BAB 75

1K 189 44
                                    

"Kau ni cuba la duduk diam-diam,dari tadi ke sana ke sini." Bebel kaklong Hani geram.

"Orang nak tolong je." Cemberut.

"Tak payah..kaklong boleh buat."

Sejak tadi geram melihat mak labu itu ke sana sini diruang dapur ini.

"Apa bising-bising ni." Celah Uzair melangkah ke singki dengan lauk basah di tangan.

"Abang...dia marah Fea."

Kaki mengadu dah sekarang.

Hanani sudah menjulingkan mata ke atas.

"Kau kenapa ni kaklong.." berkerut dahi.

"Kau suruh mak labu kau duduk diam-diam.kalau tak aku sekeh je kepala kau dua kejap lagi.Dari tadi ke sana sini dengan perut labu dia macam tu,risau terberanak juga satgi ni." Balas Hanani terus.

Selamba.

"Uishh garang tu..Sayang..duduk la diam-diam.karang kepala kita kena sekeh nanti ni."

Lalu dudukkan Sofea di kerusi meja makan dengan sengihan.

"Nak tolong pun tak kasi." Cemberut

Tempe goreng di atas meja diambil satu.

"Tolong apanya,orang dah siap ni." Bebel Hanani mula kecilkan api dapur.

"Yelaaa...macam mak singa tu." Balas perlahan

Sejak berbaik,kakak iparnya itu caring semacam.

Uzair pula cuma memandang dua wanita mahu ketawa.Nampak macam gaduh tapi tak sebenarnya.

Leganya lahaiiii.. Alhamdulillah.

"Abang nak tengok mak kejap." Lalu pipi Sofea dikucup sekilas.

Berlalu ke ruang tamu bila makcik Hajar diubah ke situ sejak awal pagi tadi.

Hanani cuma memandang peel adiknya itu.Ada lega,ada senang dihatinya.

Tahu selama beberapa tahun,kehidupan adik lelakinya itu mendung.Makin mendung bila tahu apa yang jadi pada mereka kerana perbuatan khianatnya.

"Kau tahu Pea.." mula menarik kerusi lalu duduk dimeja makan itu sama.

"Tahu apa??." Sibuk kunyah tempe goreng.

"Achik pernah tumbuk kaklong." Lalu ketawa.

Terkenang semula hari itu.

"Huh??." Terkedu

Hanani mengangguk cepat.

"Sungguh..Lepas kaklong cerita hal dulu semua pada dia,kaklong kena tumbuk." Tersenyum nipis

Sofea pula sudah membulat matanya.

"Dia jaga kaklong selama ni..Bila dia tahu apa jadi,apa mak buat..kaklong tahu dia terkilan dan susah nak terima.Kaklong lega bila apa yang dia buat tu buat kaklong sedar sekarang."

Menghela nafas.

"Sedap tak kena tumbuk?." Sengaja la menyakitkan hati.

"Sedap.kau tahu pipi kaklong ni macam koteaw esoknya,kembang semacam."

Lalu kedengaran keduanya ketawa lepas.

"Kaklong..minta maaf pada kau,pada korang.Dari hujung rambut sampai hujung kaki.Walaupun minta maaf tak mampu nak ubah keadaan dulu,tapi..
kaklong harap jodoh korang panjang.
Kaklong tahu achik sayang kau gila.Mujur je dia tak gila dulu tu..."

UZAIR : KALI KEDUA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now