Aku bersiap di hadapan cermin disebabkan Arlan akan membawa aku berjumpa dengan keluarga dia hari ni.
Baju aku jubah labuh putih bersama tudung instant shall berwarna cream serta purdah yang sesuai dengannya. Pandangan aku redup bila memandang refleksi diri aku di dalam cermin.
Lamunan aku terhenti bila Arlan memasuki ke dalam bilik. Matanya melarikan ke arah pakaianku sebelum senyuman kecil menari di bibirnya.
"Awak sayang betul baju ni ye?" Ucapnya sambil kakinya melangkah ke arah aku. Badan aku mengeras bila dia berkata begitu. Macam mana dia boleh tahu?
"M-macam mana awak boleh tau?" Aku memusingkan diri aku untuk menghadapnya sambil dahi aku berkerut.
"Saya pernah terbuka kotak yang awak simpan set pakaian yang awak tengah pakai ni. Waktu tu, saya tengah cari kasut saya. Tup tup, terjumpa baju ni." Terangnya sambil tangannya dibawa naik ke tudung ku dan membetulkannya sedikit, memastikan yang ia menutup mana yang patut.
"Special ke set pakaian yang awak pakai ni? Sebab set pakaian ni je awak letak dalam kotak." Tanya dia, terselit dengan perasaan ingin tahu.
Lambat-lambat aku mengangguk setuju. Aku tak mahu menafikannya. Lambat laun juga, dia akan tahu nanti jadi tak ada gunanya nak sembunyikan.
"Special... Hadiah pertama Zaffre. Hadiah pertama dia yang membuatkan saya tertarik nak berpurdah."
Pandangan aku terhenti pada cermin, melihat refleksi diri yang kini berbeza dari dahulu. Wajahku yang bertutup separuh dengan purdah dan pakaian yang labuh membuatkan aku teringatkan tentang siapa aku suatu ketika dulu.
Dulu, aku berpakaian seperti kebanyakan gadis lain, sederhana, selesa. T-shirt lengan panjang dipadankan dengan seluar jeans, dan tudung polos sebagai pelengkap. Gaya yang biasa, tidak terlalu menonjol tetapi cukup sopan.
Namun, perubahan mula terjadi bila Zaffre memperkenalkan aku dengan purdah. Pada awalnya, aku sekadar memerhati. Pelik melihat gadis-gadis berpurdah, tertanya-tanya bagaimana mereka boleh merasa selesa. Bermacam-macam soalan bermain di mada dahulu, memikirkan tentang purdah itu. Tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku, seolah-olah ada ketenangan yang memancar dari mereka.
Rasa ingin tahu itu akhirnya mengatasi keraguanku. Dengan galakan Zaffre, aku cuba memakainya. Pada mulanya, rasa kekok dan janggal memang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi bila di khalayak ramai. Terasa diri diperhati oleh mereka. Namun, perlahan-lahan, aku mulai merasa keselesaan yang aneh seperti aku dilindungi, dijaga, dan lebih menghargai privasi diriku sendiri.
Kini, aku tidak dapat bayangkan diriku tanpa purdah dan pakaian labuh. Ia bukan sekadar perubahan luaran, tetapi satu perjalanan yang mendekatkan aku dengan nilai-nilai yang lebih baik. Aku sangat berterima kasih kepada Zaffre kerana memperkenalkan aku kepada sesuatu yang akhirnya menjadi sebahagian penting dalam hidupku. Aku berubah, tetapi ke arah yang lebih baik.
Tiba-tiba, aku tersedar dari lamunan apabila terasa satu tepukan lembut di bahuku. Aku berpaling, melihat Arlan memandang aku dengan senyuman tipis. Mata kami bertemu, dan ada sesuatu dalam tatapan itu... Lembut, penuh pengertian.
"Vel, awak jangan lupa pakai stokin lengan dan stoking kaki ye? Saya tunggu kat kereta. Take your time." Ujar Arlan sebelum dia meninggalkan aku di dalam bilik, seorang.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya sekali lalu. Senyuman kecil terukir di bibirku bila melihat dia pergi.
. ᡣ𐭩 .
Arlan mengerling sekilas ke arah Lavelra yang sedang memandang ke luar tingkap, di dalam lamunannya sendiri. Arlan membuang pandangannya ke arah lain selepas beberapa saat. Keretanya di pandu oleh pemandu yang diupah olehnya.
YOU ARE READING
LAVELRA: Her Desolation
RomanceHER SERIES 。 ゚☾ ゚。⋆★ [ 1ST ] | 2024 ☆ ONGOING ★ He fell first, she fell harder ★ Slow burn ★ Sad romance ★ Unexpected love