Pulang sahaja Fathiya Ariena dari kerja, waktu itu sudah pukul 8 malam. Dia pulang lewat kerana kebetulan di rumah mereka ada bacaan Yassin untuk adiknya, Inara, yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Tuan Hisham dan Puan Alina, ibu bapa Fathiya, turut menyediakan makanan untuk tetamu yang datang malam itu.
Masuk je ke dalam rumah, Fathiya perasan ramai mata yang memandangnya. Suasana malam itu agak riuh dengan tetamu yang datang, dan walaupun dia agak penat, dia cuba untuk senyum dan menyapa semua orang. Fathiya terus masuk ke bilik untuk mandi, membersihkan diri selepas seharian bekerja. Selesai mandi, dia tunaikan solat Maghrib dan Isyak untuk memberi ketenangan pada fikiran yang sedikit kusut. Selepas itu, barulah dia keluar untuk melayan tetamu yang sudah mula memenuhi ruang tamu.
Di ruang tamu, suasana agak meriah. Puan Alina sedang berbual dengan tetamu wanita dan menghidangkan kuih muih, sementara Tuan Hisham sibuk berbincang dengan tetamu lelaki. Fathiya senyum dan terus mencari adiknya, Inara.
"Inara, mana?" tanya Fathiya sambil melilau mencari.
Inara duduk di satu sudut, kelihatan agak gelisah. Fathiya segera menghampiri dan duduk di sebelah adiknya.
"Kak, saya rasa takutlah. SPM makin dekat," kata Inara, jelas sekali tertekan.
Fathiya tersenyum dan meletakkan tangan di bahu Inara. "Jangan risau sangat, Inara. Kakak yakin kamu boleh buat. Semua orang kat sini doakan yang terbaik untuk kamu. Jangan terlalu fikirkan sangat, okay?"
Inara mengangguk, walaupun masih kelihatan sedikit resah. Fathiya cuba memberi ketenangan, walaupun dalam hati, dia tahu Inara memerlukan lebih dari sekadar kata-kata semangat.
Tiba-tiba, Farhan, rakan sekerja Fathiya yang kebetulan datang sebagai tetamu, melintas di depan mereka. Farhan ni memang selalu ada dengan Fathiya sebab mereka selalu bekerja bersama.
"Eh, baru je tadi jumpa, tak sampai sejam dah jumpa balik," kata Farhan sambil tersenyum lebar, agak terkejut nampaknya bila tengok Fathiya kat rumah.
Fathiya ketawa kecil. "Yelah, apa yang tak peliknya kan? Kita memang selalu jumpa."
Farhan angguk sambil ketawa. "Betul, betul. Mak ayah aku pun datang tadi. Semoga Inara berjaya dengan SPM nanti," katanya, jujur dan mesra.
Fathiya senyum sambil mengangguk. "Terima kasih, Farhan. Inara mesti hargai sokongan kau ni."
Walaupun mereka sering berbual di tempat kerja, Fathiya hanya anggap Farhan sebagai rakan sekerja. Mereka selalu bekerja bersama, kadang-kadang berbual pasal hal kerja, kadang-kadang hal lain, tapi tiada apa-apa lebih dari itu. Cuma kawan sekerja yang baik.
Tiba-tiba, Tuan Hisham memanggil dari jauh. "Fathiya, tolong sikit kat dapur!"
"Baik, ayah," jawab Fathiya sambil bangun dan berjalan menuju ke dapur.
Masa Fathiya nak melangkah, dia sempat pandang sekali lagi ke arah Farhan. Tak ada apa-apa yang luar biasa dalam pandangan itu. Farhan hanya rakan sekerja yang hadir sebagai tetamu malam itu. Tak lebih dari itu. Fathiya cuma nak beri perhatian pada adiknya, Inara, dan peperiksaan yang semakin dekat. Farhan adalah kawan kerja yang selalu ada di sampingnya setiap hari.
Di dapur, Puan Alina tengah sibuk menghidangkan juadah untuk tetamu. Fathiya pun bantu seperti biasa, sambil melayani tetamu yang datang. Walaupun penat, hatinya tenang dapat membantu Inara dan keluarganya. Peperiksaan itu lebih penting buat Inara, dan Fathiya hanya mahu memberi sokongan penuh pada adiknya tanpa perlu memikirkan perkara lain buat sementara waktu.
Sedang Fathiya berdiri di dapur, dia melihat suasana agak riuh. Beberapa tetamu datang membantu Puan Alina, ada yang sedang makan sambil berbual, ada yang sedang lap pinggan dan menyusun semula hidangan yang telah habis. Fathiya pula, walaupun penat, cuba menolong mana yang patut sambil berbual dengan adiknya, Inara, yang juga turut membantu di dapur.
YOU ARE READING
HEART
RomanceUNDER MY HEART SERIES VOL 1 Known as "You are not my first love" Teuku Muhammad Azriel | Fathiya Ariena | Aariez Haikal " You're my first love." - Teuku Muhammad Azriel " Dont make a promise if you always break it, Azriel."- Fathiya Ariena " Jika, p...