Sinopsis filem kita

1 0 0
                                    

apa yg kita dua pernah jalani, mungkin sekadar untuk kita simpan sendiri. sayang, aku rasa kisah kita terlalu luar biasa untuk tidak diwar warkan pada dunia. satu hari nanti aku akan cari seorsng pengarah filem yg hebat, yg boleh hasilkan cerita kita menjadi sebuah filem. agar kau dapat tonton dan lihat, lalu kau teringat pada kita yg dulu. cerita yang bermula sama seperti kisah remaja yg baru belajar bercinta, di tengah perjalanannya kita keliru namun masih cuba untuk kembali dan memahami. di hujung cerita nya, kita hanyalah dua orang yg berpisah tanpa ucap selamat tinggal. jangan risau, akan aku yakinkan pengarah tersebut, babak-babak dalam waktu kita yg singkat itu takkan sama seperti kisah yg pernah ada di filem lain.

selalu aku ingin tuliskan isi hati tentang apa yg aku rasa bila teringatkan cerita kita. tapi tak pernah aku jumpa bait kata apatah lagi ayat yg dapat aku simpulkan sama seperti apa yg aku rasa. masih berada di takuk yg sama, mengira-ngira berapakah peratus untuk kita tetap bersama sekiranya aku memilih yg sebaliknya.

jika ada waktu kita boleh bertemu kembali, ingin aku tanyakan :

"ingat aku lagi?"
"bagaimana hidup sekarang?"
"adakah hari hari mu bahagia?"

terlalu banyak yg ingin aku tahu. tapi tak mungkin terluah dengan kata kata. lalu yg lain itu aku harus diamkan. sekadar tahu keadaan sekarang pun sudah cukup memadai.

aku harap kau gembira. aku harap kadang kau juga teringat tentang kita. aku harap kau berada di titik hidup yg lebih tinggi. aku harap kau pernah terfikir tentang kondisi aku sejak kita berpisah. aku harap kau sama seperti aku, selalu mengucapkan permohonan agar sentiasa terjaga dalam lindungan tuhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

felicityWhere stories live. Discover now