BAB 3

82 14 1
                                    

SEDANG mereka berbincang di dalam miting itu tiba-tiba Tengku Ayden bersuara sambil melihat cermin di tangannya. "Hensemnya! Anak siapalah hensem sangat ni! Kenapa Tengku Ayden Iskandar ni hensem sangat?!" Pujinya pada diri sendiri.

"Cause imagination exist?" Balas Harraz tanpa rasa bersalah, bibirnya juga mengukir satu senyuman sinis membuatkan Tengku Ayden mengetap bibir.

"Kau ni dari mula-mula masuk memang cari pasal dengan aku kan?!" Tengku Ayden berdiri dari duduknya sudah bersedia untuk bertumbuk dengan Harraz.

"Duduklah gila! Kau jangan buat hal depan Tan Sri boleh tak?!" Marah Haider sambil menarik-narik jaket yang dikenakan Tengku Ayden.

"Duduk, Ayden." Tan Sri Zul Azfar bersuara secara mendatar. Perlahan Tengku Ayden melabuhkan duduknya semula sebelum berdeham beberapa kali sambil membetulkan jaketnya.

"Harraz, kamu seorang doktor dan juga penembak, betul?" Soal Tan Sri Zul Azfar. Harraz mengangguk lalu menunduk hormat kepada lelaki yang berumur 50-an itu.

"Gelaran kamu... werewolf." Mendengarkan kata-kata Tan Sri Zul Azfar membuatkan mereka semua terkedu. Werewolf?

"Code name, werewolf." Sekali lagi Tan Sri Zul Azfar bersuara. Harraz pula mengangguk berkali-kali.

"Ingat, misi hari ni bukan seperti yang biasa. Mereka dah curi senjata kita, don't torture them, kill 'em." Ujar Tan Sri Zul Azfar secara mendatar.

Yang lain pula sudah bersiap-sedia dengan kelengkapan mereka. "Pisau ni cantik!" Sebelum Dyler mencapai pisau yang ditilik nya itu Khai sudah mencapainya.

"Woi! Aku yang nampak dulu!" Protes Dyler sambil menjuihkan bibirnya. "Werk! Aku yang dapat dulu!" Khai membuka langkahnya lalu berlari ke arah Tengku Ayden untuk menyorokkan dirinya.

"Kau dua orang ni kan?! Aku hempok baru tahu!" Jerkah Tengku Ayden yang sudah bersiap sedia memakai helmet motosikalnya. Pisau dan pistol diletakkan di dalam kocek seluarnya.

"Semua ready?" Soal Fayyadh sambil mencapai kunci motosikal Kawasaki ZX10 miliknya. Yang lain pula sudah bersedia untuk menjalani misi ini.

Ini sudah menjadi rutin mereka untuk bekerja di pukul 3 pagi disebabkan musuh tidak berdiam diri, ada sahaja yang mereka curi. Senjata yang dicuri pula adalah senjata yang penting! Memang cari mati!

Dyler berjalan memasuki bangunan yang agak mewah, tidak lama dia berjalan terdapat dua orang lelaki yang berpakaian kot dan tali leher hitam.

"Who are you?" Soal salah seorang pengawal itu.

"Fayyadh Al-Hakim, head of the mafia group The Royal Empires." Bohong Dyler dengan wajah bekunya.

"May I see your id?" Soal lelaki itu kembali sambil menghulurkan telapak tangannya kepada Dyler.

Dyler mengeluarkan tawa sinis sebelum bersuara. "Kau ni banyak cakaplah, dahlah suara tak sedap!"

Bukk!

Satu tumbukan lantas mendarat pada wajah lelaki itu sehingga lelaki itu rebah ke lantai. Pengawal seorang lagi yang melihat kejadian tersebut ingin menyerang Dyler. Namun, lelaki itu sudah hilang dari penglihatan pengawal tersebut.

"Phoenix! Kau janganlah buat hal! Yang kau pergi shaming suara dia asal?!" Ujar Tengku Ayden dari alat pendengar.

"Apa? Betullah! Eh, kalau mamat tu nyanyi lagu Die With A Smile Bruno Mars tu, tak ke hancur betul-betul dunia ni?" Hentam Dyler pula. Kalau lawan dengan Tengku Ayden ni memang musuh kena double kill!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Greatest Love, Tengku AydenWhere stories live. Discover now