DENDAM MATI

179 6 0
                                    

Aku seorang budak perempuan yang pendiam sebab aku rasa diam tu sebahagian hidup aku yang kosong dan juga sifat pendendam juga cukup sebati dalam hidup aku. Aku benci akan manusia yang suka mencari pasal dengan aku. Aku perempuan tetapi aku bukan perempuan yang bodoh yang selalu di kata lemah.

Aku pernah toreh muka seorang pelajar lelaki disekolah disebabkan dia memalukan aku didepan semua kawan kawan dia dengan memanggil aku hantu puaka disebabkan rambut aku yang panjang. Mungkin dia tak tahu aku ni lebih dari puaka. Aku pun pernah mencalarkan seluruh kereta cikgu kaunseling yang selalu mencari pasal katanya aku tak mudah bergaul dan berperwatakan menakutkan dengan rambut yang panjang ke sekolah. Dan aku tak rasa perangai tu cukup kejam bagi aku kerana aku belum membunuh sesiapa tapi aku akan.

Aku berjalan ke sekolah seperti biasa, masuk ke dalam ke kelas seperti biasa dan harini tiada siapa memandang pelik terhadap aku tidak seperti kebiasaannya mereka akan memandang aku seperti aku ini hantu. Mungkin mereka dah berjumpa tuhan semalam dan diminta tuhan supaya tidak bersikap bodoh. Waktu rehat aku ke kantin aku minta makcik kantin bungkuskan aku air sirap limau tapi aku tak diendahkan. Hari ini hari yang pelik aku seperti tidak wujud di mata sesiapa. Aku bingung tapi malas untuk terus ambil tahu. Bila waktu rehat habis aku mula dihantui dengan makhluk yang bertebangan seperti roh dan aku mula curiga binatang apa tu dan kenapa aku tiba tiba dapat  tengok semua ni.
"KAU DAH MATI. Matiiiiii........" sepanjang aku berada dikelas aku didatangi oleh makhluk hodoh dan busuk dan asyik mengatakan aku dah mati. Aku tak endahkan lagi.
Pulang dari sekolah aku melihat kelibat makhluk hodoh itu lagi ke belakang semak berhampiran kubur. Naluri hati aku meronta untuk pergi turut serta dengan makhluk itu. Aku lihat makhluk itu tadi mengorek tanah dengan tangan dan kakinya seperti beruk dan mengeluarkan satu persatu anggota badan yang telah dipotong kepada 5 bahagian iaitu kedua belah kaki dan tangan kepala dan badan. Semua bahagian badan itu dilempar didepan aku. Api dendam dan badan aku membakar sewaktu melihat kepala itu milik aku. Aku tidak kisah aku kini mati sebab aku dah lama mati tapi dendam tetap perlu dibalas. Mati dengan mati. Makhluk itu ghaib dan serentak aku mula ingat bagaimana aku mati.

Aku berada didapur sebuah rumah serba mewah milik sebuah keluarga yang anaknya akan ke neraka. Aku rasakan kehadiran seseorang dan memang tepat orang yang aku tunggu. Lelaki itu menuang jus oren kedalam gelas sambil bersiul dan aku turut bersiul untuk bergurau senda dengannya. Dia tersentak dan berpaling ke kiri ke kanan tampa perasan yang aku dan bertenggek diatas karbinet didepannya. Sejurus dia berpusing kedepan jari aku cepat mengorek kedua belah biji matanya dan aku telan satu persatu dan aku kunyah sambil melihat dia meronta. Jeritan lelaki itu tak didengari sesiapa kerana rumah besar itu tiada sesiapa. Aku potong kaki dan tangannya tanpa hiraukan tubuh seorang budak lelaki yang pernah aku toreh mukanya dulu sedang berenang dalam lautan darah sendiri. Tangan dan kaki itu aku siat siat kulitnya. Aku keluarkan satu persatu organ dalamannya dan aku pijak pijak sehingga hancur. Keadaan ruang dapur rumah besar itu dipenuhi dengan daging daging manusia yang hancur, otaknya aku pecahkan hingga persepai di lantai. Badan yang kini kaku aku potong dan cincang menjadi kecil dan separuhnya aku masak menjadi hidangan yang mungkin akan dimakan oleh keluarganya nanti bila pulang ke rumah. Lelaki ini berdendam dengan aku tanpa dia tidak tahu bahawa dendam itu jiwa aku dan dunia aku. Hantu biasanya tidak dapat memegang manusia yang hidup tapi aku lain kerana mungkin aku dianugerahkan untuk membunuh dengan tangan sendiri secara kejam. Kini aku terbang dan mencari orang yang TAHU TENTANG AKU kerana dendam aku terhadap mereka yang menyeksa aku. Mereka yang tak mencari jasad aku walaupun kini tahu tentang aku. Aku rasa manusia seperti ini perlu mati dengan lebih kejam dan seksa.
"Saya dibelakang awak....."
 

DENDAMWhere stories live. Discover now