"Kau cari mak bapak kau?".Suara seseorang mengejutkan dirinya .Dewi membalikkan tubuhnya melihat ke arah suara itu .
"Abang buat apa kat sini ?" Tanya Dewi kepada suaminya .
Bilal memandangnya dgn tatapan sulit untuk Dewi mengerti dan Bilal bersuara " saja aku datang sini nak tengok mertua aku salah ke?" Bilal melayangkan kembali soalan itu pada Dewi .
"Tak s ... salah tapi macam...baru saja Dewi ingin melanjutkan kata kata nya langsung dipotong oleh bilal .
"Macam apa ? macam pelik kan ??? ".Bilal mengangkat keningnya.
"Okaylah kau tanya kenapa aku kat sini kan , aku kat sini menjadi wakil orang kampung untuk hina dan maki kau dan keluarga kau " . Bilal ketawa jahat .
"Apa maksud abang saya tak faham . Dewi mengerutkan dahinya dgn ucapan Bilal .
"Keluarga kau tak guna Leman !!! anak perempuan kau dah kawin tapi mengatal dgn anak lelaki aku !! dasar perempuan tak tau malu, mana anak kau panggil sekarang!!". Suruhnya .
Terdengar suara kekecohan di luar rumahnya " Dewi berjalan keluar dan melihat suara siapakah yang membuat kecoh di rumahnya.Dewi !!!!! Dewi!!! " . Keluar kauuuuu ?!! jgn bersembunyi!!!!". Jerit sosok perempuan tua yg berusia 50 tahun itu.
"Ada apa ni???". Tanya Dewi heran .
"Mak , Abah kenapa berlutut ni bangunlah , Dewi mendekat ke arah Mak Bedah dan Pak Leman lalu membantu ibu dan bapa kandungnya untuk berdiri .
"Kau Dewi !!! tak tau maluu !!!!!! kau dah ada laki tapi mengatal dgn anak aku !!" kau paksa pula anak aku kawin dengan kau padahal , kau tau anak aku dah ada bini kau nk menyondol pulak !!!!! dan kau juga nak kikis duit anak aku !!!!kau perempuan jahanam!!". Amuk Makcik Kiah .
Dewi mengerutkan dahinya dan bersuara .
"Apa maksud makcik saya mengatal ?saya baru sampai kampung tadi , saya tak fhm apa yang makcik cakapkan ni" . Dewi cuba memahami apa yang dikatakan oleh Makcik Kiah.
"Eh kau tak payah pura pura baik kat sinilah, mentang mentang ada ketua kampung dan orang kampung kat sini , kau nk tunjuk yang kau tu baik ?!! kau mengaku sekarang kebusukan kau tu !!" . Kasar Makcik Kiah .
"Dah dah , Kiah bawak bertenang , jgn buat keadaan jadi bertambah rumit " .Pak Halim selaku ketua kampung menenangkan kekecohan ini.
"Dah apanya!! Pak Halim perempuan tak guna ni nak jadi penyondol dan kikis duit anak lelaki saya!!. Kesalnya .
"Macamni Pak Halim nak tanya kamu ? betul ke apa yang dikata makcik kiah kamu ni?". Tanya Pak Halim .
"Saya tak pernah buat benda terkutuk tu , saya dah kawin ada suami saya takkan curang bersama anak makcik" .Jawab Dewi jujur .
"Kau jgn menipu lah!!!!!! ".. Emosi Makcik Kiah.
"Anak aku tak bersalah kiah , dia baru je sampai sini tadi...ujar Mak Bedah menangis .
"Alah kau anak beranak sama je dasar murahan!!". Hina Makcik Kiah .
pertengkaran itu disaksikan oleh Bilal , Bilal hanya bersiul nakal dan tersenyum sinis kerana rancangannya berjaya untuk membuatkan Dewi menderita....
"Diam Kiah !!". Biar aku yang bersuara .Ucap Pak Halim Tegas .
"Untuk mendamaikan situasi ini macam yang bang Leman dan kak Bedah tau , saya terpaksa halau kalian sekeluarga keluar dari kampung ini . Ucap Pak Halim .
Tapi Pak Halim , mana kami nak tinggal kalau pak halim halau kami... Kata Dewi mengalirkan air mata.
"Saya tak peduli , sebab Dewi dah cemarkan nama baik kampung ni , saya takkan beri muka . Jawab Pak Halim Muktamad .
Percayalah pak halim saya tak buat semua tu .... pilunya
to be continue.

YOU ARE READING
Terluka Cinta (COMPLETE)
Genç KurguGENRE: COMEDY, ROMANCE SINOPSIS Mengisahkan seorang gadis yang berasal dari kampung bernama Dewi Amara yang bernikah dengan seorang Ceo terkaya dan , sombong bernama Valentino Bilal , perkahwinan nya tidak didasari oleh cinta seperti pasangan ya...