Bahagian 1

5.7K 82 4
                                    

"Cikgu, hari ni cikgu masak apa?" soal salah seorang daripada pelajar kelasnya. Safirah tersentak. Aduh, soalan cepumas ni! Perlu ke tanya soalan yang melemahkan semangat aku?

Safirah hanya mengukir senyuman sebelum meneruskan kerja menanda buku latihan pelajarnya.

"Cikgu, cikgu tak nak buat rumah terbuka ke? Saya tak pernah pergi rumah cikgu. Hari raya hari tu cikgu tak jemput pun kita orang datang rumah." Seorang lagi pelajar lelaki bersuara. Kali ini pelajar lain. Safirah mengeluh dalam diam. Sumpah, soalan yang berkaitan dengan makanan, masakan dan makan luar memang sensitif baginya.

"Tengoklah dulu, nanti saya inform balik dekat kau orang."

Safirah menunduk. Hanya memandang pada buku di atas meja itu. Hesy, tak boleh jadi ni! Entah apa yang malang sangat nasibnya dapat pelajar tingkatan empat yang banyak tanya macam pelajar di hadapannya sekarang. Kalau boleh, hal peribadi pun nak tanya. Rasa nak lempang pun ada, tapi pelajar kut. Lainlah kalau pelajar tu buat salah besar. Memang tak teragak kut dia nak lempang.

Pada petang itu, Safirah sampai rumah agak lewat. Dia berkerut dahi sebaik sahaja sampai di rumah moden dua tingkat itu. Kereta suaminya sudah terparkir di depan rumah. Eh? Safirah segera turun dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah. Awal pula dia balik hari ini. Mesti memasak lagi ni.

"Awak... Ooo... Awak!" Dia menyeru suaminya.

"Eh!" Dahinya berkerut. Sedapnya bau!

"Sayang, saya ada dekat dapur ni." Suaminya menjawab. Safirah segera melangkah ke dapur.

"Awak buat apa ni?" soal Safirah dengan kerutan di dahi. Walhal, dia dah tahu apa yang suaminya itu sedang buat. Dah nampak dengan mata sendiri kut. Isy, isy, isy.

"Memasaklah."

"Kenapa tak beli aje? Tak adalah susahkan awak macam ni."

Zharif hanya tersenyum. Malas nak jawab soalan isteri yang dinikahi dua bulan lepas itu.

"Awak masak apa?"

"Masak simple aje. Asam pedas ikan tenggiri. Nanti awak tolong goreng ayam, okey? Saya belum solat asar lagi ni," kata Zharif tanpa memandang reaksi terkejut Safirah.

"Awak! Perli saya ke?" soal Safirah dengan nada mendatar. Zharif terkebil-kebil.

"Perli apanya? Saya cuma mintak tolong, kan?"

"Awak ni macam tak tahu, saya mana pandai masak. Ni nak suruh saya goreng ayam ni, teringin nak makan ayam hangus ke apa?"

Zharif terkedu. "Laaa, dah dua bulan kita kahwin. Saya dah banyak kali ajar awak macam mana nak goreng ayam hari tu, kan? Takkan tak boleh goreng lagi?"

"Eee... Awak ni! Memang mengada-adalah. Awak aje la goreng. Saya letihlah. Dekat sekolah tadi ada banyak meeting. Lepas tu, budak-budak tu semua tak pandai buat akaun. Dah banyak kali ajar, still tak faham-faham lagi. Stres gila," balas Safirah panjang lebar. Zharif hanya diam mendengar.

"Sayang ni, tolonglah saya goreng ayam. Tak baik melawan cakap suami. Awak goreng sekejap aje, lepas saya solat saya uruskan semuanya. Lepas makan, macam biasa awak basuh pinggan. Okey?"

Safirah mengangguk dalam keadaan terpaksa. "Tapi jangan marah okey kalau saya goreng hangus?"

"Janganlah goreng sampai hangus. Pandai-pandailah. Lagi satu, nanti bila asam pedas ni menggelegak, tolong tutup api, ya? Jangan biar kering pula," balas Zharif sebelum melangkah keluar dari dapur. Safirah hanya memerhati langkah suaminya itu.

Restoran Firdaus. Safirah memandang Zharif yang bersandar dengan telefon bimbit di tangan. Haha, itulah padahnya apabila membiarkan isterinya yang langsung tak ada pengalaman dalam bab memasak itu memasak sendirian. Okey, pengalaman dah banyak tapi langsung tak nak belajar daripada kesilapan. Kalau fasal pelajar yang tak nak belajar daripada kesilapan, membebel, marah dan sebagainya. Bila tiba giliran dia? Padan muka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 10, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteriku Bukan Tukang Masak -  Melodi Cinta Edisi 1Where stories live. Discover now