5

6 2 0
                                    

"Dia dah mula cari tahu pasal kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dia dah mula cari tahu pasal kau." Kening Carmine terangkat sebelah sebaik saja laporan itu sampai ke telinganya. Bibirnya tersenyum nakal.

"Laju." komennya ringkas, jari-jemari bermain dengan pen sambil matanya memandang sekilas dokumen yang terbentang di hadapannya.

Jelas fokusnya kini bukan lagi pada kerja itu. Sebaris nama Erin Daniella bermain di minda.

"Pastikan satu pun maklumat pasal aku tak terbongkar." suaranya berubah dingin, penuh autoriti.  Jejaka yang berdiri tegak di hadapannya itu mengangguk patuh.

"Kita tengok sejauh mana dia dapat cari," bisiknya perlahan. Satu tangan menyentuh dagu, kepala sedikit dimiringkan.

Pandangannya kosong, namun bibirnya jelas tersimpul senyum kecil yang membawa seribu makna.

"Curiosity kills the cat and I really wanted to kill the cat." Bibir Carmine bersiul senang, melantun lembut, mengisi keheningan pejabat yang mewah itu.

Jejaka di hadapannya itu berdehem perlahan, menghentikan siulan Carmine, "Tapi, kau tahu kan selicik mana Erin?"

"Ya, dia memang licik. Aku tak pernah menafikan benda tu. Sayangnya..." Carmine leretkan suaranya, pen yang berada di tangan diputar santai.

"Dia hanya lah kucing yang terlalu ingin tahu..." Mata kini beralih kepada jejaka di hadapannya, sinar dingin terbit dipandangan.

"Sampai lupa siapa pemilik perangkap. Biarkan dia bermain," tenangnya.


"Lama dah you tunggu?" Naeem bertanya, pintu penumpang dibuka, tangan mempersilakan Erin masuk. Erin senyum nipis.

"Tak ada lah, I baru siap." jawab Erin, sebaik saja Naeem melangkah masuk ke tempat duduknya.

Naeem senyum senang, "Terima kasih sebab sudi minum petang dengan I hari ni. I harap I tak paksa you." Wajah Erin dijeling sekilas.

Gadis itu hanya senyum segaris. Tak berniat ingin membalas panjang.

Sama seperti selalu, perjalanan mereka ditemankan kesunyian. Naeem yang berdiam diri agar dapat memberikan Erin keselesaan dan Erin yang lebih selesa untuk berdiam.

"You ada nak pergi mana-mana tak lepas kita makan?" soal Naeem sekadar berbasa-basi.

Erin diam sejenak, seakan berfikir, "Tak ada, you ada ke?"

"I kalau boleh nak bawa you pergi taman kalau cuaca mengizinkan. Alang-alang you dah tak lama keluar kan? Apa kata kita ambil angin tengok alam, nak tak?" cadang Naeem. Erin lepas tawa kecil.

"Tengok alam eh?" Entah mengapa, kata-kata itu kedengaran lucu di telinganya.

"Ya, tengok alam. Nak tak?" Ulang Naeem dengan nada lembut namun tersilap harapan.

ERIN DANIELLA [OG]Where stories live. Discover now