ABANG Reez sedang bersiap-siap ketika itu. Daripada menepati janjinya meluangkan masa bersamaku hingga ke akhirnya polis datang ke rumah ini memberkasnya, dia lebih senang meninggalkan aku untuk pergi menjalankan siasatan untuk kali terakhir.
Dia tak mahu dengar permintaan aku supaya tidak ditinggalkan. Sampai aku fikir dia memang sengaja tiduri aku dan tinggalkan benihnya di dalam rahimku, supaya nanti jika aku disahkan hamil, keadaan boleh jadi lebih dramatik. Yalah, mengenang kehilangannya sambil menatap zuriat yang lahir nanti. Dan menitiskan air mata.
Dia nekad sangat dengan keputusannya. Sudahnya di waktu dia membuka pintu kereta itu aku lekas-lekas pegang tangannya.
Dia sendiri boleh rasa yang ini adalah pertemuan terakhir kami seperti yang gerak batinku katakan. Tanpa menunggu aku menjelaskan, dia sendiri yang dengan pantas mengucup ubun-ubunku. Tapi acuh tak acuh sahaja perbuatannya.
"Jangan risau, abang pergi sekejap aje." Dia tepuk bahuku satu kali, sesudah itu dia kembali bersegera mahu masuk tempat pemandu.
"Bukan!" Aku genggam erat tangannya dan sekali lagi melengahkan dia.
Barulah dia betul-betul beri tumpuan pada aku. Betul-betul berjeda daripada perbuatannya dan pandang aku tepat di mata.
"Cinta nak ikut." Suara merayu.
Aku tahu dia takkan benarkan. Kerja ini merbahaya. Tapi... aku...
Aku tak mahu jauh dari dia.
"Cinta student forensik, Cinta boleh tolong abang cari bahan bukti. Cinta janji takkan susahkan abang."
Terlepas nafas kecilnya. Dia tetap melabuhkan duduk di tempat pemandu.
"Bahaya, Cinta."
"Alaa..."
"Cinta tunggu abang kat rumah aje."
"Sampai bila?"
"Sampai..." Dia sendiri baru sedar seperkara itu. Dia tidak dapat menyempurnakan ayatnya.
Penantian aku nanti takkan ada penyudahnya. Sebelum sempat dia selesaikan siasatannya, polis akan terlebih dahulu datang menemui dia.
Aku di rumah ini akan tersisih sampai ke sudah takkan dapat jumpa dia lagi.
Lebih teruk jika kemalangan yang merentap nyawa Zahir malam tadi turut menjadikan dia suspek utamanya. Dia akan dituduh di bawah seksyen 302 hukuman mati mandatori.
Af pasti sudah gencarkan strateginya untuk buat suamiku ini dilihat bersalah.
Dengan itu, bilakah baru pertemuan semula itu akan berlaku?
"Tolonglah, abang. Biar Cinta boleh rasa Cinta ni berguna pada abang. Bagilah Cinta tolong abang."
Senyap. Itu saja cara dia bagitau kata putus. Dan dia menarik pintu kereta, menutupnya. Hidupkan kereta dan mengundurnya keluar dari pekarangan banglo ini.
Tapi dia tidak berjaya melepasi pagar besar rumah. Dua buah kereta polis tiba-tiba berhenti di hadapan dan belakangnya. Mengepungnya.
Sekarangkah masanya?
Aku pandang jam tangan sekilas.
Masih belum tengah hari.
Tapi mereka sudah tiba sekarang?
Aku tak tentu arah mendapatkan mereka. Mereka sedang membuka pintu kereta Abang Reez dan menyuruh lelaki itu keluar.
Dan Abang Reez pula tidak pun membantah, walau aku boleh agak dia tentu kecewa. Dia tidak sempat melakukan siasatan untuk kali terakhir itu.
Mereka pusingkan Abang Reez hingga menghadap keretanya. Mereka ambil tangan Abang Reez, mereka gari.
"Encik Reez Isaac. Awak ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan ke atas Zahir Adam. Apa yang awak katakan, boleh dan akan digunakan di mahkamah."
Oh, my god. Betul, Af sudah dengan cekap melakukan bahagiannya iaitu frame Abang Reez hingga nampak Abang Reez suspek.
"Ikut kami, Encik."
Mereka mendorong Abang Reez masuk kenderaan polis.
Aku tanpa sebarang pengalas kaki, berlari mendapatkan mereka. Tapi waktu aku tiba di situ, Abang Reez sudah pun berada di dalam kereta.
"Reez." Suara resah mama di belakangku menarikku untuk memandang wanita itu.
"Untuk kes kali ni mungkin abang akan dilarang bela diri abang lagi. Jadi Cinta dengan mama jaga diri baik-baik, ya? Kirim salam pada papa." Senyum terakhir lelaki itu untuk kami.
Aku faham maksud Abang Reez. Kes yang kali ini jauh lebih rumit berbanding kes yang tempoh hari. Jadi mahkamah berkemungkinan besar akan melarang pihak defendan membela diri sendiri.
Oh... apa aku nak buat ni?!
Aku bergerak-gerak dengan tak ketahuan, tapi tak tahu apa sebenarnya yang patut kubuat. Sekejap sentuh bibir, sekejap pegang kepala. Sekejap lagi pula bermundar-mandir tanpa arah.
Kereta peronda polis bergerak meninggalkan pekarangan rumah ini.
Pedih terasa telapak kakiku.
Aku tunduk pandang kaki.
Nampak mengalir darah keluar dari situ. Aku sudah terpijak batuan kerikil tajam.
Oh, nanti!
Kerikil?
Kukutip batuan tajam hangat yang sudah bersalut darah itu. Kupandang dalam-dalam dengan isi kepala menjurus kepada Af.
"Sara, kaki Sara berdarah, sayang?" Mama pegang dua bahu aku. Seolah-olah dia sedang cuba mengeluarkan aku dari duniaku.
Aku tak tahu apa-apa dah. Yang aku tahu, sekarang adalah masa untuk aku cari bukti yang mengatakan Af pelaku semua bencana ini.
Tanpa berkata apa-apa, aku berlari masuk ke dalam rumah.
"Sara!" Mama cemas melihat aku. Tergocoh-gocoh mengejar aku.
Aku berlari daki tangga.
"Sara, kaki Sara luka teruk tu, sayang!"
Aku berhenti di pertengahan tangga. Toleh ke tingkat bawah.
Memang boleh nampak kesan-kesan tapak kaki daripada darah di sepanjang lantai mozek rumah.
Tapi otakku sudah tidak berfungsi terhadap deria sakit lagi pada waktu ini. Otakku lebih kritikal berfikir tentang cara menumpaskan Af.
Aku sambung berlari ke tingkat atas.
Masuk bilik. Basuh kaki. Sesudah itu sambar kotak first aid. Aku duduk di sofa, sapukan cecair antiseptik pada luka. Aku balut dengan kain bandage. Dan sesudah itu aku terus capai beg sandang. Keluar bilik.
YOU ARE READING
STORIETTE: OVERPROTECTIVE HERO [:FAST UPDATE:]
RomanceKalau aku mati, adakah dia pun akan mati sekali? - QAISARA