★ 1

13 2 0
                                    

"Weh Siti, dengar cerita, maklong kau masukkan kau sekolah ngaji. Betul ke?" tanya Syifa', kawan baik kepada perempuan yang bernama Siti Sarah Nur - Ain, atau dipanggil sebagai Siti oleh kawan-kawan sekolahnya. Nama Sarah digunakan oleh keluarganya atau seseorang yang dia sayang.

Sarah memandang Syifa' dengan tanda tanya. "Mana kau tahu?"

Syifa' tersenyum mengusik. "Apa je aku tak tahu pasal kau?" usik Syifa'

Sarah yang mendengar itu terus meremang. "Kau dah kenapa kata macam tu? memanglah kau tahu pasal aku kalau aku cerita. Masalahnya sekarang, aku tak bagitahu kau lagi," Balas Sarah dengan panjang lebar sambil mengemas buku sebelum loceng habis sekolah berbunyi.

Syifa' tersengih. "Aduh kau ni. Memang lah kau tak cerita. Kan aku kata tadi aku dengar," ujar Syifa' sambil mengemas bukunya juga.

Sarah berhenti seketika dan memandang ke arah Syifa'. Syifa' yang perasan akan dirinya direnung terus memalingkan mukanya ke arah Sarah kembali. "Asal?"

"Mana kau dengar?" tanya Sarah dengan pelik sambil menzip beg sekolah nya.

"Secret lah weh," balas Syifa' selamba sebelum dia melarikan diri ke tandas.

Sarah menjeling Syifa' yang sudahpun keluar daripada kelas tersebut.

"Damn... where's she knows?" bisik hatinya.

Kringg!!!

Akhiranya loceng waktu balik sekolah sudah berbunyi.

Sarah menyilang bag sekolahnya ke bahu sebelum dia berjalan keluar.

Kelas nya sudah pun bising dengan suara kawan-kawan nya yang bising. Dia hanya menghirau kan mereka dan terus berjalan.

Sampai sahaja di tangga, dia terserempak dengan Amjad, Izzareef dan Hasif.

"Yow Siti," tegur Amjad sambil menyiku Hasif. Hasif memandang Sarah dengan senyuman manakala Izzareef sedang fokus membetulkan tali lehernya.

Sarah yang mendengar suara Amjad terus memandang nya sebelum memandang Hasif dan Izzareef.

"Korang ponteng lagi ke?" Tanya Sarah sambil berhenti di anak tangga.

Amjad mengangguk, "Haah. Bosan lah duk kelas. Ustazah ajar bosan. Tu yang kitorang ponteng," Balas Amjad sambil menjeling Hasif yang masih memandang Sarah.

Sarah menggeleng kepalanya, "Nanti kat akhirat pun, kau ponteng jelah Amjad. Masuk syurga kan?" Perli Sarah sebelum dia beredar untuk pulang.

Izzareef dan Hasif yang mendengar nya tergelak manakala Amjad sudah pun terlopong.

Sarah berjalan ke arah dewan yang menempatkan pelajar-pelajar yang menunggu kedua ibu bapa mereka tetapi Sarah tidak menunggu ibu bapanya sebaliknya dia menunggu ayah sedara nya ambil.

Sarah bukan lah seperti pelajar lain. Barang sekolah, yang menghantar dan mengambil semua ibu bapa mereka tetapi Sarah tidak.

Sedang dia menunggu ayah sedara nya, bahu nya di tepuk kuat.

"Mak kau terkejut," Sarah termelatah manakala Sara, Syifa' dan Aqeela tergelak. Sarah menjeling tajam mereka bertiga.

Ketiga-tiga mereka terus diam dan terus mengambil tempat di hadapan Sarah. Sarah mengerutkan dahinya.

"Asal korang ni? Bukan korang balik awal ke?" tanya Sarah pelik. Selalunya diorang lah yang selalu balik awal darinya.

Mereka bertiga tersengih, "Saja. Nak teman kau," balas Sara sambil baring di peha Sarah. Sarah hanya membiarkan sahaja sebab dia sudah terbiasa dengan perangai mereka bertiga.

𝐎𝐮𝐫 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 𝐉𝐙𝐌𝐧𝐒𝐑𝐡Where stories live. Discover now