AFJZMN POV :
"Random sangat eh soalan aku?" tanya Darwish sambil memberikan Afif botol air minuman.
Afif meminum air tersebut tanpa berfikir panjang.
Setelah dia menghabiskan air tersebut, dia meletak botol itu di atas mejanya sebelum dia memandang ke arah Darwish.
"Kau dah kenapa cakap pasal dia lagi?" Afif memandang ke arah Darwish. Perasaan nya pada masa itu tidak tenang apabila Darwish secara tetiba sebut nama Sarah.
Darwish tersengih, "Takde lah. Aku saja nak tahu. Aku tengok-tengok balik Sarah tu cantik apa tapi cuma mata dia lah, macam tak cukup tidur je aku tengok. Plus, muka dia selalu pucat. Kau tau tak kenapa?"
Afif menggeleng, "Mengalahkan makcik bawang dho kau ni," ujar Afif sebelum dia bangun dan berjalan keluar daripada kelasnya.
Darwish tersengih sebelum dia mengikuti langkah Afif yang semakin ke depan.
Perasaan Afif ketika itu sangat lah berdebar dan otaknya penuh perihal tentang Sarah.
"Why you make me thinking about you, angel?" bisik hatinya.
"Weh rehat sekali jom," panggil Rayyan dari kelas sebelah. Rayyan mendekati Afif.
Afif menoleh ke arah nya, "Aku on je. Mana Darwish?" tanya nya sambil mencari kelibat Darwish yang dia tinggalkan tadi.
"Sini," tegur Darwish dari belakang mereka berdua membuatkan mereka terperanjat.
"Kau ni Wish. Terkejut kitorang. Kalau mampus nanti aku kacau kau," ujar Rayyan dengan geram kepada Darwish.
Darwish tersengih, "Sorry lah. Tak sangka pulak korang akan terkejut," balas Darwish sedikit rasa bersalah dengan tindakannya sebentar tadi.
"Sorry naik lori lah," ujar Rayyan yang masih lagi tidak berpuas hati.
Darwish menggaru belakang leher nya sambil tersengih manakala Afif hanya menggeleng kepalanya apabila dia melihat perangai mereka berdua.
"Weh Rayyan.. Sorry lah weh," Darwish menghampiri Rayyan sebelum dia melingkar kan tangannya ke leher Rayyan.
"Uhuk uhuk. Sakit woi," Rayyan sedaya upaya melepaskan tangan Darwish dari lehernya.
Afif yang melihat adegan itu hanya menggeleng, "Dah lah. Bila nak rehat nya kalau korang dua tak habis gaduh," ujar Afif dengan nada sedikit dingin.
Darwish pun melepaskan Rayyan dan dia melarikan diri ke kantin manakala Rayyan terus mengejarnya.
Afif tercengang apabila dia ditinggal, "Kurang ajar punya kawan. Boleh pulak tinggal aku sorang kat sini," bisik nya seorang diri.
Dia pun berjalan ke arah kantin akan tetapi fikirannya kembali berfikir tentang seseorang.
Sarah.
Tanpa dia sedari, satu senyuman terukir di bibirnya apabila dia terbayang akan diri Sarah yang sedang gembira, marah dan geram. Comel... kot?
Tanpa dia sedar, dia sudah pun berada di kantin dan matanya mencari kelibat kawan-kawan nya itu akan tetapi mereka berdua tiada di situ. Dia memandang ke arah padang dan dia perasan akan mereka di sana.
Dia menggeleng kepalanya sebelum wajah nya kembali dingin, "Gila kau ni Afif. Dia jugak lah kau nak fikir," bisik nya seorang diri sambil berjalan ke arah Darwish dan Rayyan sedang makan mee goreng di tepi padang.
"Lambat gila kau Afif," ujar Darwish apabila Afif sudah pun duduk atas tanah di hadapan mereka berdua.
"Haah, kau mengelamun apa? Dari jalan sana sampai lah masuk kantin, aku nampak kau asyik senyum je. Kau kena sampuk dah ke?" Ujar Rayyan selamba sambil membuka penutup botolnya.
Afif terdiam seketika, mencuba fikir alasan, "Aku teringat semalam aku tengok cerita lawak," Ujar Afif yang terang-terangan dia tidak tengok akan tetapi Darwish dan Rayyan hanya mengangguk.
Keadaan sunyi sepi seketika sebelum Rayyan bersuara.
"Kau tak makan ke Fif?" tanya Rayyan sambil memandang ke arahnya yang sedang memandang ke arah langit yang tenang.
Afif hanya menggeleng kepalanya sambil merenung langit. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya setelah dia bertemu dengan Sarah.
"Weh, dah lambat weh. Harini aku bertugas kat perpustakaan," ujar Rayyan kelam kabut sebelum dia bangun dari tempatnya dan terus berlari ke perpustakaan.
"Nama je pengawas pusat sumber. Tapi tak reti membaca," perli Darwish setelah kelibat Rayyan hilang dari pandangan mereka.
Afif memandang ke arah Darwish, "Nama je pengawas sekolah tapi takde adab," Afif memerli Darwish dalam diam.
"Betul setuju.... Eh?" Darwish memandangkan Afif, "Kau cakap pengawas sekolah ke tadi?"
Afif mengangguk sebelum dia tersenyum mengusik, "Haah kenapa?" Afif bangun perlahan-lahan sebelum dia melarikan diri menuju ke kelas.
Mata Darwish terbuntang luas sebelum dia bangun mengejar Afif. Afif sudah pun melarikan dirinya sebelum di tangkap oleh Darwish.
"Weh kau perli aku ke Afif Jazimin?" Darwish terus mengejar Afif yang sudahpun tiba dalam kelas.
Masuk sahaja dalam kelas, dia berasa pelik, "Aik asal senyap?" bisik hati Darwish sebelum dia memandang di hadapan kelas.
Alamak, guru besar, Sir Aidan.
Afif menahan ketawanya apabila Darwish dimarahi oleh guru besar.
Darwish membuat isyarat kepada Afif menggunakan matanya, "Mati kau kejap lagi."
Afif tergelak kecil di tempat duduknya sebelum dia kembali membuat seperti tiada apa yang berlaku.
Selepas beberapa minit, Darwish didenda di hadapan kelas, Sir Aidan menyuruhnya duduk.
Darwish mengucapkan terima kasih sebelum dia duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Afif.
Dia mencubit peha Afif dari bawah meja.
"aduh," ngaduh Afif perlahan sebelum dia ketawa perlahan apabila dia melihat wajah cemberut Darwish.
"Gelak lagi, gelak lah. Aku cubit kau satgi," ugut Darwish dengan suara perlahan supaya Sir Aidan tidak dengar.
Afif terus menzipkan mulutnya walaupun dia masih lagi geli hati dengan perangai Darwish.
"Rilek lah bos ku," usik Afif sambil menggosok belakang badan Darwish supaya tenang.
Darwish menarik nafas dalam-dalam sebelum dia melepaskan.
"Tunggu kau kat ngaji nanti. Aku ngadu kat dia." ugut Darwish sebelum dia fokus mendengar leteran Sir Aidan di hadapan kelas.
Afif membeku apabila Darwish menyebut dia. Dia menggeleng kepalanya. Gila gila. Dia kembali memandang ke arah Sir Aidan yang sedang berleter di hadapan kelas itu.
"Stop making me crazy over you Angel. Bad girl," bisik hatinya.
Tanpa dia sedari, Darwish sedang memerhatikan nya. Darwish mengukir senyuman, "Rosak dah dia ni. Sebut pasal dia je pun, telinga dah merah." bisik hati Darwish.
YOU ARE READING
Our Unexpected Chapter S1: Between Him and Her
RomanceJZMnSRh S1 : Between Him and Her Antara dua orang yang bermusuhan tetapi menyimpan perasaan yang masing-masing tidak tahu apakah perasaan itu. "The last person I want to hate is you. But my feelings says no." - Based on true story. -