BUNGA yang ditanam oleh Hani kian mekar seperti hati dia sekarang. Ugh, lihatlah! Bunga pun boleh baca isi hati seseorang. Memang tak salah pilih tanam. Lepasni bolehlah dia beli tanah hanya semata-mata nak tanam bunga.
"Masya-Allah, cantiknya! Wahai para bunga semua, korang mekar cantik macam ni sebab korang tahukan yang aku tengah gembira sekarang? Iyalah, suami aku semalam layan baik gila dengan aku! Kadang-kadang aku terfikir, dia sengaja ke layan aku baik sebab nampak aku sedih atau dia memang nak berubah jadi baik? Tapi tak apalah! Kita tak payah fikir benda tu sekarang. Yang penting sekarang, korang para bunga semua doakan untuk aku tau! Aku nak jadi bunga terakhir dalam hidup suami aku, Syed Naqib!"
Dengan semangat Hani menyiram pokok bunganya. Hati yang kian riang membuatkan makin melebar senyuman Hani. Siapa saja yang tak gembira? Selama ini hidupnya merana saja! Rasa macam kena kejar dengan malaikat maut! Asyik mahu bunuh saja. Agaknya tiada kerja lain kut!
"Hani, lebar sangat senyuman tu bonda tengok. Kenapa ni? Ada berita gembira ke nak share dengan bonda?" Tegur Puan Aisyah sambil memerhati menantunya menyiram pokok bunga.
Tersentak Hani. Hampir saja pancuran air mahu terkena Puan Aisyah. Ini kalau kena, memang bangkit balik iblis dalam diri si Naqib tu. Jangan buat hal Hani! Jangan kau nak buat hal. Benda hal baik macam ni, elok kita panjangkan sampai tamat cerita.
"Tak. Cuma semalam layanan Naqib dah mula berbez dekat Hani. Macam Naqib perlahan-lahan cuba bukak pintu hati dia untuk Hani. Bonda rasakan Hani boleh ke dapatkan hati Naqib? Iyalah, Hani teringin sangat nak manis-manis dengan Naqib macam pasangan lain."
"Mestilah boleh! Hati Naqib tu sebenarnya tak adalah keras sangat pun. Cuma biasalah, bila kita hilang orang yang kita paling sayang, memang susah nak terima dan tutup pintu hati tu serapat mungkin. Kalau boleh tak nak bagi sesiapalah masuk! Tapi siapalah kita ni? Hanya manusia biasa. Hati kita ni milik Allah. Kalau Allah kata, Kun fayakun, nak jadi makan jadilah ia. Bermakna sekarang Allah bagi peluang pada Hani untuk perlahan-lahan masuk dalam hati Naqib. Sebab Allah nampak usaha Hani yang tak pernah putus untuk dapatkan cinta anak bonda tu."
Kepala Hani yang berlapik dengan tudung sarung Puan Aisyah usap dengan perasaan sayu.
"Terima kasih, Hani. Terima kasih sebab tak berhenti mencintai anak bonda. Maafkan bonda ya sebab gagal jaga Hani waktu mula-mula dulu. Bonda pun tak sangka yang Naqib akan layan Hani seteruk itu."
"Bonda janganlah rasa bersalah! Kalau bonda nak tahu, Hani ni sekali dah sayang seseorang memang susah Hani nak lepaskan dia."
"Walaupun Naqib pernah layan Hani dengan buruk?"
"Ya, walaupun Naqib tu pernah layan Hani dengan buruk. Dan disebabkan layanan dari Naqib jugak, Hani belajar untuk jadi perempuan yang kuat. Bonda, dalam dunia ni semua orang ada ujian masing-masing termasuk bonda sendiri. Dan mungkin ujian untuk Hani adalah melalui anak lelaki bonda iaitu Naqib sendiri. Bonda jangan salahkan diri lagi tau? Bonda tak salah pun!"
Mahu saja Puan Aisyah sujud syukur dapat menantu seperti Hani ini. Tak pernah merungut walau sekali dengan segala ujian yang menimpa dalam hidup dia. Apalah nikmat yang sedang menanti Hani di masa depan hingga sebesar ini ujiannya.
"Bagus ya, Hani. Haih, tak sia-sia bonda teruskan majlis kahwin tu. Alhamdulillah! Lepasni Hani bolehlah bagi cucu dekat bonda, ya? Dah gembira macam ni!" Usikan Puan Aisyah membuatkan wajah Hani menjadi merah padam.
Apa maksudnya dengan cucu?
Oh, tidak!
"Rasanya belum fasa tu lagi kut, bonda."
"Kenapa pulak belum? Kan Hani dengan Naqib dah gembira. Naqib pun dah layan Hani sebaik mungkin. Jadi apa penghalangnya? Jangan kata yang anak lelaki bonda tu tak subur pulak!"
"Siapa yang tak subur?" Tegur Naqib dari arah belakang.
Hani sudah telan liur. Mampus! Senja-senja macam inilah bonda pandai nak cakap benda mengarut. Baba, tolong Hani!
"Ha, baguslah kamu dekat sini Naqib. Betul ke yang kamu tak subur?"
Terpinga-pinga Naqib lalu pandangannya lurus melihat ke arah Hani seperti meminta penjelasan tetapi Hani hanya membalas dengan gelenggan kepala. Naqib pulak melepaskan nafas sebelum garu dahinya yang tidak gatal.
"Biar Naqib tanya bonda, ayahanda subur tak?"
"Mestilah subur! Kalau tak subur, tak adalah keluar kamu berdua yang perangai macam otak kurang sel ni!"
"Jadi, Naqib pun suburlah! Bila masa pulak Naqib tak subur? Kalau Naqib tak subur, tak adalah Naqib kahwin bonda."
"Ha, baguslah kalau Naqib subur. Sebab itu bonda tanya Hani tadi, bila kamu berdua nak bagi bonda cucu? Nak tunggu bonda ni beruban dulu ke baru nak bagi cucu?" soal Puan Aisyah dengan bersilih ganti melihat anak lelakinya dan anak menantunya.
Naqib menarik bahu bondanya rapat ke badannya.
"Bonda, orang kata maghrib macam ni tak elok cakap soal anak cucu."
"Kenapa pulak?"
"Takut gelap mukanya bila keluar nanti."
Tepat satu tamparan melekat pada bahu lebar milik Naqib. Lelaki itu asyik mengadu kesakitan. Memang power tepukan bondanya! Rasa seperti main kompang pulak.
"Aduh, sakitlah bonda! Betul lah apa yang Naqib cakap. Lain kali kalau bonda nak tanya pasal cucu bagai, elok tanya waktu pagi. Biar cerah sikit anak Naqib nanti macam awan."
"Kamu ni Naqib, memang suka mainkan bonda ya!"
"Eh, mana ada Naqib mainkan bonda. Naqib cuma cakap benda yang fakta."
Baru saja Puan Aisyah mahu menampar bahu Naqib, Naqib terlebih dahulu berlari di belakang badan Hani meminta perlindungan.
"Hani, tengoklah ada monster dalam rumah kita!"
"Monster! Siapa monster!"
"Bonda!"
Meletus tawa Hani apabila mendengar ayat itu. Tidak dapat lagi dia tutup tawanya sebab terlalu kelakar! Naqib yang melihat tawa Hani mula terbuai. Akibat terlalu hayut dalam tawa Hani, habis belakang badan Naqib yang jadi mangsa pukulan Puan Aisyah tapi sedikit pun pandangan Naqib tidak lepas dari Hani.
"Cantik..."
"Siapa cantik!" soal bonda berang. Naqib yang seperti tersedar cepat-cepat berdehem. Jari telunjuk tepat pada bunga mawar putih milik kebun Hani.
"Bunga mawar tu cantik. Siapa yang tanam?"
"Siapa lagi kalau bukan bunga mawar Naqib."
Bingung Naqib apabila mendengar jawapan bondanya.
"Siapa bunga mawar Naqib?"
"Nuara Hani."
Konflik semakin dekat. Get ready, okay? Tak kira spam 💗sbb nak semangat menulis cerita ni
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romance𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...