Duduk dibirai katil melihat gerangan itu bersiap-siap.
"Dah nak balik??." Soal Uzair lembut masih berdiri di depan cermin dengan sikat ditangan.
"Abang cuti lama ke ni?."
"Tuan dah bagi cuti awal ni,due pun dekat sangat dah..bila-bila boleh bersalin ni." Melangkah duduk disisi Sofea dengan songkok ditangan.
Memandang isterinya itu lama.Sejak sampai semalam belum menjengguk maknya lagi.
"Kalau takde apa esok kita balik la." Putus Sofea terus.
"Bolehh..Abang nak pergi solat Jumaat kejap." Sambil sarungkan songkok dikepala.
Sofea cuma mengangguk.
"Maaf kalau Fea belum jengguk mak." Gumam perlahan
Berbelah bahagi hatinya mahu melangkah ke sana.Dengan kaklong Hani pun masih dingin,langsung tidak berbual selain di dapur pagi semalam.
Kedengaran Ahmad Uzair menghela nafas panjang.
"Abangg...tak mahu paksa atau minta apa-apa lagi.Kalau sayang nak macam ni abang iyakan.." balas perlahan
"Kenapa abang asyik nak ikut apa Fea nak?." Sebal pula hatinya
Tak paham emosi sendiri sebetulnya.
"Sebab..abang faham dan tahu,mak tu tanggungjawab abang dan adik beradik abang.Bukan tugas sayang nak menjaga dan menjengguk dia kalau sayang tak nak.." Ujar dengan wajah termenung jauh
Terasa berat tugas dan tanggungjawab seorang lelaki sejak sekarang.Makin berat bila mahu seimbangkan tanggungjawab dan amankan dua wanita itu pun dirinya tidak mampu.
Macam mana la orang kahwin banyak...
Hari-hari doanya,mahu Tuhan lembutkan hati isterinya itu dan beri ruang waktu buat emaknya untuk panjang umur lagi.
Biar sengketa antara mereka mampu dipulihkan."Abang pergi dulu dah nak masuk waktu." Lalu kekura tangan Sofea dikucup sekilas.
Mula bangun dan berlalu dengan keluhan berat.
Sofea yang melihat suaminya begitu jadi tidak betah hatinya.
Duduk termenung lama.
"Mamaaaa.." kedengaran suara Izara masuk melangkah.
"Ye sayang..kenapa??" Mula bangun
"Jom tenok tok..kesian tok.dari tadi batuk-batuk." Panggil Zara polos
Sejak sampai ke sini banyak kerja anak itu,tak mengekor sepupu ke sana sini. mengekor tokwannya ke mana-mana.
"Ye..ye.." melangkah ke pintu.
Selepas berperang dengan diri sendiri, dirinya mengalah dan turunkan ego.
Kaki diatur ke bilik hujung dengan langkah kaki berat.
"Kak pea okey ke ni?." Sapa Kinah dari belakang.
"Okey..lenguh pinggang je ni."
"Ayong pegang mama ni.Adik baby besyar cangat ke??ampai mama jalan senget-senget." Omel anak itu bila perut mamanya kelihatan besar dan semakin besar.
Sakinah dan Sofea sudah tersengih.
Melangkah ke bilik mertuanya itu dengan hati galau dan berbagai rasa.
Kelihatan kaklong Hani sibuk dengan sarung tangan getah tersarung ditangan.
"Tokk..Jara bawa mama datang ni.." riuh anak itu.
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
AcakFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...