24 : Balas

7 2 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Najmuddin mengeluh.

"Kau tak tidur semata-mata nak buat plan gila?" Najmuddin masuk ke dalam bilik Afif.

"Kau kenal aku." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Afif.

"Af, abang angkat kau dekat UK tu apa khabar?" Tanya Najmuddin. Dia mengambil tempat di sisi Afif.

"Lagi dua minggu dia nak kahwin." Afif ketawa perlahan.

"Kau tak pergi?" Tanya Najmuddin lagi.

"Aku ada hal dekat sini." Afif hanya tersenyum.

"Af, kau pergi jelah. Tak payah kisahkan kita orang."

"Naj, dua tahun aku tak balik. Dua tahun aku tinggalkan kau orang, tinggalkan tanggungjawab aku, sampai hari mama dah tak ada pun aku masih pentingkan diri. Jadi takkanlah aku nak tinggalkan kau orang lagi?" Afif menggeleng.

"Kita pergi sama-sama?"

"Aku tak nak bahayakan kita," jawab Afif.

"Afif..."

"Naj, aku yang bersalah dalam kisah kita. Aku villain yang pakai topeng manusia." Afif memandang tepat ke dalam mata Najmuddin.

"Kenapa Af?" Najmuddin bingung.

"Yang bunuh mama tu aku, Naj. Kalau bukan sebab nak selamatkan aku, mama mesti hidup lagi."

Najmuddin terpaku.

Hati perasaan atau logik patut dia menangkan?

"Apa yang jadi pada ayah pun salah aku. Aku yang kejar kereta pembunuh upahan tu..." Afif jeda. Tidak tahu ingin menyusun kata.

"Af..." Najmuddin terdiam.

"Aku, Naj. Aku. Sebab tu aku nak balas, jadikan dia kambing hitam. Kelakar, kan?" Mata Afif memerah. Tatapannya kosong.

"Naj, tolong benci aku. Aku tak suka. Aku tak layak digelar baik. Aku jahat." Afif menunduk.

"Kau baik ke jahat, kau tetap adik aku..." Najmuddin mati kata. Perasaannya bercampur baur.

"Haha, kau sebenarnya keliru nak sebut tu kan? Sebab kau manusia juga, ada rasa marah dan dendam. Jadi benci aku, Naj. Ain, Ghaffar, Luq, semua perlu benci aku. Tak kau kata apa, tapi akhirnya tetap aku yang salah." Tubuh Afif menggigil. Air matanya mengalir.

"Aku tak benci kau, Af. Bukan salah kau, itu takdir." Najmuddin memegang bahu Afif.

"Aku benci diri aku Naj. AKU BENCI!" Afif mencampakkan buku di atas katilnya. Dia menepis tangan Najmuddin dan membaling bantalnya.

Najmuddin terkejut. Dia cuba mengawal Afif.

"Naj, keluar... Aku tak nak cederakan abang aku sendiri..." Afif merayu.

"Af..." Najmuddin memeluk Afif dari belakang, mengunci pergerakan adiknya.

"Biar aku hilang kawalan kejap. Kau keluar, tolonglah. 5 minit je." Afif merayu lagi.

"Jangan cederakan diri kau, boleh?" Soal Najmuddin.

"Aku cuba."

Najmuddin perlahan meleraikan pelukannya dan melangkah keluar. Dia baru sedar, bilik Afif kedap bunyi. Entah bila Afif menambah fungsi itu dia pun tidak tahu.

Sebaik sahaja Najmuddin menutup pintu, Afif terus membaling dan menumbuk bantal-bantalnya. Dia duduk bersandar pada dinding dan memeluk lutut.

"BENCI AKU, AKU YANG SALAH! AKU JAHAT!" Afif memukul-mukul lututnya. Dia terbaring dengan nafas tercungap-cungap.

Setalamz : Nanti...Where stories live. Discover now