"Kemungkinan Afif demam disebabkan tekanan melampau. Alhamdulillah tiada yang terlalu serius. Jadi buat masa ni kalau boleh jangan beri dia berfikir sangat. Jangan bagi dia buat kerja berat, dan pastikan Afif rehat dengan cukup. Kalau keadaan makin teruk bawa Afif ke sini semula ya. Nanti ambil ubat di kaunter." Panjang lebar doktor lelaki 30-an itu memberi penjelasan.
"Terima kasih doktor." Syahira keluar dari bilik doktor klinik itu. Hanya dia yang masuk, kerana Afif sudah tidak larat.
Syahira mengeluh. Terasa gagal menjaga anak saudaranya. Dia mengambil ubat di kaunter sementara Najmuddin dan Ghaffar membantu Afif masuk ke dalam kereta.
"Afif, nak beli makanan apa-apa ke?" Syahira bertanya seraya memakai tali pinggang keledar. Ain di sisi Syahira berpaling melihat kembarnya.
"Tak selera," jawab Afif lesu. Dia bersandar pada bahu Ghaffar.
"Tak apalah, balik nanti Mak cik Syah masakkan bubur. Ni kalau pening ke nak muntah ke cakap, Naj pun alert eh. Kita gerak balik tau? Bismillah..." Syahira membaca doa memulakan perjalanan. Dia tidak memandu laju seperti biasanya. Risau Afif pening dengan keadaan jalan.
Apabila mereka tiba di rumah, Afif terus meminta ingin baring di ruang tamu. Tidak larat dan tidak mahu menyusahkan katanya.
"Ghaffar, tolong mak cik masak bubur. Naj, pukul 12 bawa Luqman pergi appointment. Ain jaga Afif ya." Syahira mengusap kepala Ain. Dia berlalu ke dapur bersama Ghaffar.
"Af, cepat sikit sihat weh. Baru sehari kau sakit aku dah rindu nak gaduh." Ain duduk bersila di atas lantai sambil bersandar pada sofa.
"Aku belum mati." Afif tetap menjawab.
"Kau ni sihat ke tenat ke tetap nak menjawab kan?" Ain menjeling Afif.
"Jeling lah selagi boleh, aku tak ada nanti kau jeling lelaki kaya tau?" Afif tersengih.
"Tak nak aku nak tinggalkan kau dulu." Ain mengembungkan pipinya.
"Aku dulu."
"Aku!"
"Yang tua dulu..."
"Meninggal tak kira usia!"
"Tapi aku tak nak hilang kau."
"Kau ingat aku nak ke!?"
"Jom pindah alam sama-sama!"
"Jom!"
Najmuddin dan Luqman tercengang. Baru pertama kali melihat adegan sedemikian.
"Nak kata bongok tapi dua-dua top student." Luqman mengeluh.
"Aku tahu kau orang tak ada idea nak gaduh apa, tapi sekurangnya gaduhlah pasal siapa lagi tinggi ke..." Najmuddin tidak sempat menghabiskan kata.
"Sah-sahlah Ain yang tinggi." Ain mencebik bibir.
Najmuddin dan Luqman mengeluh sebelum akhirnya mereka memilih untuk melangkah keluar dari hatinya.
Eh salah.
Mereka keluar untuk ke hospital bagi temu janji Luqman dengan doktor.
"Dalam mimpi, ketot." Afif menjeling Ain.
"Aku tinggi lah untuk kategori perempuan."
"Kau tetap ketot di mata aku."
"Kau terbantut nanti baru tahu." Ain akhirnya mengalah. Dia tahu dia takkan menang melawan hujah Afif.
Tiba-tiba telefon Ain berdering. Nama Qizz tertera.
Qizzayang
"Nama contact serupa couple." Afif mencebik.

YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...