Sambungan Pengorbanan-4-
_________________________Setelah selesai bersihkan diri, Aifa teringat akan pesan suaminya. 'Lepas mandi kau datang dekat aku' itulah yang terlintas di kotak minda Aifa sejak keluar dari bilik air. Aifa lihat di sekeliling bilik. Tidak ada kelibat Kheairil. Aifa pantas menukar pakaian dan keluar dari bilik untuk mencari Kheairil.
"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia. Eh! Apa kena kau ni Aifa kutuk suami sendiri. Ingat Aifa buruk macam mana pun dia. Dia tetap suami kau. Syurga kau di bawah telapak kaki suami."Aifa bermonolog keseorangan.
"Baguslah. Kalau kau tahu syurga kau bawah tapak kaki aku ni."Seperti ada suara yang menjawab.
Gulppp! Aifa menelan air liurnya dan memusingkan badannya ke belakang. Aifa mendapati Kheairil sedang berdiri tegak betul-betul berhadapan dengan mukanya. Jarak mereka hanya sejengkal! 'Tamat lah riwayat kau Aifa!' Getus hati Aifa. Aifa kaku. Kheairil mendekatkan jarak antara mereka berdua.
"Jom turun." Ajak Kheairil dengan sikap acuh tak acuhnya itu.
Aifa hairan. 'Selalunya aku ni mesti kena sembur balik. Tapi asal dia diam jer eh. Siap ajak turun lagi tu. Okay, ni misteri!' Jerit Aifa di dalam hati. Aifa terus mengikut Kheairil dari belakang. Sehingga sampai di hadapan sofa di ruang tamu milik mereka. Kheairil sudah mendapatkan tempat di atas sofa. Aifa masih lagi kaku dan berdiri di hadapan sofa tersebut.
"Aduhai. Kau ni dah kenapa? Sofa tu aku beli bukan untuk berdiri dekat depan dia. Aku beli untuk duduk atas dia." Jerkah Kheairil sambil membuat muka tanda menyampah.
'Haaa! Ni baru lah suami aku. Kaki tengking. Hahahaha!'Ketawa hati Aifa sambil tersengih-sengih sendirian.
"Woi! Kau ada apa hal? Gila pulak ke? Nak aku hantar hospital sakit jiwa ke macam mana ni?" Jerit Kheairil sambil menunjal dahi Aifa.
Lamunan Aifa tersentak dek kerana perbuatan Kheairil. "Adoi! Awak ni, sakit lah. Awak cakap apa tadi?" Tanya Aifa sambil menggosok-gosak dahinya.
"Tulah kau. Aku cakap pun dah tak tahu apa. Stress aku dengan kau ni. Duduk lah! Cakap banyak pulak." Dengan selamba Kheairil menarik tangan Aifa duduk di sampingnya.
"Yelah yelah. Tak payah la marah. Nanti cepat tua. Tak handsome dah suami saya ni." Jawab Aifa dengan bersahaja. 'Opps! Apa aku cakap ni.' Jerit hatinya.
Guess what! Kheairil blushing. Terus berubah air mukanya yang sedang menyinga menjadi mengiau. Mungkin kerana malu dengan usikan Aifa sebentar tadi. Aifa yang telah terlepas cakap pantas memecahkan kesunyian yang baru melanda. Aifa juga perasan air muka Kheairil berubah.
"So, kenapa awak panggil saya datang kat awak lepas mandi?" Tanya Aifa untuk menutup malu.
"Err... Oh... Baring kat sini." Kheairil mengambil bantal yang berbulu comel itu dan letak di atas ribanya sambil menepuk-nepuk bantal itu.
Aifa tergamam. "Err.. Awak nak saya tidur atas bantal tu ke?" Tanya Aifa.
"Heishhh! Kau ni memang banyak cakap kan? Aku gunting mulut kau tu nanti lansung tak boleh cakap baru kau tahu." Jawab Kheairil dengan keadaan yang menggelegak.
Aifa dengan segera merebahkan kepalanya di atas riba Kheairil yang berlapik bantal berbulu itu kerana takut akan leteran yang akan didengarinya jika ingkar dengan 'perintah' suaminya sendiri.
Kheairil membuka balutan di kepala Aifa. Aifa mengaduh sakit."Awww! Sakit awak. Slowly please." Pinta Aifa dengan suara yang mendatar.
"Yelah. Aku pelan la ni. Kau tu yang lembik. Sentuh sikit jer pun dah sakit." Jawab Kheairil dengan sindirannya yang agak 'pedas'.
Kheairil mencuci luka yang dibalut itu kemudian dioleskan sedikit iodin dan menutup kembali balutan itu menggunakan kapas. Apabila Kheairil selesai menukar balutan luka itu, Aifa dengan pantas bangun ke atas dan secara tidak lansung Kheairil juga tunduk ke bawah untuk mengambil penutup iodin yang telah jatuh di kaki sofa itu.
Bukkk! Badan Aifa hampir terhempas ke peha Kheairil tapi sempat dipaut bahagian belakang badan Aifa oleh Kheairil. Aifa berada di dalam pelukan Kheairil. Erat. Rambut Aifa menutupi separuh wajah Aifa. Comel! Cantik!
Kheairil menelan air liurnya kerana wajah Aifa betul-betul berada di hadapannya. Dengan kecantikkan Aifa lagi membuat iman Kheairil terganggu. 'Astagfirullahalazim! Sabar Kheairil. Kau takkan sentuh perempuan macam dia ni.' Getus hati Kheairil.
Lama Aifa berada di dalam pelukan Kheairil. Masing-masing terkaku dan tergamam.
1 saat....
2 saat....
3 saat....Ting tong! Ting tong! Ting tong! Kedengaran seperti bunyi loceng rumah. Lamunan mereka tersentak. Aifa dan Kheairil bangun dan membetulkan kedudukan masing-masing. Sebenarnya, dua-dua orang blushing. Aifa segera ke pagar rumah untuk melihat siapakah gerangan yang telah menekan loceng rumahnya di saat tengah bahagia begini.
"Mama! Papa! Ibu! Ayah! Abang!" Aifa menjerit dan terlompat-lompat kegirangan seperti budak tadika kemas. Kesemua nama disebutnya.
Aifa menyalami satu persatu ahli keluarganya itu."Eh dik. Suami kau mana? Khe biar kau keluar sorang macam ni ke?" Tanya abang Iltizam.
"Tu lah bang. Adik abang ni haa, degil sangat nak tolong bukakkan pagar tadi. Tak padan dengan sakit." Kedengaran satu suara dari pintu rumah. Kheairil melangkah laju ke arah mereka dan merangkul pinggang Aifa.
'Sabar Aifa sabar.' Hanya itu yang mampu dibisik melalui hatinya. Aifa memberi senyuman palsu kepada Kheairil. "Hehehe. Betul la tu bang Il. Bosan la duduk dalam rumah tu." Balas Aifa. Tanpa sempat abang Iltizam ingin menjawab, Aifa segera memotong dan mengajukan soalan kepada ahli keluarganya kerana takut akan soalan cepu cemas abangnya itu. "Kenapa semua datang tak bagi tahu pun." Tanya Aifa dengan mimik muka yang agak hairan.
"Hai. Takkan nak datang rumah anak menantu sendiri pun dah tak boleh? Ganggu ke korang nak berdating?" Tanya Dato' Hisyam. Alahai! Satu lagi soalan cepu cemas.
Aifa terdiam. "Hahahaha! Takdelah pa. Kalau semua nak datang hari-hari pun boleh." Jawab Kheairil atas sebab ingin menutup sikap cemas Aifa.
"Haihh. Takdelah, kita orang datang sini nak tengok Aifa. Okay ke tidak. Maklumlah, orang tu kan sakit lagi." Jawab Iffah.
"Hmm. Khe sedar Khe ni sape. Semua yang nak datang ni sebab nak tengok Fa je. Khe ni takde sape pun nak tengokkan." Jawab Kheairil dengan nada rajuk sambil memuncungkan bibirnya ke hadapan.
"Alololol, anak mama ni. Dah ada isteri pun reti merajuk lagi ke?" Tanya Datin Marlia.
"Iye, ma. Abang selalu macam tu. Boleh kata hari-hari dia merajuk. Fa pun dah tak larat pujuk." Balas Aifa. 'Padan muka! Tadi kenakan aku kan.Rasakan!'
Suasana menjadi hingar-bingar dengan ketawa milik ahli keluarga mereka apabila Aifa memberitahu perangai Kheairil yang lansung tidak berubah sejak berkahwin.
'Oh! Kau kenakan aku balik ye. Just wait and see!" Jerit hati Kheairil.
•••••••••••••••••••••••••••••••••
Writer: Husnahelmy😘
Sorry sebab lambat gila gila gila gila nak update. Cuti raya katakan. Ni pun mood raya tak habes lagi. Btw, hope u guys like this chapter la eh. MAAF ZAHIR BATIN! sempat lagi kan. Ngehngehngeh.VOTE•COMMENT
YOU ARE READING
Pengorbanan
Romance"Tadi bukan main lagi cakap pasal Kirana Zirane bagai. Pastu, tetibe lak nak suruh aku datang dekat dia. Dia lupa ke apa yang dia baru maki hamun aku tadi. Aku nak mogok pun dah tak boleh. Jujur, aku tak paham lansung apa yang ada dalam kepala dia...