Jam dipakaikan dipergelangan tangannya . Lalu beberapa cincin juga disarungkan dijari runcingnya . Cinta berdiri memandang pantulan nya dicermin . Dia memakai baju kemeja satin berwarna putih dipadankan dengan skirt paras lutut berwarna coklat gelap . Lengan kemejanya dilipat hingga bawah siku .
Rambutnya yang dibiarkan lepas itu dikemaskan lalu beg tangannya diatas meja diambil . Tidak lupa kunci butiknya didalam laci diambil . Dia melangkah keluar dari closet . Sempat Saint Laurent Opyum nya dicapai .
Dia melabuhkan punggungnya dibirai katil . Jam didinding dipandang . Baru pukul 11 pagi . Iphonenya yang dicharge diambil . Dimasukkan kedalam beg .
Memandangkan dia sudah berjanji kepada keluarga Noah semalam jadi dia harus membuka butiknya pada hari ahad . Kaki melangkah keluar dari biliknya . Pintu bilik ditutup lalu dia berjalan kearah tangga .
Sempat dia singgah di peti ais dan sekotak jus oren diambil . Tidak lupa juga cawan didalam kabinet dikeluarkan . Kerusi di island table top itu ditarik lalu dia duduki . Menuang jus oren kedalam cawan lalu dia minum . Membasahkan tekaknya yang terasa kering .
Setelah selesai dia meletakkan kembali jus oren itu didalam peti ais sempat dikerling barang didalam peti ais yang semakin mengurang . Ingin singgah beli barangan dapur sebelum balik rumah nanti . Lalu dia bergerak ke singki . Ingin membasuh cawan yang dia gunakan sebentar tadi .
Habis sahaja tugasnya dia bergerak ke island table top . Mengambil begnya . Dia berjalan keluar dari condonya . Setelah memastikan pintunya ditutup rapat dia melangkah ke lif .
Tiba sahaja dia basement dia menuju kearah Honda Civic nya . Pintu kereta dibuka lalu dia memboloskan diri kedalam kereta . Engine kereta dihidupkan . Dia panaskan seketika . Sempat diletakkan phonenya di phone holder . Lokasi rumah Noah dimasukkan kedalam apps waze itu kemudian kereta nya meluncur keluar dari kawasan condonya .
Hampir 25 minit memandu akhirnya pintu pagar tinggi itu menyapa pandangannya . Rumah Noah kelihatan lain pada siang hari . Nampak lebih mewah .
Pintu gerbang besar itu akhirnya terbuka dari dalam apabila keretanya tiba dihadapan pagar . Tingkap diturunkan . Ingin menyapa pekerja Luth .
" Selamat pagi pak mat " sapa Cinta mesra . Tangannya dilambaikan kearah lelaki bernama pak mat itu .
Lelaki tua itu melambai kearah Cinta kembali sambil tersenyum . " Selamat pagi cik Cinta " sapanya kembali .
" Ewah ewah nak bercik-cik pula dengan saya pak mat ni . Panggil Cinta je pak mat . Panggil Cik Cinta saya rotan tangan pak mat nanti " usik Cinta nakal . Muka dia garangkan seketika lalu terletus ketawanya apabila pak mat tertawa .
" Baik Cinta . Cinta dah sarapan ke ? " soal pak mat mesra . Dia suka dengan calon menantu sulung keluarga boss nya ini . Walaupun cantik dan tampak seperti anak orang kaya , Cinta tetap mesra dengannya dan hormatnya sebagai orang yang lebih tua . Senang dengan sikap Cinta .
" Dah . Cinta sarapan roti bakar . Pak mat dah breakfast ? " soal Cinta pula . Tubuh disandarkan dipintu kereta lalu kepalanya diletakkan diatas tangannya yang elok terletak diatas cermin keretanya .
" Dah pak mat dah sarapan . Isteri masakkan mee goreng . Sedap Cinta . Cenggini " jawab pak mat pula . Ibu jarinya diangkat tanda sedap .
Cinta tertawa melihat gelagat orang tua dihadapannya ini . Pak mat juga tertawa melihat Cinta tertawa . Mereka berdua sakan berborak .
Noah yang baru sahaja melangkah keluar dari pintu rumahnya itu memandang kearah kereta berwarna kelabu itu . Dia kenal dengan kereta itu . Dari jauh dapat dilihat Cinta mesra berborak dengan pak mat .
YOU ARE READING
Biydadary Noah Rizqish - ON GOING -
Action3th Masterpiece Under The Mafia series - Another story that sad and true Syed Noah Muhammad Rizqish || Cinta Armada Tristen STATUS || ON GOING START || 22 OCTOBER 2021 END || Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr