BAB 72

1.2K 183 17
                                    

Mengikut langkah kaki Ahmad Uzair itu ke bilik yang dirasakan menjadi mimpi ngeri padanya dengan langkah perlahan.

Saat pintu dikuak saja dengup jantungnya seakan mahu berhenti.

Suara Izara diruang tamu kedengaran kuat bermain dengan sepupunya.

"Dah lain.." pujuk Uzair bila dirasa genggam tangan Sofea semakin dingin dan kuat.

Pintu diluaskan,lalu menarik Sofea masuk.

"Abangg." Terkedu melihat ruang bilik dahulu sudah hilang dan digantikan dengan yang lain dimatanya.

"Waktu abang balik ke sini semula,abang dah ubah semua ni."

Menarik Sofea biar duduk di birai katil.
Sama-sama melihat ruang bilik berkenaan,kelihatan sudah lain dari dulunya.

"Kalau rasa tak nak keluar,tak nak jumpa sesiapa,duduk je sini.Abang dah tambah bilik air dah tu." Bibir terjuih ke arah hujung sebelah kanan biliknya

"Boleh ke macam tu??." Serba salah tetapi dalam hati senang bila terasa difahami begitu.

"Boleh..Ahmad Uzair cuma nak jaga Nurul Sofea je ni.Kalau rasa tak selesa nak jumpa sesiapa tak payah paksa diri."

"Terima kasih banyak."

Lega bila lelaki itu banyak memberi ruang padanya sejak mereka bernikah semula.

"Sama-sama..Baring,tahu lenguh tu."

Lalu baringkan isterinya biar luruskan tubuh.Perjalanan panjang dengan sarat begini,tahu la isterinya itu sudah letih dan tidak selesa serba serbi sekarang ini.

"Kenapa manis sangat ni??." Jari jemari lelaki itu dipegang erat.

"Maniskan..mujur la belum kena kencing manis." Tersengih lebar.

Duduk dibirai katil,dua lengan kekarnya ditampan di kiri kanan tubuh Sofea.

Saling berpandangan.

"Masuk bakul angkat sendiri ." Tersenyum dengan peel papa Izara Andara ini.

Kedengaran Ahmad Uzair mulai ketawa lepas.

"Nak makan apa pagi ni?ubi kayu?." Soal lembut

Mata naik memandang jam dinding.Mahu 6.30 pagi.

"Apa pun boleh ni papanya."

"Okehh..abang nak solat kejap.."

"Ermm.. kaklong memang duduk sini ke?."

Tudung dikepala dilucutkan.

Sedikit lega bila dapat lurus badan begini.

"Haah duduk sini..Baring je diam-diam.."

Menundukkan wajah lalu bibir Sofea ditindih sekilas.

"Rasa tak cukup." Gumam Uzair perlahan.

"Mengada..terbabas nanti ni."

Dada bidang Ahmad Uzair ditolak lembut.
Risau akal lelaki itu bila dekat-dekat begini.

"Ye..ye..susah kalau terbabas ni." Wajah nakal terbias jelas.

Mula bangun ke bilik air dan keluar semula tunaikan solat subuh.

Siap solat.alihkan tubuh kebelakang kelihatan mak buyung di tengah katil mulai tertidur.

Suhu aircond dinaikkan.Selimut ditarik menutup kaki isterinya itu.

"Abang tengok mak kejap." Bisik perlahan

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now