Bab 1

1.1K 19 2
                                    

"Kamu dari mana?"
Langkah kaki Hana terhenti,ketika dia baru sahaja mahu melangkah mendaki anak tangga yang pertama.

"Hana!Papa tanya ni,kamu dari mana?Lewat malam baru reti nak balik rumah?!"Encik Khairul bertanya agak keras apabila melihat anak gadisnya itu seperti tidak mengendahkan pertanyaannya sebentar tadi.

Hana merengus perlahan.Earphone yang tersumbat di telinga ditarik sebelah.

"Jumpa kawan".Dia menjawab tanpa perasaan.Kaki mula diatur mahu memanjat anak tangga namun terhenti lagi buat kali kedua.

""Jumpa kawan apa malam-malam buta ni? Hana jangan nak buat perangai lagi.Kali ni kalau Hana kema tangkap,papa takkan jamin lagi." Encik Khairul berkata sepatuh mengugut.

Hana menjeling ke arah papanya dengan hujung mata.Terasa sakit apabila memdengar kata-kata papanya itu.Tanpa berkata sepatah pun,kaki diatur deras menuju ke tingkat atas.

"Abang,apa yang bising-bising malam-malam buta ni?"

Telinga Hana menangkap suara mamanya di bawah ketika tangannya sudah menyentuh tombol pintu bilik tidurnya.

"Tengkolah anak awak tu.Makin hari makin melampau.Kurang ajar.Ini semua salah awak.Manjakan sangat budak tu.Apa dia nak semua awak bagi aje."

"Eh,abang ni.Saya pulak yang disalahkan.Habis tu abang yang sibuk sangat nak kerja sampai tak ada masa untuk isteri anak tu tak apa pulak."

Kedegang!Pintu dihempas kuat.Dia menyandarkan tubuh pada pintu biliknya sambil memejamkan mata.Air mata yang terasa penuh di kelopak mata terasa mahu gugur membasahi pipi.Lambat-lambat dia melangkah menuju ke arah katil.Mata kembali dipejam. Teddy bear yang hampir lusuh itu ditarik merapati dirinya.Seketika kemudian,tubuhnya terenjut-enjut menahan tangis buat ke sekian kalinya.

"Hana".

"Apa ini?" Kening Hana berkerut apabila mata tertumpu pada tapak tangan Sarina yang terhulur di bawah batang hidungnya.

"Alah kau ni. Buat-buat tanya pulak. Kata nak chill." Gadis itu menjawab selamba dengan tangan masih lagi terhulur ke arah Hana. Hana hanya merenung beberapa biji pil berwarna-warni itu.Air liur ditelan perlahan.

"Errr, thanks but no thanks." Hana berkata perlahan. Sarina memutarkan bebola matanya ke atas.

"Come onlah babe. Kau ini kenapa? Kata kau serabut banyak masalah. Ni aku bagi ni ambik jelah."

"Entah Hana. Ambik ajelah orang bagi tu. Ingat senang ke minah ni nak bagi free macam tu je". Kat yang berada di situ menyampuk perlahan.

Hana hanya mendiamkan diri. Suasana yang hingar-bingar dan bunyi muzik di dalam kelab malam itu tidak begitu diendahkan.

"Kanapa ni? Ada apa-apa masalah ke?"

"Girlfriend kau ni ha. Aku bagi barang baik punya tapi dia boleh tolak mentah-mentah macam tu aje". Sarina menjawab sambil mencebik.

"Barang apa?" Bad bertanya sambil memandang Hana buat seketika sebelum kembali memandang Sarina.

"Benda nilah. Aku dahlah sikit punya susah nak dapat benda ni semata-mata sebab minah ni je,tpi minah ni boleh tolak macam tu aje."

"Ekstasi?" Bad mengangkat kening sambil memandang Hana di sebelah.

Hana masih tidak memberikan tindak balas.

"Bagi sini". Bad menghulurkan tangan mahu mengambil pil tersebut dari tangan Sarina.

"Kau nak buat apa?"tanya Sarina agak curiga.

Nak Hati Awak Juga!Where stories live. Discover now