Amanda memutuskan untuk mencari Azril setelah teringat mesej dalam fail misteri tersebut yang seolah-olah datang dari dia. Dia menghubungi Azril, yang awalnya enggan bertemu. Namun, selepas Amanda berkeras, Azril akhirnya bersetuju untuk berjumpa di tempat yang terpencil.
Sebuah kafe kecil di pinggir bandar, malam yang sunyi. Lampu kafe yang malap menambah suasana tegang. Amanda duduk berhadapan dengan Azril, yang jelas kelihatan berat hati untuk memulakan perbualan.
"Azril, aku tahu kau ada banyak benda yang kau sembunyikan. Tapi aku perlukan jawapan. Kau tak boleh terus buat aku dalam keadaan tertanya-tanya macam ni." Amanda menyandarkan badannya ke kerusi.
"Baiklah, Amanda. Tapi aku tak pasti kau bersedia untuk dengar semua ni." Azril mengeluh, mengusap wajahnya.
"Aku dah bersedia sejak aku jumpa fail tu. Kau cakap sekarang." paksa Amanda dengan nada tegas.
"Kau ingat lagi Farid?" Azril menatap wajah Amanda dengan sangat serius.
Amanda terdiam seketika, jelas terkejut. "Farid? Farid yang dulu kerja sama dengan aku? Apa kena-mengena dia dengan semua ni?"
"Dia bukan sekadar rakan sekerja, Amanda. Dia... dia sebenarnya penyamar. Seorang pengintip yang dihantar untuk mendekati kau."
"Apa? Penyamar? Untuk apa? Kenapa dia nak dekati aku?"Amanda menyoal dengan nada yang tidak percaya. Kenapa dia? Apa kaitan dia dengan Farid?
"Sebab kau adalah kunci. Black Snakes dah lama tahu ada kumpulan jenayah besar yang cuba menyusup ke organisasi tempat kau bekerja, dan mereka tahu kau orang yang paling dekat dengan projek-projek utama. Farid dihantar oleh mereka untuk mencuri maklumat melalui kau." jujur Azril.
Amanda terdiam tidak terkata. Jadi, selama ni... Elriq sudah tahu tentang kewujudan Farid. Maknanya, di pasaraya hari itu, dia cuma berlakon tidak mengenali Farid? Amanda mengusap wajahnya. Keliru akan semua ini.
"Esok mereka akan berjumpa dengan kumpulan KingHell." Amanda terus mendongakkan wajahnya untuk menatap Azril.
"KingHell? Bukan kumpulan tu dah..." belum sempat Amanda menghabiskan perbicaraannya, Azril sudah menyampuk.
"Mereka ada keturunan baru. Cucu kepada ketua KingHell. Dan orang itu ialah Farid." Azril membomgkarkan semuanya kepada Amanda. Dia tahu apa yang dia sedang lakukan ini adalah kesalahan yang terbesar. Jika Elriq tahu benda ini kemungkinan nyawanya dalam bahaya kerana dia sudah berjanji kepada Elriq untuk merahsiakan daripada isterinya.
Amanda terkedu mendengarnya. Kalau lah dirinya ada di samping suaminya, pasti semua ini tidak akan terjadi. Atau jika dia tidak pernah wujud dalam hidup Elriq, mungkin semua ini tidak akan terjadi di dunia ini. Amanda mengeluh perlahan.
"Manda, aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada kisah silam kau dan Elriq, tapi aku cuma boleh sokong kau dan Elriq dari jauh saja. Aku nak korang bahagia semula. Aku tahu apa yang kau tengah fikirkan sekarang ini. Jangan buat kerja gila, Manda. Kalau Elriq tahu kau nak buat benda ini, dia pasti mengamuk." Azril menghalang sedaya upaya supaya Amanda tidak melakukan kerja yang tidak masuk dek akal.
Usai selesai mereka berbincang, Amanda pulang ke rumah. Dia tidak sedap hati akan hari esok. Mengapa dia berasa akan terjadi sesuatu?
Sebuah pangkalan rahsia Black Snakes, sebuah bilik strategik dilengkapi peta digital, skrin besar yang memaparkan lokasi GPS, dan meja penuh dokumen operasi. Semua ahli Black Snakes sedang berkumpul, bersiap untuk pertemuan berisiko dengan kumpulan KingHell.
"Semua dah bersedia ke? Kali ni bukan sekadar jumpa musuh biasa. KingHell bukan kumpulan yang main-main." Aaren berdiri di hadapan meja besar, nada tegas.
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
ActionSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...