★ 4

10 2 0
                                    

Afif yang melihat Sarah masuk ke kelas dengan mata sembab hanya mendiamkan diri sambil memerhati dia dalam diam.

Sarah yang perasaan dirinya diperhatikan hanya menundukkan kepalanya sambil berpura-pura membaca buku.

"Dia menangis ke?" bisik hatinya sambil memerhatikan Sarah.

Afif bangun dari tempatnya dan dia sengaja berjalan di hadapan meja Sarah untuk menuju ke luar kelas.

Sarah yang perasan dirinya didekati hanya menundukkan pandangan nya. "Pahal pulak mamat gila ni?" bisik hati Sarah sambil bermain jarinya yang masih menggeletar kerana anxiety.

"Please Sarah.. Don't make a trouble here," bisik hati Sarah sebelum dia mengangkat kepalanya dan matanya bertembung dengan Afif.

Jantungnya berdegup laju secara tetiba. "Don't fall into someone eyes like you fall into Zaim eyes, Siti," kata-kata Aqeela bermain di fikiran nya sebelum dia menoleh pandangan nya ke tempat lain.

Afif masih lagi memerhati kan Sarah dari muka pintu sebelum dia berjalan pergi.

Sarah yang perasan dia sudah pun pergi terus memerhatikan dirinya.

"Gila mamat ni. Tapi kenapa dia macam pelik eh? Tapi macam orang gila pun ada," bisik hati Sarah sebelum dia menoleh ke tempat lain.

Afif duduk dengan kawan-kawan nya dan ada kala nya dia bersembang sekali tetapi Sarah dapat rasakan dirinya diperhatikan oleh seseorang yang dia sendiri tidak tahu.

Flashback : beberapa minggu lepas

"Oh god.. Aku pukul kuat sangat ke tadi eh?" bisik hati Sarah sambil memerhati Afif yang seperti dalam kesakitan.

"Aiyok Siti buat Afif sakit belakang," Usik Izzue sambil menunding kan jarinya ke arah Sarah tetapi Sarah hanya mengabaikan.

Anxiety mengawal dirinya.

"Jaz.. Awak okay ke?" tanya Sarah sambil berjalan menghampiri Afif.

Afif hanya mengangguk membuatkan Sarah lebih rasa bersalah.

Afif duduk di tempatnya manakala Sarah masih lagi dihurung dengan perasaan rasa bersalah

Another flashback : beberapa tahun lepas sebelum mereka berdua bertemu.

"Kau tau tak disebabkan kau, Tok ayah, Tok, Pakcik Faizal dengan bapak kau meninggal. Kau sedar tak kau bunuh diorang?!" Puan Siah memarahi Sarah sambil melibas belakang badannya.

Sarah menangis teresak- esak menahan kesakitan yang dirasainya.

"Maklong.. Sarah minta maaf.. Sakit maklong," ujar Sarah sambil menggenggam kaki Puan Siah merayu untuk berhenti memukulnya.

"Sakit? Ni makan dia bila kau bunuh darah daging aku," balas Puan Siah sambil melibas dengan kuat badan Sarah.

Sarah menahan tangisannya apabila sakit kalini betul-betul sakit. Dia menggigit bibir bawahnya menahan keperitan.

"Mm- maklong, dd-dah lah.. s-sakit maklong.. bu-bukan Sarr..rah bunnuh diorang mm-maklong," ujar Sarah dengan nada menahan kesakitan. Badan nya sudah pun lemah membuatkan dia tidak berdaya untuk melawan segala pukulan Puan Siah yang menghinggap badan nya.

"Mati lah beban. Kau tu menyusahkan semua orang tahu tak?!" tengking Puan Siah membuatkan Sarah ketakutan dan dia mengecilkan diri apabila badannya dipukul menggunakan tali pinggang. Badannya memedih.

"S-sakit mm-maklong," bisik Sarah perlahan kerana dia sudah mampu bertahan.

Perkara terakhir yang dia dengar adalah suara maklong nya yang sedang memaki dirinya sebelum semua nya kabur dan bertukar hitam.

End flashback.

Sarah menggeleng kepalanya dan berjalan ke arah papan putih di hadapan kelas, dia memerhati kelasnya supaya tiada siapa perasan akan dirinya.

Dia mengambil pen marker yang berada di situ dan mula menulis "Saya minta maaf, Afif Jazimin." setelah dia menulis, dia meletakkan pen marker tadi di tempat nya sebelum dia berpusing kebelakang.

Sarah tahu Afif sedang memerhatikan dirinya tetapi dia hanya mengabaikan untuk menutup rasa takut dan cemas yang mengawal dirinya tika itu.

Sarah duduk di tempatnya iaitu sebelah Afif. Mereka sudah pun bertukar tempat duduk.

Sarah hanya mengabaikan Afif. Dia mengambil buku privasi nya dan dia mengambil satu kertas.

Dia mengambil pensel nya di dalam bekas pensel sebelum dia menulis permohonan maaf kepada Afif.

"saya minta maaf sebab pukul belakang awak. Saya tak sengaja." itu apa yang dia tulis di kertas tersebut sebelum dia meletakkan di atas meja Afif yang sedang bersembang dengan si kembar, Izzue dan Ieman.

Izzue dan Ieman yang perasan akan surat tersebut terus sahaja mereka berdua memberi tahu Afif.

"Weh Fif, Siti bagi kau surat," ujar Izzue pada Afif sambil matanya tertuju pada kertas tersebut.

Afif menoleh ke arah surat tersebut. Dia memandang surat itu seketika sebelum dia melihat ke arah Sarah yang sedang bersembang dengan Husna.

Dia melihat surat tersebut kembali dan mengambilnya.

"Cey, dapat surat," usik Izzue sambil menyiku kembarnya yang tersengih seperti kerang busuk.

Afif hanya menjeling mereka sebelum dia membuka dan membaca.

"Weh nak baca gak," ujar Izzue dan Ieman serentak sebelum mereka berdua berdiri di sebelah kiri kanan Afif untuk membacanya sekali.

"Eceyy, dapat surat dari crush, mmh- " usik Izzue membuatkan Afif segera menutup mulut Izzue sebelum dia meneruskan kata-katanya.

"Kau ni, jangan kantoikan. Kesian member," ujar Ieman sambil mencuri pandang ke arah Sarah yang masih lagi bersembang dengan Husna.

Afif sudah pun berdebar.

"Tak payah risau. Dia tak dengar," ujar Ieman apabila dia perasan akan perubahan Afif yang tenang tadi bertukar debar.

Afif memejam matanya dan menghembus nafas lega sebelum dia membuka matanya dan menjeling Izzue yang sedang memandang nya minta untuk dilepaskan.

Afif melepaskan dirinya.

"Tak bernafas aku," ujar Izzue sebaik sahaja Afif melepaskannya.

Ieman memukul kepalanya.

"Aduh, sakit lah kau ni," marah Izzue apabila kepalanya di pukul oleh kembarnya.

Ieman hanya mengangkat bahu dan memandang ke arah Afif yang kelihatan telinganya merah sambil memandang surat tersebut. Dia menyiku Izzue. Izzue menoleh ke arah Afif sebelum...

"Weh Siti, Afif suka kau," jeritnya membuatkan satu kelas terkejut dengan suaranya. Sarah yang sedang fokus bergosip dengan Husna juga terkejut dan terus memandang ke arah Izzue tetapi malangnya mata nya bertembung lagi dengan Afif.

Afif yang terkejut dengan apa yang dia dengar dan pandangan Sarah terus sahaja dia menoleh ke arah Izzue dengan wajah yang merah padam akibat malu.

Ieman menggeleng kepalanya.

"Kau suka Sarah ke?" Tanya Raif sambil menghampiri mereka.

Hanya Raif sahaja yang memanggil Sarah dengan gelaran Sarah.

Afif hanya mendiamkan dirinya kerana malu. Dia dapat merasakan yang Sarah sedang memerhatikan dirinya.


𝐎𝐮𝐫 𝐮𝐧𝐞𝐱𝐩𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 𝐉𝐙𝐌𝐧𝐒𝐑𝐡Where stories live. Discover now