MAKANAN dan minuman yang sudah dihidang di meja itu dipandang kosong. Sesekali mata melirik ke arah pintu keluar masuk restoran itu, berharap Irene akan muncul.
Haish!
Hazel mendengus perlahan. Sudahlah jam makan tengahari hampir tamat. Dia perlu balik semula ke office secepat mungkin kerana mahu menyiapkan proposal yang perlu dihantar kepada client petang ini.
Nak mengharapkan pekerjanya? Sampai ke sudah tak habis. Tengoklah. Baru minta buat pembetulan sudah gagal. Inikan pula membuat proposal yang penting ini.
"Sorry, babe!" Irene munculkan diri. Beg tangannya itu diletakkan di kerusi sebelum dia melabuhkan punggung.
Hazel tayang wajah cemberut. Mana taknya, hampir dua puluh minit dia menunggu.
"Janganlah merajuk, aku bukan sengaja datang lambat. Tadi aku tolong orang buta lintas jalan. Tu lambat sikit tu." Irene menayangkan muka tak bersalah.
"Kaulah buta. Buta jalan, buta hati" balas Hazel kembali. Bukan dia tak tahu Irene sengaja memberi alasan.
"Aduh! Sampai hati you kecilkan hati i yang memang kecil ni," tutur Irene sambil menekankan telapak tangannya di dada.
Hazel merengus kecil. Riak wajahnya jelas menyampah apabila teringatkan tentang hal di pejabatnya tadi. Sambal petai yang dibekalkan oleh Mak Nab itu dikeluarkan lalu dimakan bersama nasi putih yang telah dipesannya tadi.
"Oi! Makan sambal petai tak ajak!"
"Tu.... Aku dah pesan spaghetti untuk kau." Hazel menunding kan jari ke arah spaghetti tersebut sebelum dia kembali menjamah nasi.
"Alaaa....kedekutlah kau ni," desis Irene., spaghetti itu diambil lalu dimasukkan ke mulut. Rasa panas hati bila Hazel makan makanan kegemarannya itu tanpa mempelawanya.
"Kau ni peliklah. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba ajak aku lunch." Sekali lagi spaghetti itu dimasukkan ke dalam mulut. Apabila terasa ada kesan comot di bibir, seraya dia mengeluarkan kain napkin lalu dilap hujung bibirnya itu.
"Kau rasa... Aku layak tak untuk pegang jawatan tinggi dalam syarikat tu?"
Automatik membuatkan Irene tersentak. Dah tahu dah. Mesti ada yang tak kena dengan sahabatnya harini.
"Mestilah kau layak. Tengoklah, lepas saja kau ambil alih, hotel tu sekarang dah makin terkenal. Makin dikenali ramai. Sampaikan kau berjaya untuk buka resort baru dekat Sabah." Jawab Irene. Bangga dengan pencapaian Hazel dalam masa dua tahun ini.
"A..aku tak tahu. Kadang-kadang, aku rasa yang aku tak layak untuk jadi pemimpin. Aku..."
"Ni mesti pasal dua orang mangkuk yang tak sedar diri tu kan?"
Hazel menjongket kening. Mangkuk? Sejak bila mangkuk jadi orang?
"Mangkuk apa kau cakap ni?"
"Alaa, dua orang staff kau tu lah..apatah nama dia. Zirafah?"
Jatuh rahang Hazel mendengarnya. Aduhai, sejak bila pula dia ambil Zirafah jadi pekerjanya?
"Huzaifah, sayang... Bukan zirafah.."
Terus pecah tawa Irene dibuatnya.
"Tak kesahlah...apa yang penting, sampai bila kau nak simpan dua mangkuk tak guna tu? Diorang tu dah kutuk kau macam-macam kau tahu tak? Kalau akulah...dah lama aku cucuk garfu ni dekat mata diorang!" Kata Irene, siap mengangkat garfu yang dipegang konon-konon hendak mencucuk mata mereka berdua.