7

7 3 0
                                    

"Aku jumpa Erin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku jumpa Erin..." beritahunya tenang. Farhad yang berada di hadapannya terbatuk kecil, matanya membulat.

"Erin? Erin Daniella?" Adeyn mengumam perlahan.

"Macam mana kau boleh terjumpa dia?" soal Farhad dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Aku jogging, aku tak sedar perempuan yang ada dekat pondok tu dia. Aku rehat dekat situ, tiba-tiba dia sebut nama aku." jawab Adeyn dengan helaan nafas yang panjang.

Seakan ada satu beban yang menghimpap dirinya.

"Jadi, apa reaksi kau waktu dia sebut nama kau tu?" Farhad makin teruja. Sudah lama dia tak dengar nama Erin meniti di bibir jejaka itu.

"Dia kenalkan diri dia, tapi aku cakap aku tak pernah kenal sesiapa nama Erin. Then, aku blah." Farhad ternganga.

"Macam tu je? Dia tak tahan kau?" Adeyn tergelak sinis dengan pertanyaan itu. Tahan?  Dia geleng perlahan.

"Erin Daniella, dari dulu sampai sekarang... tak kan pernah pertahankan aku." ujarnya perlahan. Dia berpaling wajah memandang ke arah luar.

Farhad berubah mendung, wajah kosong Adeyn ditatap dengan rasa simpati. Nafas dihela panjang.

Sampai bila lah mereka nak jadi begini?

"Mama tak balik hari ni, jaga rumah." Erin yang sedang menonton TV mengangkat wajah. Dahinya berkerut memandang Datin Elna yang sibuk dengan bagasinya.

"Nak pergi mana?" soalnya berbasa-basi.

"Papa minta mama teman dia dekat office." Mendengar balasan Datin Elna, Erin berdecit geram.

"Sampai bila mama nak ikut telunjuk papa?" soalnya mendatar. Wajah Datin Elna yang berubah riak ditatap tanpa rasa bersalah.

"Papa suami mama, syurga mama bawah telapak kaki papa." Erin tergelak sinis. Syurga? Suami macam tu dipanggil syurga?

"Syurga? Hidup macam ni mama kata syurga? Mama ni dah kena sihir ke apa?" Bidas Erin. Langsung tidak dihiraukan wajah Datin Elna yang kelat.

"Jaga mulut kamu, Rin. Mama dah cukup sabar tau selama ni."

"Salah ke apa yang Rin cakap? Mama tu yang tak sedar-sedar. Sanggup lakukan semua benda untuk dia, sedangkan dia? Pandang mama sebelah mata pun tak!"

Pang! Wajah Erin terteleng ke sisi. Pipi yang terasa pedih ditolak dengan lidah.

"Jaga mulut Rin, dia masih papa kamu!" Nada Datin Elna naik seoktaf. Tak gemar dia sikap Erin yang dianggap makin melampau.

Nampak gayanya sikap anak gadisnya itu sudah kembali, kalau tidak tiga bulan kebelakangan ini hanya mendiamkan diri.

Dia kira gadis itu sudah tidak kasi, nyata sifat aslinya kembali lagi. Sedar lah dia, bahawa gadis itu tidak lagi di fasa berkabung atas pemergian Afham.

ERIN DANIELLA [OG]Where stories live. Discover now