"Aku nak duit. Kau bagi aku duit sekarang!"Hazel ketawa kecil mendengarnya.
"Sudah-sudahlah awak mengemis dekat orang yang awak tak kenal. Bukan apa...nampak macam gelandangan tahu tak?"
"Oh ya! Saya dengar awak main judi kan? Takkan tak dapat duit langsung? Semua duit nak kena rembat ke?" Perli Hazel.
Terus terdiam Nadim dibuatnya. Barangkali terkejut kerana Hazel tahu tentang hal itu.
Hazel mendengus kasar. Kot bajunya itu ditepuk-tepuk bagi menghilangkan kesan debu. Tak kuasa dia hendak melayan lelaki tak guna macam ni.
"Saya ni tak adalah kejam sangat...tapi kalau setakat nak doakan ibu awak tu cepat sembuh, saya boleh je. Oh! Satu lagi, tadi saya ada ternampak jawatan kosong dekat kedai makan simpang sana. Pergilah cuba daripada meminta macam ni." Kata Hazel sebelum dia mengatur langkah ke cafe itu semula.
Namun, belum sempat Hazel meninggalkan lorong kecil itu, tiba-tiba rambutnya ditarik kasar dari belakang.
"Kau siapa nak ajar aku hah?!" Jerkah Nadim kuat. Seraya dia melemparkan tubuh gadis itu ke jalan tar.
Mata dipejam seketika. Menahan kesakitan bila telapak tangannya sudah berdarah.
"What can i do if God blessed me with an attitude that weak men can't handle." Bisik Hazel sinis.
Aku takut? Come on.... Aku dah pernah kena lagi teruk dari ni lah!
"Kau jangan cabar aku, perempuan" amaran keras diberikan.
"Kenapa? Nak pukul saya? Pukul lah. Saya cabar awak. Saya nak tengok sampai mana tahap kebodohan awak tu."
Tangan Nadim dinaikkan
ingin menampar wajah mulus dihadapannya.Pang!
Perlahan-lahan Hazel membuka mata.
Matanya terpaku ke arah satu sosok yang berada di sebelahnya. Lelaki itu sedang mencengkam kuat lengan Nadim.
"Touch her and i promise you'll suffer like hell." Lelaki itu memandang tajam kearah Nadim. Cengkaman pada lengan Nadim semakin kuat hingga wajahnya berkerut menahan sakit.
"Kau ni siapa? Lepaskan aku!" Tengking Nadim. Dia cuba menarik lengannya namun gagal.
"I'm the one who won't let anybody hurt her" jawab lelaki itu dingin, sebelum dia melepaskan tumbukan padu ke arah Nadim.
Nadim jatuh tersungkur ke tanah. Tangan kirinya mula memegang pipi yang kian memerah. Tak lama selepas itu, hujung bibir Nadim mula mengalirkan darah.
"Berambus sebelum aku hilang sabar."
Melihat pandangan lelaki itu yang semakin gelap ke arahnya. Nadim akhirnya memilih untuk berundur.
Hazel terdiam, membiarkan saja Nadim berlalu pergi. Pandangannya jatuh ke arah lelaki itu.
Berderau darahnya melihat susuk tubuh tegap itu berpusing menghadapnya. Kaki bagai terpasak di lantai. Kaku. Tidak mampu bergerak.
Lelaki ini!
Dua-dua diam. Di sebalik tudung hoodie itu, dia nampak sepasang anak mata berwarna hazel memandangnya juga.
Hazel tertelan air liur. Jantungnya sudah berdegup laju dan nafas mula terasa pendek.
Semakin lelaki itu melangkah mendekatinya semakin dia mengundur ke belakang. Mengigil rasa tubuhnya apabila belakang tubuhnya sudah berlanggar dengan dinding.
"Are you scared hmh?" Tanya lelaki itu.
Hazel rasa hendak menangis. Memori dua tahun lalu terus bermain di fikiran.
"No..." Perlahan suara Hazel berbisik apabila lelaki itu bertindak membongkokkan tubuhnya.
Hazel dapat melihat dengan jelas. Anak mata yang berwarna hazel, hidung mancung dan bibir merah yang sedang menyenget sinis.
Lelaki ini...
"I miss you..." ujar Hunter sambil memandang redup ke arahnya.
Mendengar saja pengakuan Hunter, Hazel terus melarikan anak matanya. Takut.
"Jangan risau. Aku takkan buat perkara yang kau tak suka. Tujuan aku disini, hanya untuk melindungi kau"
Jantungnya bagai direntap kasar apabila mendengar suara garau itu bersuara.
"Remember what i told you two years ago? I'll promise that i tell the truth and i know. That time is getting closer"
"Jangan takut dengan aku Hazel. Aku bukan orang jahat. I just want to protect you from danger" Hunter mula bersuara lirih. Suara itu seolah-olah dia kecewa bila dia melihat Hazel ketakutan untuk berhadapan dengannya.
"Pergi. Dari. Sini." Hazel mula bersuara. Dia langsung tidak melihat wajah Hunter yang berubah mendung.
"Alright. Kalau itu yang kau nak, aku boleh pergi. Tapi kau tak boleh minta aku untuk tak cari kau atau buang kau dalam hidup aku."
"18 tahun kita berdua berpisah dan tak pernah sedetik pun aku tak ingat tentang kau. Dan sekarang...tolong jangan paksa aku untuk biar kau hidup seorang diri lagi. Aku tak sanggup"
"Till we met again Hazel."
Hazel memejam mata apabila Hunter mendekatkan wajah ke cuping telinganya. Dan beberapa saat, suasana berubah sunyi. Sebaik saja dia membuka mata, lelaki itu telah hilang dari pandangannya.
Hazel tergamam. Beg tangannya mula melorot dari bahu dan terjatuh ke lantai. Pandangannya...suaranya buat nafas seakan terhenti.
Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa? Dia ingat, Hunter tidak akan mengikutinya lagi. Namun apa yang jadi sebaliknya.
Selama ini...dia perhatikan aku!
"Cik?" Tiba-tiba suara garau itu menyentakkan lamunannya. Dan apabila dia menoleh ke kiri, Hazel melihat Uzair yang sedang berdiri dengan wajah risau.
"Cik okey? Ada orang buat apa-apa ke? Maafkan saya Cik Hazel! Saya tak patut tinggalkan cik sendirian di sana" Uzair menunduk rasa sebersalah.
Aduh...masak aku! Kalau kena pecat, aku nak kerja mana lepas ni?!
"No, no... I'm fine. Let just get home" ujar Hazel sebelum dia berdiri semula. Sempat dia menyeka air mata yang bertakung di mata lalu dia melangkah memasuki ke dalam kereta.
Uzair hanya mampu mengangguk. Lega rasanya bila cik muda tidak mengamuk. Kalau tak...
Uzair memerhati sekeliling, rasa seram sejuk pula bila dia berada di lorong ni. Rasa seperti diperhatikan!
"Ish-ish, mana ada hantu siang-siang buta ni" gumam Uzair sendiri lalu dia mengambil tempat duduk di bahagian pemandu.
Di saat kenderaan BMW itu mula memecut pergi, Hunter keluar dari tempat persembunyiannya. Dia hanya memerhati dari jauh dan hanya berwajah dingin.
Please don't afraid of me.
I can't bear to lose you anymore...