ma. There is something about her yang buat along rasa dia yang along cari selama ni."
Datin Suraya mengangkat kening. "Sederhana? Along tahu kan maksud 'sederhana' tu tak ada dalam kamus hidup kita?"
Hakim ketawa kecil, sambil menggeleng. "Itulah yang along suka tentang dia, Ma. Dia bukan tengok along sebab harta. Dia... tengok along as Hakim Ezra, bukan anak Dato'."
"Hmm... Kalau Along serius, mama nak jumpa dia. Tapi kalau Along nak kahwin dengan cara 'sederhana' juga, I'm sorry. That's non-negotiable." Laju saja Datin Serina menggeleng.
"Mama...Along tak kata nak buat majlis kecil. Along cuma nak dia rasa yang along kahwin dengan dia, bukan sebab siapa kita. Along nak majlis yang dia rasa selesa."
"Fine." Datin Suraya memandang Hakim dengan mata yang tajam tetapi lembut di hujungnya. "Kalau macam tu, bawa dia ke rumah. Mama nak tengok sendiri siapa gadisnya. Tapi, kalau mama tak approve..." Dia berhenti seketika, membiarkan ayatnya tergantung.
"Along tetap akan kahwin dengan dia." Lekas Hakim memintas.
Datin Suraya ketawa kecil, menggeleng sambil mengangkat tangan seolah menyerah. "Anak mama memang degil. But okay, we'll see."
Hakim tersenyum lega. Dia tahu cabaran seterusnya ialah mempertemukan dua wanita paling penting dalam hidupnya.
KAIN batik di pangkuannya, dilipat Elnara dengan rapi sambil dia bersila di atas permaidani Parsi yang menghiasi ruang tamu rumah keluarganya. Rumah itu bergaya kolonial moden, dengan lampu chandelier bergantungan di siling tinggi.
YOU ARE READING
Bahagia Tanpa Ragu
Romance[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadi...