disepanjang waktu persekolahan di SRAR tersebut, Sarah hanya memerhati kan setiap manusia yang berada di situ. Ada yang nakal, ada yang bergaduh dengan kawan, ada juga yang membuat hal sendiri.
Dalam masa dirinya sedang memerhatikan mereka, matanya bertembung dengan lelaki yang memerhatikan nya.
Dia memandang lelaki tersebut sehinggalah lelaki itu menoleh ke arah lain dan berjalan mengikuti kawan-kawannya.
"Apasal lah dengan jantan tu?" bisik hati Sarah sebelum dia bangun untuk rehat.
Sedang dia berjalan, dia terserempak dengan lelaki tersebut tetapi kalini lelaki itu tidak perasan dirinya.
Sarah menghela nafas, "Ramai pulak lelaki kat kantin," bisik hatinya apabila dia melihat kantin penuh dengan lelaki.
Sarah mengeluh sekali lagi apabila dia teringat yang dia tidak membawa duit lebih, "Haih.. ikat perut lagi lah kau, Sarah," ujar Sarah pada dirinya sendiri.
★★★★★
Hampir beberapa hari dia disekolah itu, kini dia sudah pun mempunyai kawan baru.
"Weh Siti, jom makan," ajak Husna sambil mengambil tempat di sebelah Sarah manakala Asma' duduk di hadapan meja nya.
Nur Husna dan Asma' Batrisyia, mereka berdua lah yang Sarah paling rapat di dalam kelasnya.
"Belum rehat lah Nak," balas Sarah sambil memandang ke arah mereka berdua sebelum dia mengerutkan dahinya, pelik.
"Kejap.. Aik, awal pulak kau datang Asma'?" tanya Sarah sambil memandang ke arah Asma' yang sedang makan aiskrim.
Asma' menoleh ke arah nya dan mengangguk "Memang pun, Si Husna telefon aku suruh datang awal semata-mata nak surprise kan kau tapi kitorang yang kene surprise," balas Asma' sebelum dia menghabiskan aiskrim nya.
Sarah mengangguk faham dan menoleh ke arah Husna yang sedang memerhati kan seorang lelaki yang Sarah sudah tahu namanya.
Afif Jazimin, lelaki yang selalu sahaja matanya bertembung dengannya. Selalu sahaja terserempak. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa jantungnya seakan-akan mahu terkeluar daripada dadanya apabila mata mereka bertembung.
Flashback:
Sarah merasa sedikit geram apabila si kembar dan Afif mengacau dirinya.
"Korang nak apa ni?" tanya Sarah geram.
"Takde apa. Saja kacau," balas Afif mengetuai mereka.
Sarah menjeling nya tajam.
Dari hari first mereka kenal nama satu sama lain, Sarah sudah menganggap nya sebagai musuh sampai lah suatu hari..
Pak!
"aduh," ngaduh Afif membuatkan Sarah terus diserang perasaan rasa bersalah dan takut.
Sarah tidak sengaja memukul belakang badannya dengan kuat. Anxiety datang mengawal dirinya dengan perasaan takut dan sesak nafas, tapi dia cuba kawal sehabis boleh supaya tidak ada sesiapa tahu yang dia sebenarnya lemah.
"Weh sorry," ujar Sarah meminta maaf kepadanya, "Kau okay tak?"
Afif hanya tersenyum sambil tangan nya masih lagi di tempat yang dipukul oleh Sarah.
Sarah dihurung dengan rasa bersalah apabila dia melihat Afif memegang belakang badannya menahan sakit.
"Okay. It's okay," balas Afif tenang sebelum dia berjalan duduk di tempatnya.
Sarah dihurung rasa bersalah yang teramat sangat sehingga dia membuat pelbagai cara untuk meminta maaf tetapi Afif tetap memaafkan dirinya.
Sarah tidak biasa dengan orang yang cepat memaafkan dirinya. Sesungguhnya dia bukan lah seorang perempuan yang hidupnya bahagia.
Dirinya daripada kecil lagi sudah dipersalahkan, didera dan dibuang, kutip banyak kali. Setiap kali dia membuat kesalahan walaupun kecil, dia tetap tidak dapat dimaafkan oleh keluarganya.
End flashback :
"Oi Siti Sarah, termenung apa kau?" tegur Asma' sambil menepuk meja nya perlahan. Manakala Husna mencubit lengan nya.
Sarah terkejut dengan tepukan dan cubitan itu dan terus menjeling tajam ke arah mereka.
"Jeling-jeling, aku rembat mata kau satu," ujar Asma' membuatkan Sarah hendak menangis.
Asma' dan Husna gelabah, "Weh, aku gurau je Rah," ujar Asma' memujuk Sarah apabila matanya sudah pun bergelinang air mata.
"Aduh lah ko ni Asma'. Kan baby besar ni dah nangis," ujar Husna sambil menggosok belakang Sarah untuk tenangkan nya.
"Takpe baby, takyah layan dia," ujar Husna membuatkan bulu roma mereka berdua meremang.
"Risau aku dengan si Husna," ujar Asma' sambil mengambil tangan Sarah.
Sarah yang berasa takut secara tetiba itu terus bangun dan meninggalkan mereka di dalam kelas. Kedua-dua mereka terkejut dengan tindakan Sarah.
Sarah masuk ke dalam tandas dan mengunci dirinya di dalam salah satu tandas. Dia tidak kesah sekiranya bajunya basah atau apa.
Dia bersandar di dinding sambil cuba mengambil nafas sambil menenangkan dirinya sendiri. Air matanya mengalir apabila dia teringat kisah silamnya.
"Not now Sarah.. Don't cry, please.. I'm begging you, Sarah," ujar Sarah pada dirinya sendiri sambil menggosok dadanya untuk tenangkan pernafasan.
Dia mencuba sedaya upaya tidak menangis atau mengeluh.
YOU ARE READING
𝐎𝐮𝐫 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 𝐉𝐙𝐌𝐧𝐒𝐑𝐡
Romance"𝑨𝒏𝒚𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒃𝒆 𝒍𝒖𝒄𝒌𝒚 𝒕𝒐 𝒉𝒂𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖." - AFJZMN - "𝑰 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒌 𝒔𝒐..." - SSNA - Our unexpected Chapter is the best chapter in our story but why it's become a pain when it's come to our ending? - based on true s...