Memandu santai sambil sesekali mata dibawa memandang ke ruang disebelahannya.
Bibir naik senyum segaris.
Signal diberi ke kiri,lalu membelok ke ruang parking.
Melangkah keluar,lalu tubuh Izara Andara yang mulai tidur lena diatas riba isterinya itu di ambil,alihkan ke kerusi penumpang belakang.
"Kenapa ubah?." Sapa dengan suara serak
Mata dibawa mengitari sekeliling.Kawasan hentian.
"Risau nanti sayang lenguh,ni.yang dalam sini pun terpenyet dengan ayong duduk macam tu." Balas perlahan.
Peel anaknya itu sejak mahu jadi kakak memang menduga kadangkala.
Baru perjalanan 20 minit tadi,sudah merengek mahu duduk di riba isterinya.
"Lenguh pinggang.." lalu jari-jemari naik mengurut bahagian itu sedikit.
"Dah kata...Zara dah besar ni." Tapak tangan besarnya dibawa mengulas lembut pinggang Sofea.
"Lama lagi ke?." Soal polos.
Terasa lama perjalanan mahu sampai,bila makin sarat sekarang.
"Sikit lagi..nak pergi toilet tak?tu dah dekat."
"Nak..."
"Jom.."
Lalu turun semula,mendapatkan Zara yang tidur.Diangkut sama ke tandas.
"Dekat je,Fea boleh pergi sendiri."
"Gelap ni,ada suami kacak boleh temankan.Biar je susah sikit..dari benda tak elok jadi."
Lalu melangkah menuju ke tandas dengan Zara di dukungannya.Lena tak sedar sejak tadi.
"Tunggu sini." Ujar Sofea saat sampai di pintu tandas
Peel Ahmad Uzair itu kadangkala terlebih risau.Makin sarat begini overprotectivenya seakan menyala-nyala selalu.
"Jalan perlahan.lantai basah tu."
Tu kan dah kataa..
Duduk di tembok mengadap tandas wanita itu melihat Nurul Sofea melangkah masuk ke tandas dengan sengihan.
Nampak comel di matanya.
Walaupun meriah dengan orang yang berhenti masih hatinya risau.
Seketika..
"Tite detat mana ni?." Soal dengan mata terpisat-pisat mahu dibuka.
"Dekat hentian,Zara nak pergi toilet tak?."
"Tanakk..."mengeleng lalu mula turun dari riba papanya itu.
"Okey..tunggu mama keluar kejap."
"Mamaa.." laung Zara saat mamanya kelihatan keluar dari tandas sana.
Pagi-pagi pun bising anak itu.
"Jom..."
"Zara nak apa-apa tak." Sempat la tanya.
Tahu anak sendiri kalau tak paw papanya tak tenang hati tu.
"Nakk..air mello." Balas dengan senyuman lebar.
"Okey kejap lagi papa beli,tapi nanti duduk belakang okey.Tak boleh duduk dekat riba mama." Sempat kawtim dulu.
"Yelaa..." Balas meleret dengan wajah cemberut.
"Mamanya nak apa?."
"Nak air panas je."
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
RastgeleFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...