Pengorbanan-6-

396 17 0
                                    

Setelah selesai keluarga Aifa dan Kheairil bertandang di rumah mereka untuk beberapa hari dan hari ini hari yang paling gemuruh untuk Kheairil Affan. Zarul dan Iffah mengajak mereka semua ke Pahang untuk bermalaman di sana oleh kerana keluarga mertua Kheairil ingin membuat makan bersama menantu baru.
"Aifa please tolong aku. Kau jelah penyelamat keadaan aku sekarang ni. Aku taknak balik rumah kau. Kerja aku dekat sini pun tak settle nak pergi bercuti pulak. Please weh." Pinta Kheairil dengan muka yang cemberut.
"Awak banyak kerja ke.. Awak takut tinggal dekat kampung? Lagipun kalau awak banyak kerja sekalipun, awak anak pemilik syarikat. Apa ada hal kalau awak tak pergi setahun pun kan?" Sindir Aifa sambil mengankat sebelah keningnya.
"Ouh. Pandai melawan kau sekarang kan? Dulu aku cakap sikit, nangis. Cakap sikit, nangis. Sekarang, bukan main kau eh!" Jawab Kheairil dengan perasaan amarahnya.
"Kalau awak nak tau kan, cita-cita saya waktu tingkatan dua dulu nak jadi pakar psikologi. Saya pernah belajar, kalau nak berinteraksi dengan patient, kena selalu main psiko dia. So, sekarang saya tengah terapkan asas-asas tu sebabnya patient tu dah ada depan mata." Jawab Aifa sambil menyengih ke arah Kheairil sambil dikecilkan matanya.
"Wait, wait, wait! Sekarang ni kau nak cakap yang aku ni pesakit mental lah?" 'Pesakit mental' ditekankan sambil matanya dijegil ke arah Aifa.
"Saya tak cakap. Awak yang cakap. Lagi baik awak tolong saya kemas baju awak ni. Awak pilihlah yang mana awak nak bawa balik. Saya kemaskan." Aifa cuba mengalih topik perbualan.
"Weh. kau tau tak kalau seorang isteri tak dengar cakap suami sendiri dia dikira sebagai isteri derhaka? Get it?" Bentak Kheairil.
"Awak pulak tahu tak kalau seorang anak taknak dengar cakap mama, papa, ibu dan ayah sendiri dikira sebagai anak derhaka? Dah la awak, saya penat nak gaduh dengan awak. Saya takda niat nak jadi isteri derhaka. Tapi kalau ini jalan rumah tangga kita berdua. Saya redho. Maafkan saya." Suara Aifa kian mendatar. Tidak seperti kali pertama dia berbalas kata dengan Kheairil. Kheairil pula berasa sebersalah dengan diri sendiri. Kheairil sendiri buntu sebersalah dengan Aifa ataupun keluarganya. 'Ahh! Lantak lah' Bicara hatinya.

•••••••••••••••••••••••••••••••

Semenjak pertelingkahan yang telah berlaku semasa Aifa dan Kheairil sedang mengemas baju sebentar tadi, Aifa hanya mendiamkan diri. Kheairil tidak berani bertanya. Takut dirinya disindir kerana kebelakangan ini Aifa rajin menjawab semua cemuhan yang dicipta oleh dirinya sendiri.
"Jalan kampung memang macam ni ke? Berlopak sana sini. Jalan ni pun dah macam muka kau je. Lubang sana sini." Kheairil sengaja ingin menyakitkan hati Aifa supaya Aifa memulakan perbualan.
Diam. 'Sabar Aifa sabar. Sabar separuh daripada iman.' Jerit hati Aifa.
"Hoi! Aku tanya kau ni. Bukan aku tanya tayar kereta ni." Jelas Kheairil.
"Tu. Dah sampai. Jangan langgar pulak rumah saya." Sindir Aifa dengan acuh tak acuh tanpa menghiraukan pertanyaan Kheairil kerana melihat suaminya itu sibuk mengutuk sehingga tidak melihat cermin hadapan.
"Kau ingat aku buta macam kau ke?" Balas Kheairil.
Diam.

•••••••••••••••••••••••••••••••••
Selepas sampai di halam rumah, Aifa segera keluar dari perut kereta kerana sudah pedih telinganya menahan kutukan-kutukan dari suaminya itu. Aifa segera mendapatkan ibu dan ayahnya.
"Ibu! Ayah! Rindunya. Abang mana?" Tanya Aifa sambil menyalami dan memeluk mereka berdua.
"Rindu konon. Baru je berapa hari ibu ayah balik dari rumah Fa. Abang Il pergi rumah Athar amek barang." Jelas Zarul sambil menepuk-nepuk belakang anak perempuannya itu.
"Haa nih. Kenapa tak ajak si Khe tu naik sekali?" Tanya Iffah.
Gulp!
"Eh takpe bu. Khe nak bawa naik bagasi kitaorang ni." Laung Kheairil kerana terdengar perbualan mereka anak beranak.
"Dah tu. Yang kamu ni Fa tak reti tolong suami ke? Tanya Zarul.
"Heheheh. Nak tolong la ni yah. 'Ter'excited pulak nampak ibu ayah tadi." Jawab Aifa sambil menyengih.
Aifa segera berlari anak ke arah Kheairil.
"Ada benda nak kena tolong tak?"Tanya Aifa kepada Kheairil.
"Kau tolong semak boleh la." Balas Kheairil dengan selamba.
"Saya bukan nak gaduh." Jawab Aifa mendatar.
Kheairil diam.
"Dah la. Awak angkat jelah dengan kudrat yang awak ada. Saya masuk dulu." Tambah Aifa. Dia sudah lali dengar hinaan Kheairil kepadanya.
'Dah kenapa minah ni. Takkan marah pasal pagi tadi? Eish, lantak dia la' Desis hati Kheairil.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••
Jam sudah hampir 8.45 malam. Aifa, Kheairil, Zarul, Iffah dan Iltizam sudah berada di meja makan untuk makan malam keluarga. Walaupun keluarga Aifa hanya beberapa orang tetapi suasana di rumah mereka amat riuh rendah.
"Sedap betul ikan patin ni bu. Pandai betul ibu masak kan. Kalau lagi dua tiga hari Kheairil duduk sini. Mahu naik 10 kilo" Seloroh Kheairil.
"Haii... Bunyi tu macam tak pernah makan. Isteri Khe tak masak ke kat rumah?" Tanya Iffah.
"Entah masak ke tak la kau ni dik. Suami macam tak makan 10 tahun je abang tengok." Sindir Iltizam.
Aifa hanya tersenyum sinis. Menyampah dengan lakonan suaminya.
"Orang cakap diam je. Ni mesti datang bulan. Opss!" Seloroh Iltizam lagi. Seronok agaknya usik adiknya itu.
"Ish kau ni Il. Kalau jumpak jer mesti nak cari gaduh kan." Marah Zarul.
"Haihh. Kalau macam tu, tak kesampaian la ibu nak ada cucu." Sampuk Iffah.
Kheairil hanya menjeling ke arah Aifa. Aifa tidak memberi respon.

••••••••••••••••••••••••••••••••
Usai makan malam, Aifa membasuh kesemua pinggan yang diguna ketika makan malam sebentar tadi. Iffah mengemas bahagian dapur manakala Zarul, Iltizam dan Kheairil di bahagian ruang tamu untuk menonton televisyen telemovie 'Hantu Selfie' di astro Ria.
"Ibu. Fa dah habis basuh pinggan ni. Fa masuk bilik dulu la. Sakit kepala lah pulak." Pinta Aifa untuk meminta diri.
"Haa. Yelah pegilah rehat." Jawab Iffah.
Selepas masuk ke dalam bilik, Aifa segera melabuhkan punggung di atas katil. Aifa terlihat di ruang meja soleknya bersebelahan dengan birai katil itu tersergam gambar kahwin dia dan Kheairil. Aifa mengambilnya lalu kembali ke atas katil. Aifa sebak memikirkan situasi dirinya selepas menjadi isteri Kheairil. Aifa sandar di hujung katil sambil memeluk lutut. Ditekup mukanya ke dalam pelukan itu. Aifa hanya mampu menangis. 'Ya Allah. Berat dugaan yang engkau berikan ke atas hambamu ini.' Teriak Aifa.
Pintu bilik dikuak. Aifa masih dalam keadaan yang sama. Kheairil yang melihat keadaan Aifa yang begitu diserang rasa bersalah. Sekeras-keras hatinya, tetapi di masih mempunyai perasaan. Mungkin Aifa menangis kerana dirinya. Kheairil mendekatkan diri dengan Aifa. Tangannya menyentuh bahu Aifa.
"Abang! Aifa..." Aifa memeluk sekujur tubuh di hadapannya itu. Seakan tersekat nafasnya. Kheairil! 'Sejak bila dia ada kat sini? Bukan yang masuk tadi abang Il ke? Habis. Matilah!' Aifa segera melepaskan pelukan itu. Kheairil tergamam. Bukan sekali dua Aifa telah memeluknya. Sudah hampir lima kali. Entah keberapa kali dia harus menahan nafsu sebagai seorang lelaki apabila dipeluk oleh wanita yang halal baginya.

••••••••••••••••••••••••••••••••••
TO BE CONTINUE..

Writers: Husnahelmy😘
Sori sori lambat gila gila gila updated chapter kali ni. Busy sangat since habis raya ni. Sekolah lagi. Banyak benda nak kena settle. Ni baru kesampaian nak update. Tak menarik lansung chap ni😐 Apa-apa pun sila..

VOTE•COMMENT

PengorbananWhere stories live. Discover now