Lagu yang Adwa dengar masa tulis bab ni: Rela by Shannon
Pasang lagu ni dulu baru baca tahu?! Pakai earphone! Btw, cuaca hujan ni main peranan eh... Hihihi Okay, happy reading!
*Kau orang, Adwa nak tanya sikit boleh? Apa idea paling efficient untuk healing eh? Hahahahaha! Lama pulak tak pergi healing...
****************
"Rider! 3 o'clock!"
Shoot!
"Argh!" Aqeel mengerang.
Bunyi wisel kedengaran. Tumbukan diberikan ke tanah yang tidak bersalah. Kemudian, kedengaran suara gelak tawa daripada pasukan lawan.
"Hahaha! Tuan mengelamun dah kenapa? Kan dah kalah."
"Itulah itu. Tak pernah-pernah tuan hilang fokus macam ni."
"Diamlah kau." Aqeel menolak kepala mereka berdua yang masih mengekek mentertawakan Aqeel.
Pasukan Alpha pula berjalan mendekati Aqeel. Itu tidak menakutkan sangat. Tetapi, ada yang lebih menakutkan. Wajah serius Zach menyapa pemandangan. Kepala yang memandang ke hadapan terus tertunduk menekur tanah.
"Kau kenapa dua tiga hari ni? Asal kau tak boleh fokus?"
"Maaf, tuan."
"Fokus, Aqeel. Kalau kau buat macam ni masa operasi... Bukan setakat nyawa kau malah boleh jadi nyawa kita semua melayang. Faham?"
"Faham, tuan!"
Pasukan Alpha mula berjalan mengekori langkah Zach menuju kembali ke kem. Hari ini tepat dua minggu mereka menjalankan operasi menumpaskan sindiket pelacuran di sempadan negara. Selesai latihan, mereka kembali ke bilik bujang untuk beristirahat sebentar.
Masuk sahaja ke dalam bilik bujang itu, masing-masing membaringkan badan di atas katil. Mereka sudah kepenatan dengan latihan yang seperti tiada penghujungnya. Zach melelapkan sebentar matanya manakala anak-anak buahnya yang lain sedang berbual-bual.
"Zach..."
Dahi Zach berkerut sedikit. Ada suara yang kedengaran agak sayup menembusi koklea telinga.
"Zach... Kau tidur ke?"
Zach mencelikkan matanya dan mengintai di sebalik lengan sasa yang menutup mata. Kelihatan wajah Aqeel sedang merenungnya di sebelah katil bujang tempat Zach sedang terbaring. Kening Zach terjungkit sedikit ke atas.
"Kenapa?"
"Aku nak tanya ni..."
"Apa dia?"
Zach menjawab lalu mata kembali dilelapkan. Dia mendiamkan diri memberi ruang kepada Aqeel untuk meneruskan pertanyaannya. Kedua-dua kelopak mata Zach terasa berat menahan rasa mengantuk. Sudah beberapa hari dia tidak dapat melelapkan mata. Setiap malam dia seperti cacing kepanasan sewaktu berbaring di atas katil. Mata terpejam tetapi tidak lena. Tubuh berpusing ke kiri dan ke kanan. Setiap beberapa saat, dia akan mengubah posisinya dan keluhan tidak lekang daripada bibirnya.
"Kau ada skandal eh?"
Terbeliak biji mata Zach mendengar kenyataan Aqeel. Kekasih pun tidak ada, mana datangnya ada skandal?
ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AzioneKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...
