~36~

51 10 1
                                    

Hayfa bosan duduk di rumah dia tidak tahu mahu buat apa. Sudahlah semua orang kerja. Dia tiada teman untuk teman dia jalan-jalan waktu petang begini.

Kelebihan bila tinggal di kampung dapat lihat pemandangan yang tenang, tambahan pula rumah keluarganya di tepi sawah lagi indah permandang.

Tengah santai memandang permandangan indah dia rasa perutnya di tendang. Hayfa tertawa seorang diri. Lupa pula dia ada teman. Dia mengusap perutnya dalam beberapa minit anaknya tendang lagi.

"Buat apa tu? Macam orang gila je senyum sorang-sorang." Ucap Lia. Lia menuju ke pondok tangannya memegang bag kertas.

"Eh? Cepatnya balik? Dah settle ke?" Soal Hayfa.

"Dah...Malas nak layan sangat kerenah mama tu. Lepas je settle aku minta izin teman kau dekat sini." Jawab Lia.

Lia letak bag kertas itu di sebelah Hayfa. Hayfa pulak mengangkat kening dengar riak tertanya-tanya ada apa dalam bag tu.

"Tadi aku singgah mall lepas tu aku tengok jubah tu cantik sangat sesuai untuk kau jadi aku belikan." Jelas Lia.

Hayfa ambil jubah yang ada di dalam bag itu dia rasa kain jubah tu. Hayfa senyum dia suka tekstur kain ini lembut.

"Terima kasih. Lia...Aku rindu Bella dengan Sara. Depa pergi mana dah lama aku tak jumpa depa?" Soal Hayfa.

"Sama-sama. Depa dua sibuk sikit. Macam tak kenal depa macam mana. Nak nampak batang hidung memang susah sikit setahun sekali baru dapat jumpa." Ucap Lia.

"Hmm...Lagi dua bulan je aku dah nak bersalin. Aku takut Lia." Ucap Hayfa. Dia cuma risau tak dapat jadi seorang ummi yang baik dan tabah.

"Jangan risau...kami semua ada untuk hang. Aku yakin hang kuat. Aku tahu bersalin mempertaruhkan nyawa, in shaa Allah kau akan selamat. Kita serah dekat Allah dan redha." Ucap Lia.

"Kalau apa-apa jadi dekat aku kau jaga anak aku dengan yang lain ya. Aku takut masa aku bersalin nanti mungkin aku pergi dulu." Ucap Hayfa. Tenang saja matanya pandang sawah padi, angin pula sepoi-sepoi seperti faham keadaan hati Hayfa sekarang.

"Jangan cakap macam tu lah. Kau kena yakin. Kami semua ada untuk kau." Ucap Lia. Dia cuba beri semangat untuk Hayfa. Sepanjang dia tinggal bersama Hayfa dia selalu beri kata-kata semangat untuk Hayfa.

Hayfa mengangguk kepala. Dia benci bila termenung  mesti dia layan perasaan dan rindu pada Hawwas makin membuak-buak.

"Oh! baru aku perasan mana Hanis?" Soal Lia.

"Dia kerja. Mungkin sikit lagi baru balik." Jawab Hayfa.

"Dia pergi dengan Haiman eh?" Soal Lia.

"Ya...kereta dia adik dia ambil pakai." Jawab Hayfa.

"Hayfa mana kawan-kawan kau? Aku dah lama tak nampak Shamila." Hayfa tak ramai kawan tapi dia tahu Shamila kawan yang tapi cuma kawan dia lagi sorang yang Tina tu Lia tak suka sebab Tina seorang yang orang tak boleh lebih dari dia.

"Shamila sibuk. Aku ada jumpa dia minggu lepas. Semua sibuk kerja sekarang. Aku je yang selalu ada masa lapang." Ucap Hayfa.

"Sebab kau tu dah naik pangkat kerja kau semak laporan je." Ucap Lia.

Hayfa tertawa. Betullah tu,kerja dia semak laporan ajar praktikal yang baru masuk. Cuma sekarang dia sudah ambil cuti lama.

"Jom bawak aku jalan-jalan kawasan kampung. Aku nak ajak kau pergi satu tempat." Ucap Hayfa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAPTAIN ITU SUAMI AKU {OG}Where stories live. Discover now