"Tokyahh" panggil Aiden sebaik sahaja melihat Tuan Fareez sedang duduk di meja makan
"Sini kat tokyah, dah besar dah cucu tokyah ni ya" kata Tuan Fareez sambil mencubit ii pipi gebu cucu sulungnya itu
"Besar dah boleh jadi abang dahh" kata Puan Syazlin pula
Aiman dan Auliya saling memandang antara satu sama lain.
"Iya? Aiden dah nak jadi abang?" Soal Tuan Fareez pula
"Eh ayah ni. Takdalah. Aiden ni pun baru 2 tahun ayah" nafi Auliya dengan wajah yang dahpun merah padam
"2 tahun? Tunggu Aiden besar sikit lah macam tu, 3 tahun ke 4 tahun ke baru bagi dia jadi abang" kata Puan Syazlin selaku orang yang lebih berpengalaman
"3 tahun ibu? Kena tunggu lagi setahun la macam tu ye Aiden, baru boleh jadi abang Aiden" celah Aiman mencubit pipi anak lelakinya
Lantas Auliya mencubit paha suaminya itu. Malu.
_
"Abang, buat apa tu?" Tegur Auliya melihat suaminya sibuk meneliti telefon bimbit di ruang tamu rumah mereka
"Abang tengah survey tadika untuk Aiden. Dia kan dah masuk 3 tahun" jawab Aiman
"Awalnya"
"Itu la abang ingat nak hantar dia awal sikit, takda la nak susahkan ibu ayah nak kena jaga dia waktu kita pergi kerja kan, kesian pula dekat ibu ayah" terang Aiman
Auliya mengangguk faham.
"Abang survey tadika mana?" Soal Auliya ingin tahu
"Ini ha dekat area sini ada buka tadika baru, Little Caliph Kindergarden namanya, diorang cakap bagus dekat situ"
Auliya membulatkan bibirnya membentuk O.
>
"Hantar Aiden pergi tadika? Kamu tak rasa macam awal sangat ke?" Soal Puan Adila hairan
"Itula" sampuk Tuan Faiz
"Alah Aiman hantar bukan untuk dia belajar macam budak umur 5-6 tahun pun ma, pa. Budak umur 3-4 tahun ni biasanya diorang ajar benda ii asas je, ABC 123 itu aje, selebihnya main sesama diorang" terang Aiman cuba fahamkan mama papanya
"Lagipun Aiman dengan Auliya taknak la susahkan ibu ayah nak kena jaga Aiden sementara kitaorang pergi kerja, kesian pula kat diorang" sambung Aiman
"Kenapa tak hantar dekat mama je? Mama bukannya ada kerja apa pun, mama seorang je kat rumah" kata Puan Adila
"Takpe ma, jauh pula nak ulang alik nanti" jawab Aiman
"Ada saja alasan kamu ni anak" jeling Puan Adila
_
"Abang"
"Iya cinta, kenapa?" Sahut Aiman dengan suara yang penuh romantis
"Saya nak minta izin keluar dengan ibu esok, bawa Aiden sekali, boleh?" Pinta Auliya
"Ibu je? Ayah tak ikut?"
Auliya menggeleng.
"Sayang nak pergi mana dengan ibu?" Soal Aiman lagi
"Nak pergi mall, ibu dah lama tak shopping, saya pun dah lama tak belanja ibu, saya ada ajak mama tapi dia ada kerja katanya" ujar Auliya
Aiman mengangguk faham. Faham sangat dah kalau mamanya itu sibuk walaupun hujung minggu.
"Lepas tu saya nak bawa Aiden pergi main indoor playground sekali sebab Athea pun ikut" kata Auliya lagi
YOU ARE READING
Let's fix it
Fiksi PenggemarEvery man can fall in love with u everytime they see ur smile - Aiman I never fall in love again - Auliya Give me a second chance, please, cinta - Qistina Maybe we met at a wrong time, let's fix it this time - Numan Siapakah yang terpaksa mengorbank...