"Aku tak selesa Arman kat sini, Die." Luah Qaisara.
"Kenapa?" Tanya Nadierah yang sedang menikmati permandangan disebuah pantai.
"Sebab dia ..."
Fokus Nadierah menanti jawapan yang akan Qaisara berikan. Nak juga dia tahu apa yang Arman buat kat dia sampai dia rasa tak selesa macam ni. Lagipun Nadierah tengok Arman okay je, baik layan Qaisara.
"Sebab dia?"
"Entahlah, aku rasa tak selesa,"
Nadierah melepaskan keluhan, wajahnya kembali menikmati permandangan yang ada didepan mata, membiarkan angin ombak mengibas wajahnya.
"Arman baik lah, Sara. Aku kenal dia dah lama," balas Nadierah.
"Ye aku tahu dia baik, aku tak cakap pun dia jahat cuma di-"
"Sebab cara dia pandang kau? Layan kau? Kan?" Potong Nadierah.
Melihat Qaisara hanya diam semakin betullah firasat hatinya. Itu yang Qaisara rasakan sekarang.
"Sara," panggil Nadierah, tubuhnya terus memusing menghadap Qaisara yang ada disebelahnya itu.
"Aku rasa Arman suka kau,"
Laju Qaisara menolehkan kepalanya kearah Nadierah, terkejut dengan ungkapan sahabatnya sebentar tadi.
"Kau merepek apa ni?"
"Aku kenal Arman dah lama, Sara. Aku tengok dari cara dia pandang kau, layan kau aku dah tahu dia memang tengah jatuh cinta dengan kau. Arman tak pernah layan perempuan macam dia layan kau."
"Habistu kau, dia layan macam mana selama ni? Elok jugak aku tengok, maknanya dia pun boleh jatuh cinta kat kau jugak, kan?" Senyuman cuba diukirkan.
"Ish kau ni, takdenya dia layan aku sebaik dia layan kau," suram terus wajahnya apabila Qaisara cakap macam tu.
Dia tak suka Arman lah.
"Dahlah, jangan nak merepek." Qaisara kembali menoleh kedepan, membiarkan sahabatnya itu.
"Okay macam ni,"
Qaisara memejamkan matanya sesaat, apa lagilah yang akan Nadierah cuba katakan sekarang.
"Kau tengok, dia sanggup datang ke kampung kau." Dengan riak yang bahagia Nadierah mengungkapkan.
"Biasa, Die. Mungkin dia memang nak tengok suasana kampung aku." Jawab Qaisara.
Sekali lagi Nadierah melepaskan keluhan, penat dia dengan Qaisara. Langsung tak peka dengan setiap kata-katanya.
"Arman tak suka suasana kampung, Sara,"
"Dia datang sini semata-mata untuk kau, dia nak kenal dengan kau lebih dekat, nak rapat dengan abah dan ibu kau. Kau tak dapat tangkap semua tu, Sara?"
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
No FicciónRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...