"Nak lagi??." Soal lembut.
Kelihatan wanita tua itu cuma menggeleng,wajahnya sedikit bersinar dengan sedikit senyuman.
Jari jemarinya juga sejak tadi masih memegang erat paha Sofea.
"Te..te.ri..ma..kas..seh ban.. banyak." Ujar Makcik Hajar susah payah.
Suara juga kedengaran seakan berbisik.
"Rehat la...Fea nak solat kejap."
Mangkuk berisi bubur di letak di meja sisi.
"Alhamdulillah..selalu berapa sudu je makan." Sapa kaklong Hani yang melangkah masuk.
"Fea nak solat kejap.." lalu tangan tua yang memegang erat sejak tadi di pegang lembut.
"Fea datang lagi sekejap lagi." Pujuk lembut
Tahu wanita tu berat mahu melepaskannya sejak tadi.
"Takpe,Kau pergi la..biar kaklong temankan mak.."
Sejak scene tengahari semalam membawa kehari ini perlahan corak pergaulan mereka bertiga sedikit berubah bila Sofea sedikit berlembut.
Sofea mula bangun perlahan.
Melangkah ke bilik mahu solat bila jarum jam hampir jam dua petang sekarang.
"Sayanggg.." panggil meleret
Kaki ikut melangkah masuk ke bilik sama.
"Naperr?." Sambil jalan menonong
"Sayang dah lupa suami sayang ke ni?dari pagi tak bagi attention dekat abang?abang rindu ni." Pintu bilik ditutup rapat
Cemberut bila sejak sarapan pagi tadi Nurul Sofea itu sibuk di bilik maknya.
Dirinya juga sama tetapi,isterinya itu melekat lama disana.
"Aiiii...lapar attention jugak ke ni??."
"Laparrr sayang..Jadi ke balik harini?." Sengaja mahu tahu
"Ermm..abang nak balik hari ni??." Soal semula
Walaupun hatinya belum ikhlas ehsankan makcik Hajar itu,ada ruang dihatinya mahu menjaga wanita itu sementara waktu.
Melihat emak mertuanya itu kelihatan lemah dengan keadaan kurus begitu,
hatinya sayu."Abang ikut sayang...kalau sayang nak balik,kita balik la.Tapi kalau tak nak lagi,duduk sini sementara pun takpe."
Sofea yang berdiri di tarik lembut lalu di bawa baring ke katil.
"Nak bual je kenapa kena baring ni." Mahu berkerut dahi.
"Baring la..baby letih dah ni.Nurul Sofea pun sama.Jangan paksa diri sayang..
Jaga diri sendiri dulu."Jari jemari naik menyelit rambut panjang isterinya itu ke belakang telinga.
"Tapi Fea belum Zohor ni.." ditepuk perlahan dada bidang yang sejak tadi sibuk mahu memeluknya biar tubuh mereka dekat.
"Aduhh...kena solat dulu.bangun sekarang." Mula bangun kalut.
Ditarik lembut tangan isterinya itu biar duduk.
"Tahu pun.." Mula turunkan kaki ke lantai
Lalu lengannya ditarik biar bangun.
"Semoga surga untuk isteri abang."
Dibawa Sofea ke bilik air untuk mengambil wuduk.
"Manis betul siap ikut sampai bilik air." Tersengih lebar
YOU ARE READING
UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)
RandomFIFTH 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa halua...