"Hai Puan Arissa, Tuan Alex." Penjaga rumah itu senyum manis dan sedikit menunduk kepada Arissa dan Alex setelah mereka berdua melangkah keluar dari kereta.
Arissa hanya membalas semula senyuman pakcik Sabri itu dan Alex hanya menayang muka ketatnya seperti biasa.
"Nak saya simpan kereta dalam garage ke?"
"Eh no need. Abang Alex singgah kejap je ni nanti dia balik rumah daddy." Beritahu Arissa kepada pakcik Sabri itu.
"Alright Puan."
"Abang Alex kenapa tercegat lagi dekat kereta tu sinilah masuk cepat." Arissa menarik lengan Alex untuk memasuki rumah Adyan tetapi lengan gadis itu dilepas lembut.
"Takpe Rissa masuk je abang dah nak balik." Beritahu Alex kepada adik perempuannya itu.
"Ahhh kenapa? Taknak Rissa nak abang masuk sekali, jomlah jumpa abang Ad kejap." Gadis itu kembali memegang lengan kanan abangnya.
"Taknak Rissa.. Rissa tahu kan abang dengan abang Ad macam mana.." beritahu lelaki itu lembut.
"Ish habistu? Takkan korang nak selamanya macamni? Adik beradik tapi bermusuh-musuhan, bagus ke macamtu? One of you has to lower your ego. Kalau tak sampai bila-bila pon korang takkan berbaik. Jomlah takpe Rissa ada." Dia menarik lengan lelaki itu masuk kedalam. Alex hanya pasrah.
"Assalamualaikum abang Ad Rissa dah balik!!" Jerit Arissa seusai menolak dedaun pintu rumah itu dan melangkah kaki masuk kedalam bersama beberapa barangan shopping. Takdelah banyak mana satu bag coach, satu bag Louis Vuitton dan satu lagi beg Gucci.
Semua Alex yang belanja."Abang!! Where are you !!"
"Ye Rissa aku ada je ni dekat sini." Adyan datang dari arah kanan mereka.
Pandangan Adyan kini tertumpu kepada Alex yang berada disebelah Arissa. Ditenungnya lelaki itu lama.
"Rissa."
"Ye abang Ad?"
"Naik atas. Mandi. Nanti turun balik bila abang panggil."
"Erm..okay. tapi..abang jangan buat benda bukan-bukan ye?" Arissa sudah mula risau, macam dia tak kenal Adyan macam mana bila jumpa Alex.
"Ye don't worry. Dah naik atas cepat."
Arissa ikut sahaja arahan Adyan, sesekali dia menoleh belakang semula, ingin memastikan kedua abangnya itu baik-baik sahaja. Setelah Arissa hilang dari penglihatan Adyan menoleh ke arah Alex semula.
"I have something to talk about." Ujar Adyan kepada Alex sebelum langkah dibawa ke ruang tamu.
Mereka berdua melabuhkan punggung duduk di sofa. Masing-masing hanya diam dan pandang ke hadapan sebelum akhirnya Adyan yang bersuara.
"Aku..nak minta maaf."
Alex yang mendengar itu memaparkan reaksi wajah sedikit tidak percaya.
"Tak payah terkejut sangat. I just...realized that what happened all this time wasn't your fault. My twin brothers died... not because of you, I admit that this is all my fault, salah aku sebab letak semua yang terjadi berpunca dari kau. Aku tak sepatutnya bencikan kau Alex. You're still my brother and aku taknak kita macamni sampai bila-bila jadi aku turunkan ego aku untuk minta maaf pada kau."
Suasana kembali diam seketika sebelum akhirnya Alex pula yang bersuara.
"Nah.. it's okay. Aku tak kisah pon kau berhak marah aku, kau marah pon sebab masih tak dapat terima kenyataan bila dapat tahu 3 orang abang kembar kau mati sebab mommy nak selamatkan aku, that's mean kau sayangkan abang-abang kandung kau yang lain. Takpe Ad aku tak pernah benci kau, sebab aku tahu tempat aku dekat mana."

YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...