Nama saya Nurul Syafiqah. Saya memang suka buat blog. Tapi, kali ini, saya akan menulis sebuah cerita horror berdasarkan "nightmare" saya. Mungkin, saya terlupa baca doa tidur malam itu. Dalam banyak banyak perkara yang saya mimpikan malam itu, mimpi ini yang paling mengerikan dan paling menakutkan! Jadi, siapa-siapa yang takut hantu,lebih baik jangan baca! Kalau awak terbaca, jangan salahkan saya sebab saya dah beri peringatan awal tadi. Ia bermula begini....
Ustaz Fariz sedang mengadakan kelas agama bersama murid-muridnya. Saya di antara salah satu muridnya. Apabila Ustaz Fariz sedang menekankan tentang hal rumahtangga,ada ketukan yang kuat di pintu secara tiba-tiba. Saya yang paling dekat dengan pintu. Jadi, saya pun membukanya. Saya berasa sangat terkejut apabila saya ternampak salah satu jiran saya,iaitu Mak Senah. Mak Senah adalah isteri Pak Jalir, bomoh yang terkenal di Kampung Kelana Jaya. Mak Senah kelihatan panik dan berpeluh-peluh. Dengan nafas yang tersekat-sekat, dia pun menjerit,
"Suamiku dah meninggal!" Dengan segera, Ustaz Fariz pun menelefon pihak pengurusan jenazah dan bergegas ke rumah Mak Senah. Secara jujur, memang, rumahnya berbau sangat busuk. Mayat Pak Jalir sedang terbaring di tempat yang dia selalunya melakukan sihir. Nampak sah dia mati apabila sedang berbuat sihir. Beberapa minit kemudian, van jenazah pun tiba.
Setelah menyelesaikan solat jenazah, kami pun ke tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah Pak Jalir. Banyak cobaan yang kita hadapi dalam perjalanan hendak mengebumikan jenazah itu. Van rosak lah...Engine tak boleh startlah....Dan banyak lagi...Sebenarnya, saya dah tahu perkara-perkara ini akan terjadi sebab saya suka tonton kisah Tanah Kubur dan juga Misteri Jenazah. Daripada kisah-kisah itu, saya dapat melihat balasan orang-orang yang mempunyai sihir dan lain lain. Sebelum ke sana, saya menyandarkan beg saya di sebuah dinding dan ke tandas. Apabila saya keluar dari tandas, saya pun bergegas ke luar rumah itu kerana mereka semua sedang menunggu saya sebelum ke tanah perkuburan itu. Selesai mengebumikan jenazah itu, kami pun ke Masjid Ridwan yang berdekatan untuk melakukan solat Maghrib. Saya pun tercari-cari di mana beg saya. Saya baru teringat bahawa saya tertinggal beg saya di dalam rumah Mak Senah. Saya pun ke rumah itu seorang diri kerana Ibu tidak mahu menemankan saya.
Dah nak sampai! Dah nak sampai tingkap! Apabila saya baru sahaja hendak keluar melalui tingkap,semua tingkap-tingkap di rumah itu tiba-tiba tertutup dan terkunci sendiri.Wajah saya menjadi pucat seperti mayat.Saya sudah terperangkap dalam rumah ini! Saya mula panik.Saya pun kembali ke pintu dan cuba menolak pintu itu dengan sekuat-kuatnya.Malangnya,saya rasa bahawa ada tenaga yang lebih kuat di sebalik pintu itu yang sedang menolak pintu itu daripada luar.Ada orang ke yang cuba perangkap saya dalam rumah ini?! Macam mana jika Ibu mencari saya dan tidak dapat masuk ke dalam rumah?Keringat mengalir turun daripada dahi saya.Saya pun cuba menendang-nendang pintu tersebut tetapi ia masih tidak buka.Disebabkan pintu dan tingkap-tingkap tutup,ia menambahkan kegelapan di dalam rumah itu.Saya hampir tidak dapat melihat apa-apa.Tiba-tiba,saya terdengar seperti suara seseorang sedang berbisik.Dia seakan-akan sedang memanggil saya.
"Nak....Oh...Nak...Marilah sini..Nenek tengah tunggu dalam bilik ni..."
Suara itu kedengaran seperti suara Mak Senah.Oleh itu, saya pun memanggil Mak Senah sambil mencari-carinya.Sewaktu saya pergi bilik ke bilik untuk mencari Mak Senah,terdapat suatu bilik yang pintunya tidak ditutup sepenuhnya.Dari luar, saya mendengar bunyi seperti seorang sedang mengasah pisau.Bulu roma saya meremang.Mengapa Mak Senah mengasah pisau malam-malam?Banyak fikiran bermain-main di minda saya.Saya cuba untuk membuang segala fikiran negatif.Oh..mungkin,dia hendak menyembelih ayam kot..Huh!! Tapi, siapa yang nak sembelih ayam malam-malam?!! Bulu roma saya meremang.Fikiran itu membuat saya menggigil-gigil.Pada masa yang sama,saya juga takut Mak Senah sedang melakukan sesuatu yang membahayakan dirinya.Saya pun memberanikan diri saya dan mencapai penyapu yang disandarkan di tembok di sebelah pintu itu.Sekurang-kurangnya,saya ada sesuatu untuk mempertahankan diri saya sekiranya Mak Senah ingin mengapa-apakan saya.
Saya pun menolak pintu itu. Di dalam bilik itu, terdapat sebuah katil queen-size.Saya tercengang.Mata saya terbeliak.Di atas katil tersebut,terdapat seorang wanita yang sedang duduk di hujung katil itu.Dia berbaju kurung dan rambutnya sangat panjang sehingga ia mencapai pinggangnya.Baju wanita itu berlumuran darah!!Kaki saya mula menggeletar.Saya benar-benar rasa seperti hendak terkencing pada masa itu.Tidak mungkin wanita itu Mak Senah kerana Mak Senah selalu mengikat rambutnya dengan sanggul dan tidak membiarkan rambutnya terkibai-kibai seperti itu.Jika wanita itu bukan Mak Senah, siapa itu?!!Seperti saya tahu, anak-anak Mak Senah semuanya kini bekerja di bandar dan lagipun, anak-anak Mak Senah semuanya lelaki.Jadi,wanita itu siapa?!! HANTU!
YOU ARE READING
Malam Jumaat Pak Jalir Meninggal Dunia
Horrorberdasarkan mimpi buruk saya pada suatu malam :)