Ain mengeluh. Di sisinya, ada Afiqah yang terus menangis. Dhariz masih terbaring lemah di atas katil hospital.
"Ain percaya ke dengan Helena?" Syahira bertanya.
"Ain dah tak tahu... Ain penat..." Ain menangis. Dia sudah lelah dengan sandiwara kehidupan.
"Ain pergilah solat dulu. Minta petunjuk daripada Allah. Solat istikharah pun boleh." Syahira mengusap bahu Ain, penuh kasih.
Ain hanya mengangguk. Dia terus menuju ke surau.
Sementara itu di rumah, Afif terjaga dari lenanya. Dia berasa lebih baik.
"Ghaffar, fon aku mana?" Afif terus bangun namun dia terbaring kembali kerana merasa pening.
"Kenapa?"
"Aku rasa tak sedap hati."
"Nah." Ghaffar menghulurkan telefon Afif.
Afif terus membuka Whatsapp. Dia melihat mesej banyak daripada Dhariz. Satu persatu dia teliti, dan dia mengetap bibir.
"Kenapa?" Tanya Ghaffar.
"Tak adalah, aku risaukan Ain. Tapi dia okey je." Afif mengeluh.
"Aku dapat rasa Helena main ilmu." Afif memandang Ghaffar.
"Apahal?" Membulat mata Ghaffar.
"Mimpi aku pelik. Lepas tu aku dapat rasa ada aura tak sedap dekat belakang rumah." Afif mengeluh.
"Nanti kita minta Ratna tengokkan."
"Ain tak marah ke?" Berkerut dahi Afif.
"Entah. Hmm esok sekolah... Aku risau lah." Ghaffar pula mengeluh.
Di hospital...
Ain berkali-kali mendail nombor Qizz, tetap tidak diangkat.
"Dahlah Ain, kau sendiri tahu Qizz tu macam mana. Kalau dia tak suka dia memang takkan kisah," pujuk Afiqah.
"Aku pun benci tapi... Aku tetap tak nak percaya dengan Helena..."
"Kita dengar cerita Dhariz dulu, okey? Dah biar je Qizz tu. Dia tahu nak hidup." Afiqah memeluk bahu Ain. Mereka berdua sama-sama gusar akan petaka yang tiba-tiba melanda.
"Sayang I dah bangun ke?" Helena muncul tanpa rasa bersalah.
"Rissa, kau buat apa dekat sini?" Ain berdiri.
"Saja, tengok ayah anak I."
"Rissa, kau bangga sangat ke dengan apa kau dah buat?" Ain mengeluh.
"Selagi aku boleh buat kau sengsara, aku sanggup Ain."
"Rissa... Aku tahu kau tak jahat macam ni. Tolonglah Rissa aku dah penat dengan semua drama kau..."
"Aku takkan puas selagi kuasa kau tak jatuh pada tangan aku." Dingin suara Helena. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
Telefon Ain berdering. Nama Afif tertera.
Ma Beloved Twin
"Af?" Ain mengangkat panggilan itu.
"NGEK JANGAN DEKAT DENGAN HEL–"
Mulut Helena terkumat-kamit sebelum Ain terundur beberapa tapak. Telefonnya hampir melayang.
"HELENA GUNA ILMU HITAM. LARI!" Panggilan terputus. Ain memandang Helena dengan pandangan tidak percaya.
"Helena Marissa... Kau betul-betul sanggup menduakan tuhan kau?" Air mata Ain turun membasahi pipi.
"Aduh, buat-buat tak tahu pula. Tapi kau pun guna sihir juga, kan?" Helena meniup kuku. Rambutnya diselit ke belakang telinga.

YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...