31: Melihat dari Atas

527 15 1
                                    

Interrupting my studies? You'll be dead..

Ayat itu tertulis di sebelah dalam kulit depan kamus lexicon bahasa Inggeris yang aku miliki sejak tingkatan 1. Kamus itu sudah agak lusuh. Ayat itu ditulis oleh pemilik asal kamus itu kerana aku membelinya dari sebuah kedai buku terpakai dengan harga 15 ringgit ketika meronda-ronda di PJ State. 

Aku teringat kembali, bagaimana aku terpaksa balik berjalan kaki kerana tiada lagi duit yang tinggal untuk tambang bas. Aku merasa lexicon itu sangat berharga untuk tidak dibeli.

Aku tersenyum setiap kali membaca ayat itu, sambil cuba membayangkan karakter penulisnya. Tulisannya kemas seperti ditulis oleh seorang perempuan, tetapi ditulis laju dan yakin seperti seorang lelaki.

Yang jelas, dia amat menghargai masa belajarnya, namun tidak berani memprotes jika di ganggu, oleh sebab itu dia hanya mencurahkan pada tulisan itu.

Dari satu sisi, ia memang bertepatan dengan karakter aku. Tapi bezanya aku memerlukan suasana yang sangat spesifik untuk membolehkan otak aku bekerja dengan optimum. Mengulangkaji pelajaran dalam suasana paling senyap membuat otak aku lebih produktif. Otak aku boleh mengurai masalah matematik yang rumit dalam keadaan itu dan ingatan aku pula dapat meresap lebih banyak perkara, jika dibandingkan ketika berada di kelas tusyen.

Aku memberitahu Mak Lang bahawa aku tidak mahu lagi menyambung untuk bulan kedua belajar di pusat tusyen itu atas sebab suasana yang tidak begitu kondusif bagi aku. Mak Lang bertanya jika aku ingin belajar di tempat lain, namun aku mengatakan merasa lebih baik jika aku mengulangkaji bersendirian di rumah. Akses kepada internet membolehkan aku mencapai lebih dari itu.

Mak Lang tidak membantah, dia kelihatannya tidak lagi ragu dengan kemampuan aku menghadapi peperiksaan tanpa bertusyen. 

Hujan yang kerap pada sebelah malam pada bulan itu, membuat suasana terasa dingin dan suram. Aku mematikan lampu meja itu dan terus berbaring, namun ketika jam sudah menghampiri jam 12, mata aku masih tidak merasa mengantuk.

Apa yang aku lakukan hanyalah memangku kepalaku dengan tangan sambil terkebil-kebil memandang siling.

Aku tahu perasaan aku merasa terbeban seperti itu kerana sudah lama aku tidak menyimak kembali perjalanan hidup yang sedang aku lalui. Perancangan dan keputusan yang aku buat sudah tidak selari. Semuanya sudah mula kabur, aku perlu menyusunnya semula supaya jelas.

Aku perlu melihat dari atas, dari gambaran yang luas supaya aku dapat membandingkan tindakan yang sudah aku buat dan sasaran yang sedang aku tuju. Apa halangan aku, dan apa tindakan yang harus aku ambil untuk mengatasi halangan itu.

Mengenal-pasti sasaran itu mudah. Sasaran aku adalah menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun dengan persiapan yang cukup supaya aku boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang. 

Mengenal halangan juga mudah. Masa untuk aku itu terhad, aku cuma ada 8 bulan saja lagi untuk memahirkan diri dengan semua topik dalam semua subjek, termasuk topik yang belum dipelajari lagi.

Bahagian yang paling sukar adalah pelaksanaan, aku perlu menyerap semuanya seiringan waktu yang tinggal. 

Namun tidak seperti orang lain, aku ada keperluan batin yang perlu aku penuhi. Mental dan fizikal aku akan berfungsi dengan lebih baik jika semuanya terpenuhi. Ya memang ada kalanya aku meragui keputusan yang aku buat, mempertikai samada tindakan itu menyumbang ke arah yang seharusnya aku tuju, kerana masalahnya, masa aku terbuang kerana itu.

Aku sedar, setiap kali aku merasa batin ku memerlukannya, fikiran aku akan tertumpu ke arah itu, tentunya ia memerlukan masa, belanja, perancangan dan pelaksanaan hanya untuk mencapai kepuasan itu, ditambah pula soal kerahasiaan yang perlu dijaga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 5 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Empat BelasWhere stories live. Discover now