Prolog.

280 6 0
                                    

Manusia yang lalu lalang disekeliling diperhatinya. Mengecam sama ada ia orang yang dikenalinya atau bukan. Mak. Mana mak? Adik nak mak. Dia teresak-esak disitu.

Ya, dia sesat. Sesat dalam keriuhan pesta haiwan di ladang ternakan itu. Menyesal sungguh dia kerana leka memerhatikan kuda yang dirias untuk dijadikan kereta kuda tadi. Langsung terpisah dari mak dan adik beradiknya yang lain.

Buk!

Dia terlanggar seseorang langsung terduduk di atas tanah.

"Hish! Ape ni. Tengok habis kotor baju aku. Dasar budak-budak, tak reti duduk diam! Menyusahkan betullah! " ujar lelaki itu kasar.

Sambil jemarinya mengesat sos kentang goreng yang terlekat dibajunya ketika terlanggar budak itu. Dia yang terleka sebenarnya melilau ke kiri kanan mencari kekasih hatinya. Sampaikan jalan di hadapan pun tidak dipandangnya.
Nasib baik budak kecik, itu yang sewenangnya dia memarahi budak kecil itu. Tangisan budak itu semakin kuat. Dah lah mak hilang kena marah pulak dengan orang asing.

"Adik ok" tanya seorang budak lelaki yang besar sikit dari dia. Mungkin lebih tua dalam 2 atau 3 tahun.

Sape ni? Dia mengensotkan kakinya sambil memaparkan riak takut.

"Eh, janganlah takut. Kita orang baiklah. Kita tak marah-marah adik macam pakcik tu" kata budak lelaki itu memujuk lembut.

Air mukanya kelihatan tenang sedikit. Mungkin percaya dengan kata-kata budak lelaki itu.

"Kita ok"

"Kenapa kita tengok adik jalan sorang-sorang mana mak adik?"

"Kita taktahu. Kita sesat. Tadi mak kita ada dekat belakang kita. Kita pergi la tengok kuda yang cantik tu. Lepas tu, bila kita pusing kita tengok mak dah takde. Huuuuuu. Kita nak mak kita."

"Adik jangan lah nangis, kita tolong adik carik mak adik nak? Kalau adik tak nangis kita bagi gula-gula ni" sambil menunjukkan gula-gula berbentuk bulat warna pelangi.

Budak perempuan itupun bangun sambil mengesat-ngesat matanya. Hingus di hidung dilap dengan tangan terus di lap pada bajunya.

Budak perempuan itu menyambut gula-gula yang diberi. Pembalut plastiknya dibuka lantas gula-gula itu dimasukkan ke mulutnya.

"Jom kita carik mak adik. Adik pegang tangan kita tau. Nanti adik hilang lagi"

"Ok"

Lantas di genggam erat tangan budak lelaki tadi. Seakan tidak mahu lepas. Entah mengapa dia seakan merasa selamat apabila menggenggam erat tangan budak lelaki itu.

Jodoh Dari Langit. (Slow Update)Where stories live. Discover now