Bab 14

8 0 0
                                    

Dania tiba di restoran dengan hati yang berdebar. Dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang perjumpaan ini, terutamanya kawan-kawan baiknya. Aaren telah meminta untuk berjumpa secara peribadi dan ini membuatkan Dania rasa sedikit tidak selesa, namun dia juga ingin tahu apa sebenarnya yang ingin dibincangkan oleh lelaki itu.

Ketika dia melangkah masuk ke restoran, matanya segera mencari-cari kelibat Aaren. Dia nampak lelaki itu sedang duduk di sudut yang agak tersembunyi, mengenakan pakaian kasual dengan kemeja hitam dan seluar jeans. Wajahnya serius, tetapi dia sempat mengukirkan senyuman kecil apabila melihat Dania datang mendekat.

"Lambat sikit kau sampai," kata Aaren sambil bangun dari kerusinya.

"Macam biasa lah, traffic jam," balas Dania dengan senyuman nipis, cuba menyembunyikan rasa gugupnya.

Mereka berdua duduk berhadapan. Sejurus selepas memesan minuman, suasana menjadi seketika sunyi. Aaren mengamati wajah Dania, cuba menafsir reaksi wanita itu.

"Jadi, apa sebenarnya yang kau nak bincangkan sampai ajak aku keluar makan sekali ni?" tanya Dania sambil cuba mengekalkan nada santai.

"Takkan lah aku nak ajak kau keluar tanpa sebab penting." Aaren tersenyum tipis.

"Penting?" Dania mengangkat kening, sedikit terkejut. "Apa benda yang penting sangat?"

"Aku nak bincang pasal... Amanda dan Elriq." Aaren mengeluh perlahan, mengambil nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

Mata Dania terbelalak. "Amanda dan Elriq? Apa kaitan aku dengan diorang?"

Aaren mengetap bibir sebelum menjawab. "Aku rasa kau patut tahu. Amanda dah mula dapat petunjuk tentang sesuatu yang kita tak boleh nak sembunyikan lagi. Aku tahu kau rapat dengan dia. Mungkin, kau boleh bantu aku explain pada dia bila masa yang sesuai."

"Explain apa? Apa sebenarnya yang korang semua rahsiakan?" Dania termenung seketika.

"Ada benda yang kau tak patut tahu, Dania. Tapi aku tak boleh sorokkan daripada Amanda lagi. Kau kenal dia. Bila dia mula selidik sesuatu, dia takkan berhenti sampai dia dapat jawapan. Tapi aku takut jawapan tu akan buat dia benci kita semua." Aaren memandang sekeliling sebelum bersandar pada kerusinya.

Dania terdiam. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Aaren jarang bersikap serius begini, dan bila dia melibatkan Amanda dan Elriq, ia bukan sekadar hal remeh-temeh.

"Kau nak aku bantu Amanda... atau nak aku jauhkan dia daripada cari tahu pasal ni?" Dania tanya sambil mengerutkan dahi, cuba memahami maksud sebenar Aaren.

"Aku tak pasti, Dania." Aaren menghela nafas panjang. "Aku nak lindungi mereka, tapi aku tahu Amanda berhak untuk tahu apa yang sedang berlaku."

Dania bersandar ke belakang, kepala mula berputar dengan seribu satu persoalan. Apa sebenarnya rahsia besar yang sedang disembunyikan daripada Amanda? Dan kenapa Aaren, orang yang selalu kelihatan tenang, nampak sangat tertekan kali ini?

"Kau nak aku buat apa?" soal Dania, nada suaranya lebih rendah kali ini.

"Cuma ada dengan dia. Sokong dia, apa pun yang berlaku. Aku tak tahu apa yang akan jadi lepas ni, tapi Amanda perlukan kau, Amanda perlukan ahli wanita yang lain. Aku yakin kau boleh buat dia tenang." Aaren memandangnya dengan wajah serius.

Dania mengangguk perlahan, hatinya berbelah bagi. Dia tahu ini bukan perbincangan biasa, dan sesuatu yang lebih besar sedang berlaku di belakang tabir. Tetapi, dia juga tidak mahu melihat Amanda terluka.

"Aku akan buat apa yang aku boleh," jawab Dania dengan tekad.

"Terima kasih, Dania. Aku harap kau faham kenapa aku buat keputusan ni." Aaren tersenyum kecil, nampak sedikit lega. Tanpa mereka sedari, dua cawan minuman yang dipesan tadi telah sejuk tanpa disentuh.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now