15 || Armada Noah

59 12 29
                                    

Maliqie dan Angel berjalan berdua sekitar shopping mall itu . Mereka mengenakan pakaian yang sedondon tanpa sengaja memandangkan Angel baru habis class dan Maliqie baru balik dari meeting .

Angel memakai shawl berwarna cream bersama abaya berwarna red wine . Heels berwarna putih menjadi pilihan tunang Syed Maliqie itu . Manakala Iqie memakai kemeja berwarna senada dengan Angel . Memandangkan dia baru habis meeting jadi dia tidak sempat balik menukar baju kerjanya .

Mereka memasuki Habib Jewel .

" Hai Tuan , Cik . Ada apa-apa yang boleh saya bantu ? " soal pekerja perempuan itu mesra .

Angel membalas senyuman pekerja tersebut dan Maliqie masih lagi dengan muka tanpa perasaannya .

" One set jewelry reservation under Syed Muhammad Maliqie "

Pekerja itu mengangguk faham . " Oh tuan Syed . Im sorry , please wait for a second "

Mereka berdua mengambil tempat yang telah disediakan oleh Habib Jewel .

" Muka awak tu sayang cuba la senyum sikit . Takut la pekerja tu dengan awak nanti " tegur Angel . Wajah beku tunangnya dipandang .

Maliqie memang terkenal dengan wajah sejuk bekunya . Hanya dengan Angel dan ahli keluarganya sahaja dia akan tersenyum .

Maliqie tergelak mendengar teguran sang tunang . Tangan diangkat pasrah .

" Kalau nama dia Sharifah Angel Nur Safiya aku senyum la . Kalau bukan dia buat apa aku nak senyum ? buang masa je " jawab Maliqie yakin . Wajah tunangnya dipandang . Senyuman manisnya ditayangkan .

Angel tergelak kecil . " Banyak la awak . Ingat sweet ke ? " soal Angel malas . Walaupun sebenarnya Maliqie sangat manis dan caring dengan caranya sendiri .

Maliqie mengangkat bahunya . " Aku memang sweet dari lahir baby . Kau tak tahu ke " bangga Maliqie mengangkat bakulnya sendiri .

" Kalau aku tak sweet takdanya kau jatuh hati dengan aku sejak kecik kan . Tu cincin kat jari tu , aku yang ikat kau tau " tokoknya lagi bangga .

Cincin white gold yang tersarung dijari manis Angel dipandang .

" Yela sayang . Apa-apa jela . Awak kalau dah start angkat bakul sendiri mana reti berhenti " pasrah sahaja nada Angel menjawab . Sudah biasa dengan sifat Maliqie yang satu itu . Nasib baik dia sahaja yang boleh melihat sifat itu .

" Oh by the way sayang , awak ada tanya Noah tak bila majlis dia nak berlangsung ? Kita dulu atau dia ? " soal Angel . Memandangkan Maliqie dan Noah rapat jadi dia tanya sahaja pada tunangnya . Mana tahu Noah ada cakap apa-apa berkaitan majlisnya .

" Kalau ikut tarikh majlis kita jalan dulu since Noah takde letak tarikh lagi . Lagipun majlis kita lagi sebulan kan . Noah im not sure . Dia takde cakap apa-apa pasal majlis dia " beritahu Maliqie . Wajah cantik Angel dipandang .

" Lagipun dia masih dalam fasa untuk buat Cinta kenal dengan dia . Im not sure kalau diaorang akan kahwin dalam masa yang terdekat ni " tambah Maliqie lagi . Iya Noah tu beku . Nak mengorat pun tak pandai . Tambahan pula Noah tak pernah bercinta .

" Faham . Takpela kalau Noah kahwin dulu . At least saya tak langkah bendul " sengih Angel .

Maliqie hanya tergelak kecil melihat reaksi Angel . Tunangnya comel !

" Tuan syed , this is your jewelry reservation ." kotak baldu berwarna biru gelap itu diletakkan dihadapan Maliqie dan Angel . Gadis itu berdiri di hujung meja .

Biydadary Noah Rizqish - ON GOING -Where stories live. Discover now