PALING INDAH

200 6 1
                                    

Bab 1

"Mama... bukan ke mama dah janji yang mama nak celebrate sama-sama.. Kenapa tak jadi pula? Mama memang tak bangga eh, Aisya dapat straight A?" Mulut Aisya muncung sedepa. Mana tak nya, dia dah beria nak celebrate kejayaannya mendapat straight A dalam SPM dan mamanya juga sudah berjanji mahu meraikannya bersama. Tiba-tiba mama kata tak jadi. Ni nak merajuk ni.




"Ya Allah. Mama bangga. Mama gembira sangat dengan keputusan kamu tu, Aisya. Tapi, kita celebrate lah hari lain.. Hari ni kita kena pergi KLIA dulu." Puan Sumayyah berharap sangat dapat pergi ke KLIA untuk menghantar pemergian Emir ke Australia.




"Penting sangat ke ma? Abang Emir tu bukannya tak balik terus. Nanti dah habis belajar, dia balik lah.. " Emir, Emir ,Emir. Aisya dah muak dengar nama tu. Semua sayang si Emir tu. Bukanlah dia benci akan abang saudara angkatnya itu, tapi Ya Rabbi... Mulut si Emir tu.. Payah sangat nak buka. Nak kata Aaaaaa pon payah nak mampus.



Bukannya Aisya tak pernah nak berbual, masalahnya setiap kali Aisya kata sepuluh patah, dia balas spatah je. Itu pon nak tak nak. Macam ada emas dalam mulut dia. Nyampah la Aisya dengan orang sombong tu!
"Kamu ni cubalah rasa sedih sikit. Tak rasa sayang langsung ke kamu dengan dia?"

Erk!

Akhirnya, aku terdiam jua. Nak kata sayang,hm.... nak kata benci tu, takdelah. Entah! Peninglah!!
"Sudah. Pergi siap." Arah Puan Sumayyah.
______________________________________

"Emir, kat sana nanti jangan nakal-nakal. Jaga solat. Jaga iman. Nak buat apa-apa fikir dulu. " pesanPuan Suraya pada anak angkatnya itu.
Alahai makngah, Emir tu bukan budak kecil lagi. Bisik Aisya kecil. Emir hanya mengangguk.

"Jangan nanti bawa balik perempuan rambut blonde sudah." Pecah ketawa semua orang bila mendengar ayah berkata begitu. Sajalah tu nak ceriakan suasana yang muram dari tadi.

"Kalau dah berkenan...Apa salahnya. Janji hati budi baik." Mak menyambung. Emir hanya tersenyum. Senyuman Emir sebenarnya sangat menawan. Emir punya lesung pipit yang dalam membuatkan dia nampak sangat comel. Eh. Baru kali ni nak puji? Heh. Aisya menepuk kepala sendiri.

"Okeylah, Emir pergi dulu. Assalammualaikum!" Usai sahaja menyalam tangan semua orang, Emir terus melangkah pergi.

Aku memeluk makngah yang nampak agak bersedih itu.

Tiba tiba Emir patah semula. Semua pelik. Dah kenapa? Tertinggal barang kot. Tapi..... kenapa dia datang ke arah aku?

"Aisya. Lupa nak cakap. Tahniahlah dapat straight A. Balik dari Perth nanti kita celebrate, ye? Aisya jangan tinggal solat! Tengok-tengoklah makngah selalu. Sentiasa doakan kejayaan Abang Emir kat sana tau?" Katanya sambil tersenyum manis.
Aisya terkedu tapi masih tersenyum dan mengangguk laju. First time weh, si Emir ni cakap banyak. Terkejut aku!

Dan itulah pesanan terakhir Emir kepada Aisya sebelum dia melangkah ke dunia Perth.

P/s: saya sebenarnya tak reti sangat nak menulis ni. Just minat dan mengisi masa lapang. Thank you so much kepada yang sudi baca karya tak seberapa saya ni. Peace!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 23, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PALING INDAHWhere stories live. Discover now