"Tak terasa sudah seminggu kita bersekolah. Minggu orientasi dah pun habis. Bermula hari ini, kamu akan menjalani hari persekolahan seperti biasa," ucap cikgu Syakir selaku pengetua sekolah ini.
"Itu sahaja daripada saya. Saya serahkan kembali kepada pengerusi majlis, sekian terima kasih."
"Terima kasih kepada cikgu Syakir atas ucapan sebentar tadi. Dengan itu, majlis perhimpunan pada pagi hari ini tamat. Semua murid dan pelajar boleh bersurai untuk memasuki kelas hafazan," ucap Suarez, pengawas yang bertugas sebagai mc bersama Iryan pada hari ini.
Dalam sekejap, dataran perhimpunan sudah kosong. Anis, Zizzie, Lily, Ain dan Ayla berjalan bersama menuju bangunan sekolah menengah.
"Ekhem...Akak Zizzie, bagaimana perasaan anda apabila si dia jadi mc dengan adikmu hari ini?" tanya Lily. Kononnya wartawan perasaan lah.
"Entah."
"Cey...malu-malu pula dia. Bagitau aje lah. Apa yang kau rasa waktu dia jadi mc hari ini? Sekali dengan adik ipar pula tu. Opss," usik Ayla. Dia menutup mulutnya, konon terlepas cakap.
"Rasa apa? Rasa ayam? Rasa kari? Original?" selamba Zizzie bertanya.
"Ish, bukan rasa tu lah."
"Habistu? Oo, aku tau. Rasa nak tendang korang tiga, kan?"
Malas betul layan usikan mereka. Dia hanya mendiamkan diri, sudah tak menjawab soalan-soalan yang diberi.
Di pertengahan jalan, mereka melihat ada sebuah BMW X6 M di perkarangan sekolah. Di situ, ada seorang lelaki dalam lingkungan 40an bersama remaja lelaki, mungkin anaknya. Tapi, tak nampak pula wajah sang anak.
Mereka hanya mengabaikan. Mungkin pelajar baru. Mereka menyambung perjalanan untuk memasuki kelas hafazan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*"Weh, nak tau tak? Aku dengar ada pelajar baru."
"Iya? Laki ke perempuan?"
"Laki."
"Tingkatan berapa?"
"Lima. Rasanya masuk kelas kita. Tengok muka macam budak pandai."
Riuh pelajar-pelajar tingkatan lima Al-Rasyidin bercerita mengenai pelajar baru itu. Lagi-lagi yang perempuan.
"Yang naik BMW tadi tu ke?" tanya Lily. Kalau ya, bermakna betul lah fikiran mereka tadi.
"Maybe."
"Bangun!" jerit Suarez dengan lantang. Seisi kelas pun terus berdiri tegak.
"Assalamualaikum, teacher Ikma," Suarez memberi salam apabila teacher Ikma, guru Bahasa Inggeris sekolah menengah memasuki kelas.
"Waalaikumussalam. Baca doa."
"Baiklah. Untuk pengetahuan kamu, hari ini kita kehadiran pelajar baru,"beritahu teacher Ikma seusai membaca doa.
"Come in. Introduce yourself."
Seorang remaja lelaki melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah ceria.
"My name is Dylan Archer. Call me Dylan. Saya berpindah dari International School of Malaysia," ucap Dylan sambil tersenyum nipis.
"Thank you, Dylan. Kamu boleh duduk di sebelah Hazrul."
"Hazrul!"
"Ya. Come here, Dylan," Hazrul menjawab sambil mengangkat tangannya.
Dylan Archer menghampiri meja Hazrul. Dia memberikan senyuman nipis kepada Hazrul.
Mata Anis sedari tadi tak lepas memandang Dylan sejak dia melangkah masuk ke kelas ini. Ditenung pelajar baru itu bagai nak tembus kepala.
'Siapa dia ni? Kenapa aku rasa macam tak asing dengan mata dia? Gaya bercakap dan senyuman dia pun sama macam...' bisik Anis di dalam hati.
Dahinya berkerut, cuba untuk mengingat kembali siapa lelaki itu? Dan kenapa dia rasa tak asing dengannya? Adakah ini ada kaitan dengan masa lalu Anis?
Dia cuba menyusun serpihan memori yang tiba-tiba muncul. Namun, setiap kali bayangan itu hadir, dalam sesaat ianya sudah kabur seperti mimpi yang tak jelas dan perlahan-lahan menghilang.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*Kini, waktu rehat telah tiba. Lily, Zizzie, Ain, Ayla dan Anis sudah keluar menuju kafeteria. Sementara di dalam kelas, Izz, Suarez dan Shaz berkerumpul di meja Hazrul.
"Hai, Dylan. Perkenalkan, aku Nathaniel Shaz. Panggil je Shaz," Shaz memperkenalkan dirinya kepada Dylan.
"Aku pula Nik Marvin Suarez. Call me Suarez," Suarez pula memperkenalkan dirinya.
"Aku, Izz Huzair. You can call me Izz."
"Sekarang, aku pula. Nama aku, Wan Aidil Hazrul. Panggil Hazrul je," giliran Hazrul pula yang memperkenalkan dirinya.
"Wah, nama korang semua sedap-sedap," puji Dylan.
"Nama kau pun sedap juga. Dylan Archer. Hmm, kau suka memanah?" tanya Shaz. Tengok nama macam pandai memanah.
"Yup, dari nama korang dah tau kan? Dulu, aku pernah wakil sekolah dalam sukan memanah," jawab Dylan.
"Wow, wakil sekolah, sama macam Hazrul lah. Kalau kitorang tiga wakil sekolah untuk bola sepak dan masuk pertandingan, " beritahu Izz.
"Haah. Masuk olimpiade, peringkat negeri lah. Tak pun pertandingan hafazan Al-Quran, sajak, pidato dan lain-lain," tambah Shaz.
"Hafazan Al-Quran?? Olimpiade? Pidato? Wahh hebatnya!!"
Dylan berasa amat kagum mendengar hal itu.
"Terima kasih," jawab mereka berempat.
"Jom lah, pergi rehat," ajak Suarez. Lama pula mereka berbual.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*"Korang ada sedar something tak?" tanya Lily. Mereka kini sedang berkumpul di gazebo yang terletak di taman rekreasi sekolah.
"Sedar apa?" soalan berbalas soalan.
"Pasal geng bapak Benja tu," beritahu Lily.
"Siapa pula Benja ni?" tanya Ain. Binjai dia tahu lah, Benja tak tahu pula.
"Benjamin Suarez. Tak kenal ke?" tanya Zizzie. Agak terkejut sebab mereka tak tahu.
"Tak."
"Bapak dia, Luis Suarez. Kawan Messi waktu diorang main untuk Barca," terang Zizzie ringkas.
"Barca?"
Serius mereka bertiga tak faham apa yang Zizzie dan Lily cakap.
"Ya Allah. Barcelona!!!" Lily dan Zizzie mula stress. Lily sudah menepuk dahinya perlahan. Zizzie pula hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum sinis.
"Oo. Bola ke? Memanglah kitorang tak tahu."
"Haa, kenapa dengan dia? Kejap maksud kau, Suarez... Nik Marvin Suarez? Si head prefect tu?" Ayla meminta kepastian. Lily mengangguk.
"Mereka kan sekarang dah berlima," ucap Lily. Dia ternampak geng Suarez sedang berbual dengan pelajar baru tu di kafeteria tadi sewaktu mereka berlima nak keluar. Bukan dia sorang je nampak, Zizzie sekali.
"Then?" Anis, Ain dan Ayla masih blur.
"Budak baru tu," Lily membuat isyarat mata. Dia mengerling ke arah Ain.
Anis dan Ayla yang sudah dapat tangkap pun tersenyum mengusik.
"Astaghfirullahaladzim, Subhanallah, alhamdulillah... Eh???!? Laa ilaha illallah, wallahuakbar!!" Ain mengucap panjang apabila memahami maksud Lily.
Mendengar itu, terus Lily, Anis dan Ayla menghamburkan tawa. Zizzie pula hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Angels Or Devils?
Novela JuvenilCerita tentang lima orang sahabat yang berkawan sejak sekolah rendah. Pelbagai cabaran yang mereka lalui bersama. Pertengkaran juga semestinya pernah, malah hampir memutuskan hubungan persahabatan mereka. Tetapi, berkat sokongan daripada ahli keluar...