PEJAM celik, pejam celik tak terasa masa sudah berlalu. Hari ini adalah hari Hazel bakal bertolak ke Sabah. Merasmikan resort di atas laut.
Hazel memandang ke arah sahabatnya itu. Irene. Entahlah...dia ni memang suka buat keputusan last minit. Dua hari lepas, selepas saja dia memberitahu Irene yang dia hendak ke Sabah, Irene terus meronta-ronta. Nak ikut juga.
Nasib menyebelahi Irene. Tiket penerbangan masih ada kekosongan pada ketika itu. Sempatlah Hazel menempah satu lagi tiket business class untuknya.
"Hazel, smile!"
Klik!
Satu gambar diambil tanpa sempat Hazel mengukir senyuman. Tersengih-sengih sambil dia membelek-belek gambar yang diambil satu persatu.
"Aku rasa macam aku berkawan dengan kanak-kanak ribena tahu tak?" Bebel Hazel.
"Eh, biarlah! Bukan selalu aku dapat naik kapal terbang tahu tak? Lagipun kita dah lama tak travel sama-sama. Jadi, inilah peluang aku untuk berseronok sepuasnya" ujar Irene.
Sekonyong-konyong Hazel hanya menggelengkan kepala. Suka hati kau lah... Janji kau bahagia. Hazel mengerling ke arah jam mahalnya sebelum mengeluh kecil. Masih berbaki beberapa minit lagi sebelum mereka bertolak.
Angin sejuk penghawa dingin menyapa kulit mulusnya. Mujurlah, dia sudah memakai hoodie siap-siap. Tatkala dia sedang termenung lama, tiba-tiba ada seseorang yang melabuhkan punggung di sebelah kirinya.
Sebaik saja mata mereka bertembung, riak wajah Hazel bertukar terkejut.
"Nufail?" Terkedip-kedip mata memandangnya.
Hazel lihat di tepi lelaki itu, ada luggage berwarna hitam bersama jaket kulit di atasnya.
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya Hazel. Jangan cakap yang dia nak ikut aku jugak.
"Aku nak ikut kau," selamba Nufail berkata. Kacamata hitam ditangannya itu dipakai.
"Kenapa pula? Bukan awak kata awak ada meeting penting ke harini?"
"Aku dah cancel."
"Senang betul hidup awak kan?"
"Memang senang pun. Buat apa nak susahkan kalau semua boleh buat jadi mudah"
Haih.. ada saja jawapan yang keluar dari mulutnya. Menyakitkan hati betul.
"Oi budak kecik" panggil Nufail namun Irene seakan-akan tidak mendengarnya. Gadis itu sedang leka bermain dengan telefon pintar.
"Kau dengar tak aku panggil? Ke kau buat-buat tak dengar?" Serentak itu, Nufail terus merampas telefon pintar Irene lalu dimasukkan ke dalam poket hoodienya.
"Awak buat apa ni? Bagilah balik!" Irene mendengus tidak puas hati. Lekas dia berdiri, ingin mengambil telefon pintarnya kembali.
Nufail senyum senget, dia berdiri lalu tangan yang sedang memegang telefon pintar itu dihayun-hayunkan ke atas. Terlompat-lompat Irene ingin mengambilnya.
"Kesian kau, kurang ketinggian" balas Nufail.
"Ish...bagilah balik!"
"Nope."
Hazel memicit dahinya melihat karenah dua orang itu. Mereka ni..dari dulu sampai sekarang tak berubah.
"Nufail Aryan!" Tanpa sebarang amaran, dia terus melompat naik ke atas belakang Nufail sebelum leher panjang itu dicekik dari belakang.
"Irene....uhuk..uhuk" Nufail menepuk kuat tangan Irene.
"Berani awak hina ketinggian saya eh? Eh sedar diri sikit. Awak tu yang terlebih tinggi! Dasar tiang elektrik!" Irene memukul-mukul bahu lelaki itu.