Pin ditarik buang, shawl dikepala dilepas. Jam ditangan kiri dipandang sekilas sebelum dibuka lepas dari tangannya. Batang hidung yang mancung ditekan. 'I'm tired!' Tubuh dijatuh ke tilam tanpa membersihkan dirinya seperti kebiasaannya.
Getaran iPhone memaksa kelopak matanya celik. Jam diskrin iPhone dipaku anak mata, 'Ya Allah dah pukul 9!' Getaran yang masih bergetar mematikan rasa terkejutnya dan butang hijau ditekan pantas.
"Assalamualaikum sayang."
"Mommy!"
Wajah anak gadisnya yang penuh didada skrin mencuit lucu dan ketawanya spontan meletus. "Sayang, I can't see your face. Put the phone away from your face."
"Mommy, Eshal miss you."
"I miss you too, sayang. What are you doing today, sayang?"
"Play with daddy. Mommy sleep?" Anak mata bulatnya tak berkelip memandang wajah mommynya diskrin telephone.
"I fell asleep. Sayang mommy ni dah mandi ke belum?" Tubuh dipaksa bangkit dan duduk bersila. Rambut yang sedikit kusut disikat dengan jemarinya.
"Kakak Marry bathes me. We play rain. Ada duck..."
Bibirnya dipaku dengan senyuman mendengar celoteh Eshal yang sungguh teruja bercerita dan rindunya terubat...
Megat Hisyam yang sedang mengetuai mesyuarat dipandang fokus dan sesekali anak mata dipaku pandang pada helaian kertas dimeja. Getaran mesej masuk dibiar. Anak mata tetap difokus pada Rizal yang sedang membentangkan marketing strategy untuk bulan depan.
Hampir sejam berlalu mesyuarat bersurai dengan jamuan makan. Iphone di unlock dan iMessage dibuka dan dibaca, belum sempat ibu jarinya berlari didada skrin panggilan masuk membuatkan iPhone ditangannya bergetar. "Yes?"
"There's some issues with the finalised menu, Encik Hilman wants to see you."
"Okay, put him on my schedule for today."
"Okay puan."
"Thank you." Panggilan dimatikan. iMessage kembali dibuka dan ibu jarinya berlari laju didada skrin iPhone.
"Tok pa dengar keluarga mertua kamu nak sambut Eshal's birthday, next week dekat sana?" Elena yang sedang meletakkan nasi ke pinggannya dipaku pandang.
"Yup, mummy ada text El tadi." Udang masak lemak cili api disudu dan diletak ke dalam pinggan Megat Hisyam.
"El okay?"
"Okay je tok pa. We have to respect the difference. It's my job to explain to her later and it's a long process to learn."
Kepala di angguk perlahan, bersetuju.
Hampir empat tahun banglo dua tingkat ini tidak dijejak dan hari ini kakinya kembali ke sini. Kenangan lalu kembali mengasak kotak memorinya, memaku langkah kaki dan kolam matanya bertakung namun enggan tumpah.
"Elena..." Tubuh Elena yang berdiri statik ditarik ke dalam pelukannya. "Jom masuk."
Masih lagi kaku, dibiar saja pelukan puan Sarah ditubuhnya. Dia juga rindu, namun luka yang dalam membuat rajuknya panjang, membawa dia pergi meninggalkan rumah tempat dia membesar kerana dipaksa mengalah tanpa diberi ruang untuk membuat pilihan apatah lagi untuk menuntut penjelasan.
YOU ARE READING
Hening Rindu
Romance"I am not interested in marriage." Dan tanpa tahu betapa gadis itu benar memaknakan sebaris ayat itu, tidak dia sedar keputusan nekad yang diambilnya sekali lagi berakhir dengan luka yang dalam, menghancur lumat hati yang telah retak terbelah itu. E...